6
McFlurry with Milo Tak Sedap Pun ! Haissshhhh.. pelik-pelik selera orang mengandung ni yea dak. Yang sedap pun rasa tak sedap....hahahahaa.. Ok, nak dijadikan cerita aku dapat tau McD ada keluarkan dessert baru, McFlurry with Milo. Nampak macam sedap jer kan..penuh dengan milo gitew. Aku terbayang milo ais tabur bila tengok +Lisa Nurulain post gambar kat facebooknya. Pergh! Sedap wey... 

Kebetulan pulak, Mikhail dah beberapa hari mintak nak aiskrim. Dalam erti kata lain, dia tuntut janji dengan ibu sebab ibu selalu pujuk 'kalau nak makan aiskrim, Mikhail bla..bla..bla'.. 'nanti ibu beli aiskrim kalau Mikhail bla..bla...bla'. Heheeeee... Beberapa hari berlalu, aku belum tunaikan janji aku tu, tapi aku tetap rasa bersalah selagi tak tunaikan yang aku janjikan dengan anak. 

Sebenarnya, dalam peti ais kat rumah tu ada je aiskrim yang aku dah beli untuk 'umpan' anak. Memandangkan Mikhail ni selsema dan ada batuk-batuk sikit, aku sorok aiskrim tu...hehehee. Kalau dia tau ada aiskrim dalam peti ais tu, bukan sikit dimakan, mau habis sebekas aiskrim tu haaaa. Risau batuknya makin teruk, aku jugak yang susah hati kalau dia sakit. 

Semalam kami keluar cari barang sikit, dan lalu kat McD terus teringat McFlurry baru tu ha. Pandang Mikhail, tanya dia nak aiskrim tak.. terus jer jawab 'nak..nak..nak'. Drive thru jer la, beli 2 bekas untuk hilangkan rasa teringin tu. Lagipun Mikhail dah makin berkurangan batuknya. Bila tengok anak makan, seronok ya aamaaattt. Siap lompat-lompat dalam kereta dapat tau aku belikan aiskrim...hahahaa. Paling bestnya, Mikhail cuma korek makan koko krunch tu jer. Dah habis licin dia bagi aku makan aiskrim..heheheeee.

Kalau nak dibandingkan dengan McFlurry with Milo dengan Oreo, aku lebih suka Oreo. Gabungan biskut oreo bila digaul sebati dengan aikrim McD ni memang mengancam jiwa aku, yang milo ni pulak tak ubah seperti korang tabur milo atas aiskrim vanila. Gitew...hahaha. Ni selera aku la yea.. selera korang, mungkin berbeza. Apa-apa pun, 2 bekas aiskrim tu dah selamat masuk perut aku, baby pun kemain suka makan aiskrim.


Post a Comment

Kakzakie Purvit said... 13/2/17 2:04 PM

Tapi betul Dkna kadang masa mengandung tak suka nanti lepas deliver aje baby lepas pantang dah suka. Ada juga yg masa mengandung suka tapi sebenarnya sebelum ini tak suka... biasalah tu hormon bertukar kan..

Mikhail dah pandai suap sendiri ye..:)

Maria Firdz said... 13/2/17 2:35 PM

Nak kena tunggu setahun gak la baru dpt rasa aiskrim ni.

Kakcik Nur said... 13/2/17 5:26 PM

Anak2 makcik pun lebih suka Oreo McFlurry ... :)

Ernie WII said... 13/2/17 11:23 PM

Dah lama tak makan McFlurry. Rasa nak try pula flavor ni. Saya suka Milo :D

Emarieys said... 14/2/17 10:15 AM

syoknya mikhail dapat makan aiskrim erkh...

raihanah said... 15/2/17 8:44 AM

dulu saya pun suka yang oreo

 
Top