11
Mana Nak Cari Donut Rainbow ? | Kat Putrajaya tak pernah lagi aku nampak sesiapa yang viral atau jual donut rainbow ni. Gambar yang aku jumpa ni pun dari facebook Dr. Taufiq Razif beberapa hari lepas. Pada mulanya aku tengok rupa donut ni pelik jer kan. Maklumla, selalu makan donut biasa jer yang ada gula icing kat luar tu haaaa. Paling tak pun, beli donut kat dunkin tu, ada la coklat kat atas, gula-gula taburan untuk anak-anak. Kali ni, donut dibelah tengahnya. Bila aku perhatikan, kenapa gambar-gambar yang dishare ni menampakkan donut dah dibelah. Rupanya, inti atau gula icing tu dorang letak kat bahagian tengah. Ini buat aku makin terliur...nyummmmmmyyyyy. 



Kali ni, ada warna-warni dan pasti menarik perhatian ramai nak mencuba.Meriah giler color donut ni...hahahaaa.. Tapi seram pun yea gak. Kalau tengok dari color tu, dah tau berapa banyaknya pewarna yang dorang pakai untuk hasilkan warna yang menarik. 


Katan Dr Taufiq Razif lagi, Donut Rainbow ni ada jual kat Ipoh. Kalau saya jumpa pun saya beli ni. Nak rasa la jugak kan. Cuma kena hati-hati sikit bila makan tu. Secubit dua cukup la. Jangan bantai sedozen pulak. Bahaya!
Bahaya ke kalau kandungan gula terlampau tinggi dalam darah ( hyperglycemia ) ?
Yup. Sangat bahaya. Boleh bawa pada koma! Tapi komplikasi jangka panjang adalah : 
• kerosakan pada mata • penyakit cardiovascular ( jantung )• kerosakan pada buah pinggang• angin ahmar ( stroke )• luka lambat sembuh --- ni la yang biasa orang duk sebut sampai potong kaki tu!
Tanda-tanda kandungan gula tinggi dalam darah ape je ye?
- banyak kencing ( frequent urination )- selalu haus- selalu sakit kepala- pandangan mata jadi kabur - badan selalu letih dan lemah
Terliur lagi tak agak-agak dengan makanan manis camni pasni?

Bila aku perhatikan gambar donut ni lelama, nampak macam keras semacam jer...hahahhaa. Nampak macam mainan pun yea jugak. Kalau sesiapa suka baking, boleh la cuba jual donut ni kasi viral. Sah ramai yang akan beli dan cuba sebab menarik. Macam pau cendawan dulu tu haaaa...semusim jugak jadi viral kan. Rezeki peniaga.


Post a Comment

Lisa Nurulain said... 3/2/17 2:30 PM

BLRUP.. MEsti manis.. tengok kream mcm tu dah. hahaha lisa makan biskut pelangi pun dah kena bebel lagi la kalau mkn biskut rainbow mcm ni

Anonymous said... 3/2/17 2:44 PM

amboi lawanya donut rainbow. ingatkan yang luar je dikaler2 belang2 colorful. sekali yang dalam pun rainbow jgak. cano la nak buat tu kan.

Ejam Othman said... 3/2/17 3:20 PM

Alahai orang sekarang suka sangat buat inovasi pelik begini, pewarna makanan tu sendiri dah bahaya ditambah pula dengan gula yang berlebihan tu.

mas saari said... 3/2/17 4:06 PM

mesti manis giler ni. fuhhh bahaya, mau potong kaki!

Sue Izza said... 3/2/17 10:59 PM

manis leting la niiiii,,,

Nadia Johari said... 4/2/17 2:32 AM

selalu tengok donut mcmni dkat channel 727 bab makanan orang putih punyala..diaorang buat donut mcmnila, belah tengah ada isi dalamnya..

Kakcik Nur said... 4/2/17 11:22 AM

Wah...macam pelangi terlebih warna. Macam seram pulak nak makan...hehehe

dorsett pink said... 6/2/17 11:00 AM

gambar tu cantik. so colourful. confirm lepas ni saya nak gi cari donut rainbow ni

Hanim Hashim said... 6/2/17 3:52 PM

teringin pulak nak mencubanya, tapi manis sangat takut tak tertanggung dek tekak nanti hehe

Tukang Karut said... 7/2/17 12:13 PM

alamak... nak makan pun seram... warna warni sangat

Cik Tie said... 13/2/17 8:56 AM

Teringin juga nak cuba..

 
Top