11
MEROYAN | Penyakit Yang Paling Menakutkan Kaum Wanita. Sejak akhir-akhir ni, aku selalu terbaca tanpa sengaja mengenai artikel atau kes-kes yang melibatkan kematian anak. Kes bunuh anak, ibu tertekan sampai macam-macam perkara yang dilakukan tanpa sengaja. Terkini, kes di Kota Bharu yang mana ibu muda kelar leher anak dengan pisau. Bila aku dapat perkhabaran tu, dalam fikiran aku "meroyan". 

Ya Allah... Kesian sangat-sangat. Aku yang sedang hamil ni pun rasa tertekan dengan macam-macam masalah. Kadang-kala terfikir diluar kotak nak buat benda yang bukan-bukan. Subhanallah... apatah lagi mereka yang baru jer habis berpantang. Aku sendiri rasa takut nak bersalin untuk kali ni, macam-macam fikir. Ada yang tinggalkan komen kat facebook supaya aku tak baca artikel yang berkaitan. Tapi perkara jadi viral, tak terbaca kat facebook, aku terbaca jugak kat whatsapp...nak elak macam mana? heheheee

Ok, aku ambil petikan ringkas mengenai penyakit ni dari Pakar Psikiatri dari Fakulti Perubatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM), Dr. Najwa Hanim Md Rosli [Astro Awani]

Diganggu 'suara halus'.

Antara tanda-tanda seseorang wanita itu mengalami postpartum psikosis adalah antaranya mereka akan diganggu dengan suara-suara halus yang akan menyuruh mereka melakukan sesuatu.

"Apabila mereka mengalami halusinasi, mereka terdengar suara-suara yang hanya mereka mendengarnya tetapi kita (orang lain) tidak. Malah, suara ini menyuruh mereka berbuat sesuatu dan bagi mereka, suara ini sangat jelas dan nyata.

"Jadi, mereka tidak boleh bezakan apa yang benar dan apa yang tidak menyebabkan mereka terikut kerana mereka tidak tahu membuat keputusan dengan waras," jelasnya.

Tambah Dr Najwa, wanita yang mengalami postpartum psikosis pada kelahiran anak pertama boleh berlarutan sehingga kelahiran seterusnya.

Jelasnya, tanda-tanda yang dialami pesakit postpartum psikosis dengan pesakit skizofrenia adalah hampir sama.

"Masalah halusinasi dan dilusi memang tanda-tandanya sama. Cuma permulaan bagi postpartum psikosis adalah selepas kelahiran, manakala pesakit skizofrenia boleh berlaku pada bila-bila masa," kata beliau.

Bersikap Prihatin

Justeru, Dr. Najwa menyarankan individu yang menjaga wanita bersalin terutama suami agar sentiasa bersikap prihatin dan menjaga perasaan pasangan mereka.

"Kalau mereka sudah mengalami postpartum psikosis ini contohnya, mungkin dia boleh bercerita kepada suami (atau keluarga) tentang (pengalaman mendengar) suara itu dengan lebih jelas (terperinci).

Namun, kadang-kadang mereka tidak beritahu.

"Jadi, kita tengok perubahan sikap, atau cara mereka berkomunikasi dengan suara yang mereka dengar tersebut. Jadi orang yang menjaganya perlu prihatin dengan (keadaan) pesakit ini," kata beliau lagi.

Justeru, beliau menasihatkan penjaga agar segera membawa wanita bersalin di bawah jagaan mereka ke klinik atau hospital berdekatan jika terdapat tanda-tanda postpartum psikosis.

"Mereka juga boleh mendapatkan surat rujukan daripada klinik dan kemudian akan terus dirujuk ke hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya," ujarnya.
................................................................................................................................................

Ramai yang ambil remeh tentang penyakit meroyan ni terutamanya suami. Dorang tau apa tu meroyan tapi sekadar endah tak endah sebab tak pernah tengok depan mata kesan dari meroyan. Dimata dorang, isteri mereka kuat dari segi fizikal yang mampu menahan sakit ketika bersalin tapi dari segi emosi dan rohani macam mana? 

Kadang-kala, isu nak menyusukan anak pun boleh buat emosi seorang ibu tu tergugat. Haiiissshhh.. Tak tercapai dek akal kalau fikir kes macam ni. 

