4
Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang mendoakan Addin Mikhail cepat sihat dan ada juga yang bagi tips untuk kesihatan anak aku. Allahuakbar ! Pengalaman pertama aku lalui sepanjang bergelar ibu yang menakutkan. Kisah Mikhail demam bermula selepas aku Minum Air Gula tempoh hari. Aku dapat pesanan dari ticer taska maklum yang Mikhail demam. Terus bergegas ke taska. Waktu aku sampai kat taska tu Mikhail nampak menggigil, badan memang dah panas sangat-sangat. Aku sempat mandikan dia kat taska supaya suhu badan turun sebelum bawak ke klinik.

Mikhail ni sangat aktif, bila demam macam ni terus jer dia behave jer. Jalan pun berpegangan tangan dan ikut jer apa aku cakap. Bila anak yang aktif tiba-tiba jadi pendiam macam ni, aku memang risau. Sampai je klinik, doktor cek suhu dah cecah 38.8'c. Doktor mintak aku ke bilik prosedur untuk bagi ubat demam melalui bontot. Lepas 3 hari, kalau demam lagi aku kena datang klinik untuk ambil sample darahnya. 

Keadaan Mikhail masih sama, siang nampak ok bila malam jer dia akan demam panas. Hari ke-3, aku terus bawak ke klinik untuk ambil darah. Risau yang amat sebab malam sebelum tu, ticer maklum ada kes influenza B di taska. Jadi anak-anak yang demam, selsema dan batuk tak dibenarkan hantar ke taska. 

Budak pandai dan cerdik ni memang panjang akal. Nak ambil darah bukan senang..hehee. Teriak tu wajib, belum kena cucuk lagi dh cakap "akit bu..akit bu". Ermmm.. alhamdulilah doktor  cakap result darah ok, cuma ada virus biasa je dalam badan. Doktor mintak aku teruskan bagi ubat demam dan pantau suhu. No point doktor nak masukan Mikhail dalam wad sebab dia masih boleh makan, minum dan hanya virus biasa. 

Balik rumah, macam biasa...bagi ubat demam hari demi hari tapi demam masih on off. Siang hari elok jer, bila waktu senja badan mula panas dan bagi ubat pun macam tak jalan jer. Paling mengejutkan aku, awal pagi tadi lebih kurang pukul 1 pagi, aku bangun bagi ubat. So far, waktu tu Mikhail oke. Aku cek suhu 37.2 dan badan serta kaki pun dah mula sejuk. Alhamdulilah...syukur. 


Setengah jam kemudian, aku nak sapu ubat kat hidung Mikhail sebab nampak dia tak selesa nak bernafas. Dalam samar-samar lampu, aku nampak cam sesuatu kat hidungnya. Aku terus buka lampu...dan Ya Allah.. Darah keluar dari dua-dua belah hidung. Terus menggelabah. Tak tau nak buat apa. Cuba lap, nak tengok darah masih keluar ke tak pastu cek suhu badan, normal. 

Aku terbayang, andai kata dalam tempoh setengah jam tu aku terlena, apa akan jadi kat anak aku. Ya Allah ! Sampai ke pagi jugak la aku berjaga semalam, takut keluar darah lagi. 

Dah seminggu jugak aku berjaya setiap malam. Alarm memang dah set waktu untuk bagi ubat demam kat Mikhail. Andai kata aku terlena terus, macam-macam boleh jadi. Apa yang aku harap dan doakan, supaya anak aku cepat sembuh dan dijauhkan dari dari sebarang penyakit. Semoga Allah sentiasa lindungi aku dan anak-anak. 

Sekarang, aku alami sendiri cam mana nak jaga anak yang tak sihat. Berkorban waktu tidur, tidur-tidur ayam. Aku mohon ngan Tuhan, biarlah aku yang sakit, jangan anak-anak yang sakit. Bila kita sakit, kita akan kuat demi anak-anak. Tapi bila anak-anak sakit, terus rasa lemah semangat. Hanya iringan doa untuk Mikhail supaya cepat sembuh. 


Post a Comment

PeRdU cINta said... 26/2/17 12:06 AM

Ameen...ameeen..ameen...moga Mikhail cepat sembuh...

makchaq said... 26/2/17 10:03 AM

Dah sihat ke mikail sekarang? Memang faham sangat.. makchaq 5 orang.. bika anak2 sakit kita rasa nak menangis.. tambah anak2 makchaq semua susah makan ubat.. makan ubat muntah sampai lembik.. lagi la kita susah hati..

raihanah said... 28/2/17 6:58 AM

semoga mikhail cepat sihat, bila anak sakit mak memang susah tidur

Nadia Johari said... 28/2/17 4:31 PM

kalau kita pun mesti terkejut..

 
Top