9
Saman Perbadanan Putrajaya | Tengahari semalam, dapat pesanan ringkas dari kawan sepejabat. Katanya Perbadanan Putrajaya buat operasi saman parking kat kawasan Komplek B sehingga ke Komplek C. Aku gelak jer baca sebab yakin kena saman...haahaa. Dari info yang aku dapat, pihak Perbadanan Putrajaya datang saman sebab ada maklumat atau arahan (what ever) dari JPM minta dorang datang saman kereta yang parking betul-betul depan JPM komplek B. Kebetulan kat JPM ada intake baru, jadi banyak kenderaan luar yang berlegar-legar depan tu haaaa..

Pasrah jer la kalau kena saman pun. Memang tempat tu tak boleh parking, kiranya salah aku jugak kan. Tapi dalam hati sempat jugak memaki ... Kikikiii.. Bukan apa, nak saman tu aku tak kisah sangat tapi agak-agak la yea. Kawasan pejabat kot, mana nak sumbat kereta dalam satu masa kat sini. Beribu-ribu staff dalam satu-satu bangunan dan bayangkan kalau semua bawak kereta, mana nak susun? Kalau kereta aku boleh lipat macam mainan Tobot Mikhail tu, aku orang pertama yang bahagia datang kerja setiap hari...hahahaa

Nak saman tu boleh, jalankan tugas kan. Tapi tengok la kat cermin kereta yang nak disaman tu. Kalau ada stiker jabatan/kementerian yang masih valid, tu bermakna staff yang kerja sini la. Bukan orang luar yang datang untuk urusan peribadi. Kalau macam ni gayanya, tiap hari operasi dari pihak dorang bermakna setiap hari jugak kereta aku kena saman..hahahaa.
Cuba korang bayangkan keadaan parking kat sini yang aku ambil gambar jam 8 pagi tadi. Sepanjang jalan ni semua kereta kena saman. Ni belum penuh lagi tau, kalau tunggu dalam pukul 8.30 pagi, korang akan nampak kereta parking atas divider dan double park. 

Kawasan pejabat, tempat parking terhad sangat-sangat. Bagi yang ada anak yang bersekolah, memang wajib dorang bawak kereta datang pejabat sebab waktu tengahari nak keluar ambil anak. Tak kan kami ni nak kena pergi ke park and ride ? Logik ker? 




Nak parking tempat berbayar? Cuma kira bape caj sehari dan didarab dengan sebulan.  Berapa nak kena bayar? Tempat parking ni pun selalu penuh. Nak datang awal supaya dapat parking? Agaknya awal pukul berapa kena sampai kat pejabat? Yang bujang mungkin boleh sampai seawal 7.15 pagi tapi yang ada anak ni, kena uruskan anak terlebih dahulu baru dapat masuk pejabat. Aisshhh... Tak tau nak cakap apa. 

Tunggu la next week baru nak bayar saman sebab aku dapat viral mengenai kempen bayar saman dari Perbadanan Putrajaya ni. Sahih ke tak mengenai kempen ni pun aku tak pasti... Kalau sahih, dapatlah harga murah sikit. 

KEMPEN JOM BAYAR SAMAN

Promosi diskaun bagi kompaun/saman PPj sempena Hari Wilayah Persekutuan bermula 1 - 28 Feb. 2017. (kesalahan trafik SAHAJA), RM30 setiap kesalahan).

Bayaran:  

(1)        Tunai/ kad kredit/ cek di Kaunter Khidmat Pelanggan, PPj (kecuali cuti/Hari Kelepasan Am)
Waktu Operasi Kaunter:    
Isnin hingga Khamis: 8.30 pg.– 4.45 ptg.
Jumaat :  8.30 pg.–12.00 tgh dan 3.00 ptg – 4.45 ptg.

 (2)      ATAU pembayaran melalui transaksi atas talian (online) 

Layari ppj.gov.my / Tel:03-8887 7371/7499/7290/7610 untuk maklumat lanjut.


Post a Comment

PeRdU cINta said... 17/2/17 12:24 PM

PC bila turun ke KL ada juga pergi ke Putrajaya sama ada saja jalan-jalan atau teman suami buat urusan(tugasan)..bila lalu tu memang nampak susahnya lahai nak park kenderaan..nak park pun dah macam pencuri takut-takut kami ni ha..pencuri pun tak takut macam kami kot..hihi..sesuatu perlu dilakukan..untuk mengatasi masalah ni..

Kakzakie Purvit said... 17/2/17 1:09 PM

Itulah realiti perbandaran di negara kita ni Dkna. Mereka tak fikir buat parking tapi pejabat dan shopping mall dibuat merata-rata. Habis semua kereta kita nak letak mana?

Sekarang sana-sini memang saman tak sudah sebab tak lama kan nak undi. Biasalah kena cari duit bebanyak...

Mrs Anna said... 17/2/17 3:23 PM

sy pun slalu kena saman..huhu thn ni dh 4 saman sob3

Suri said... 17/2/17 3:39 PM

Kt overseas mcm Melbourne, parking dgn jalanraya dulu diutamakan. Bangunan dtg kemudian.

Sini letak bangunan ikut suka hati. Parking tepi jln boleh majlis bandaran buat duit lg.

mas saari said... 17/2/17 8:30 PM

2-3 kali jugak pernah kena saman dengan Perbadanan ni, parking kat alamanda. Geram jugak sebab rasanya tempat tu ok je untuk parking.

Abam Kie said... 17/2/17 10:39 PM

sabar byk2 puan. susah2 kita bakor je! Itulah masalah besar di putrajaya sampai skrg.
apa2pun sy follow blog ini..orait?

Seorang Syed said... 18/2/17 11:06 PM

Melampaunya sampai macamni sekali. takpa, semoga diorang baca la luahan ni.

YB Shehan said... 20/2/17 9:42 PM

dulu klu g putrajaya time office hour. mmg stress.. ssh parking. nsb baik la ada kenal staff. hehehe.

Ainul Mustafa said... 21/2/17 7:33 AM

dasyat jgk parking kt sana. dulu masa keje pun parking kena bayar rm9 per entry. 3thn lepas. skrg ni rm15 per entry.. pengsan !!

 
Top