4
Cara Aku Berjimat Bila Harga Petrol Makin Naik | Hari Wilayah, bestnya masih lagi bercuti dna rasa malas nak pergi kerja esok. Tapi bila pandang sebelah aku, tengok anak lena lagi tidur. Demam.... Dah masuk hari ke-2 masih belum baik. Aku pun dah masuk 2 malam berturut-turut tak boleh lena malam bila anak dah demam. Risau takut terlena nanti, suhu badan anak panas mendadak macam-macam boleh jadi. Setiap genap 4 jam, aku set alarm untuk bagi ubat kat Mikhail. Semoga cepat sembuh yea nak.

Bila tengok anak, hati rasa sedih. Zaman sekarang ni banyak betul cabaran nak membesarkan anak dengan kos sara hidup yang tinggi. Lagi memeranjatkan, bila semalam dah diumumkan bahawa harga minyak petrol naik bermula hari ni. Wah ! Hadiah sempena cuti wilayah ke ni...hahahaaaa

Harga Terkini RON95 RON97 & Diesel Mulai Februari 2017

RON95: RM2.30 (Naik 20 Sen) (Harga Sebelum RM2.10 Seliter)
RON97: RM2.60 (Naik 20 Sen) (Harga Sebelum RM2.40 Seliter)
Diesel: RM2.15 (Naik 10 Sen) (Harga Sebelum RM2.05 Seliter)

Zaman sekarang ni macam mana nak hidup dalam "kejimatan"?

Jimat petrol? Macam mana nak jimat kalau setiap hari ulang alik kerja dan tawaf hantar anak ke taska dalam putrajaya jer pun boleh luak tangki minyak. Belum kira hari minggu, keluar jejalan ngan keluarga. Selangkah kaki dihayun, 20sen minyak dalam tangki susut.

Jimat makan minum? Boleh sangat nak jimat dengan bawak bekal setiap hari ke pejabat. Berganda-ganda jimat sebab aku memang amalkan sejak 2 menjak ni. Tapi kena rajin la ... Rajin bangun awal dan rajinkan otak tuk fikir menu apa nak bawak esok, esok dan esok. Lagi jimat bila ko tak payah bayar caj RM0.20 bekas makanan yang kat cafe tu haaa.

Jimat duit asuhan anak / taska anak? Bagi aku, bab ni tak boleh nak jimat lagi-lagi melibatkan anak. Nak tak nak, semua terletak kat tangan masing-masing. Andai kata penjagaan anak tu baik, bayar jer la semampunya. Paling murah hantar rumah pengasuh tuk baby RM 350, kalau taska lagi mahal dan tak termasuk yuran tahunan.

Jimat dari segi pakaian? Ni jer yang mampu aku lakukan sekarang ni. Biarlah orang cakap selfie pakai shawl vietnam yang sama jer pun tak apa janji jangan hidup berhutang sana sini dan tak bayar. Ibarat biar papa asal bergaya gitew.

Jimat bil utiliti? Yang ni pun terpulang kat diri masing-masing. Rumah aku tak ada ekon pun, kadang tengok anak berpeluh-peluh tidur bila musim panas memang kesian tapi adakah ia keperluan atau kehendak? Astro dah lama potong ganti ngan unifi. Kenapa unifi? Sebab aku boleh jimat data tuk anak tengok citer kartun dan dapat jimat bil prabayar laki bini.

Salah satu sebab orang perempuan kena kerja, setidaknya boleh bantu keluarga. Dan kita tak tau apa akan jadi esok lusa kat pasangan kita. Sekurangnya, lepas makan minum diri sendiri ngan anak pun dah syukur sangat. Surirumah pun boleh menjana income lebih lumayan dari aku yang kerja opis hour. Apa lagi cara korang jimat dalam dunia serba moden ni? 

Aku yakin, setiap anak pasti ada rezeki maisng-masing. InshaAllah. Sekian luahan hati ibu bakal anak dua yang sedang mencari rezeki untuk anak-anak di perantauan.




Post a Comment

Kakcik Nur said... 1/2/17 10:48 AM

Entahlah... banyak yang kena difikirkan semula dan perlu 'dibuang' sekiranya ia membebankan...

Rozita Abdul Rahman said... 1/2/17 1:12 PM

setuju dkna.. kami pun dah lama takde astro dan ekon..berjimat selagi mampu.. tapi part telefon tu yg sedih.. taman kami masih tiada tiang telefon..

Tukang Karut said... 2/2/17 2:40 PM

minyak naik boleh menyebabkan naik minyak....

Nadia Johari said... 4/2/17 2:33 AM

banyak kena fikir sekarang. Nad pun berjimat dari beli pakaian, beli makanan dekat luar.

 
Top