Apatah lagi kalau tengok komen-komen kat media sosial yang mana lelaki atau perempuan hentam si ibu sebab kelar anak. Paling aku menyampah dah geram, pengomen anak dara tu kemain yea korang mengata macamlah korang tu dah pernah beranak !! Tak kena kat batang hidung sendiri, boleh la jadi keyboard warrior.

Eeeeee.. Geram lak aku.. Ok aku nak bertenang kejap. Korang nak bagi pendapat, sila tinggalkan komen yea. Jangan lupa, doakan jugak untuk aku dan baby dipermudahkan segala proses kelahiran. Aminnn...


Post a Comment

Liyana Anuar said... 6/2/17 1:07 PM

biasanya org yg pernah melalui je faham..
mmg sokongan daro org sekeliling sangat penting masa tgh pantang..
kdg2 org tgk kita duk relaks je pun, cuti 2 bulan pantang..tp hakikatnya kita je tau kan..
kdg2 anak nangis malam pun boleh buat kita rasa stress sangat..padahal kalau org normal fikir takde pape pun sebenarnya..

Hanim Hashim said... 6/2/17 3:55 PM

memang sedih dan hiba bila tengok berita tu kelmarin. Kalau ikut akal yang waras mana mungkin seorang ibu tergamak lakukan perkara sebegitu ke atas anak kecil yang baru dilahirkan tak sampai 3 bulan.

Sebab tu dalam pantang kena jaga serba serbi dengan baik. Natijah meroyan ni bukan akan dapat kesan pada diri sendiri je, tapi mungkin akan bahayakan orang lain. Dkna nanti pantang leklok ye, ikut bebetul jangan pandang remeh :)

Kakzakie Purvit said... 6/2/17 4:04 PM

Itulah betapa pentingnya wanita yg dlm confinement dijaga rapi.
Tekanan bukan dari diri sendiri aje mungkin dari keluarga dua pihak lagi
Silap percaturan memang boleh jadi diluar dugaan..

Banyakkan berzikir Dkna.. kakak takut pulak sekarang ni macam-macam terjadi.
Kesian sebab kakak tak rasa dia tak sayang anak dia. Bila sedar mesti kekesalannya Allah aje yg tahu. Sedih..

Akif Imtiyaz said... 6/2/17 4:36 PM

Mak sedara kak lya dulu meroyan gak dkna..campak baby dia kat luar tingkap sebab ada suara2 cakap tu bkn baby tapi anak hantu..dia campak tapi nasib baik laa baby tu ok sbb tingkap ngan balkoni tu rendah jer..cuma ada laaa luka dan lebam..masa kita tgh pantang ni kan masa tu laa lena jaga perasaan sendiri dan jugak banyak2 berdoa jauhkan dari meroyan..sebab kita tak tahu apa yg bakal berlaku kemudian hari..sentiasa ingat Allah..minya doa dengan Allah moga kita selamat dan terhindar dr penyakit meroyan..insyaallah..

Faizal Fredley said... 6/2/17 5:31 PM

laki ada meroyan gak kdg2..hehhe

galaksi viral said... 6/2/17 11:23 PM

Salam perkenalan.. blogwalking & done follow blog ini. :)

Nadia Johari said... 6/2/17 11:35 PM

samalah juga..hampir meroyan dan nak buat bnda bukan-bukan..tapi istigfar..pandang muka anak, ingat balik sakitnya kita bersalinkan dia..

mas saari said... 7/2/17 10:05 AM

Ehhh hampir sama entri kita!

Memang sedih baca kisah tu tapi tak wajar salahkan ibu tu, dia bukan berniat. Apa yang penting suami kena sentiasa bantu isteri berpantang ni, kena jaga emosi mereka baik².

Tukang Karut said... 7/2/17 12:08 PM

biasa jadi bila suami tak ambil peduli kat isteri bila lepas melahirkan...

Elih Japahar said... 7/2/17 9:28 PM

Yang ni aku setuju.

Tajuk berita di media masa tu mmg bikin panas.

Tetapi, bila dibaca dan diselidiki betul2, mmg ada pro n kontranya.

Zura said... 10/2/17 10:17 PM

Dalam masa pantang si ibu perlukan perhatian dr suami...tapi...byk yg ambik remeh hal nie...

 
Top