9
Serik Minum Air Gula | Alahamdulilah... Dah genap 7 bulan kandungan aku. Berbaki lagi lebih kurang 2 bulan jer lagi untuk aku nikmati saat indah ni. Seperti biasa, rutin harian aku ke Klinik Kesihatan setiap bulan. Kali ni, tiba giliran untuk minun air gula genap usia 28 minggu. Kalau ikut pengalaman mengandungkan Mikhail dulu, aku tak rasa serik pun nak minun air gula sebab ada perisa blackcurrent dan air tu sejuk walaupun manis, sedap la jugak.

Selesai jer ambil darah, nurse suruh aku masuk bilik sebelaj untuk minum air gula. Sebaik jer buka pintu bilik, aku rasa nak nangis kat situ gak. Tapi kali ni, aku dihidangkan dengan air gula original gitew. Aku tengok 2 orang ibu tengah minum air gula dengan muka kelat...kikiii. Selamber jer aku tanya nurse, tak ada perisa ke? Sebelum ni elok jer air gula berperisa.. Nurse tak layan aku beb ! Haahaa. Pasrah la aku minum 1 gelas air gula ni.

Aku cuba nak habiskan air gula ni dengan sekali nafas je..kekonon nak cepat habis. Hahaaa.. Masuk jer tegukan ke-3, aku dah mula rasa loya. Gila ko nak terus minum.. Aku stop tarik nafas kemudian minum lagi. Sempat 3 kali gak aku stop, baru dapat habiskan air gula tu dengan jayanya..hahaaa.
Keluar jer bilik tu, terus tunggu giliran untuk check up kandungan sementara nak tunggu 2 jam untuk sesi ke-2 ambil darah. Waktu tu aku dah rasa pening, nak muntah. Kalau ikutkan perasaan tu, nak je aku muntah tapi fikir kena minun air gula lagi sekali, kang naya tu hahaaa..

Tiba giliran aku masuk bilik pemeriksaan, terus jer mengadu kat nurse pasal air gula yang tak ada perisa tu. Nurse cakap, last week ada perisa oren. Mungkin hari ni aku tak bernasib baik sebab tak ada perisa ahahaaa.. Padan muka aku. Dulu kemain bangga aku sebab klinik Putrajaya ni antara klinik letak perisa dalam air gula berbanding klinik lain. Patutla ibu-ibu yang mengandung  sangat-sangat takut bila kena minun air gula...giliran aku lak rasa..hihiii.

Nak tunggu 2 jam tu agak lama, so nurse cakap hari ni terus ambil suntikan kancing gigi lepas tu masuk bilik doktor untuk scan baby. Total hari ni, aku dapat 3 suntikan. Lengan kiri dan kanan kesan ambil darah sebelum dan selepas minum air gula dan kat bahu paling sakit sebab kancing gigi. 

Doktor pun dah maklumkan jantina baby. Alhamdulillah... Perancangan Allah adalah yang terbaik untuk aku. Lelaki atau perempuan aku tak kisah, amanah dan rezeki dari-Nya. Doakan aku sentiasa sihat dan dipermudahkan urusan bersalin nanti yea. 


Post a Comment

idzwa kamaruddin said... 22/2/17 10:00 AM

nasib baik kiter tak pernah kene minum!hehehe...

Ainul Mustafa said... 22/2/17 10:39 AM

sedap je kita minum

makchaq said... 22/2/17 3:12 PM

Semoga Dkna & baby sihat..

Makchaq kalau manis memang x suka..

eima said... 22/2/17 4:15 PM

kite dah minum 2 kali dah ....
ok je ... tipsnye minum seklaigus tanpa henti .. terus telan je ... klu minum seteguk2 mmg la pening nk muntah .....

Jueliza Jamani said... 22/2/17 8:33 PM

skrg dah 2x minum. aduhh.. stress. hahaha.. pehtu kantoi mgtt kena buat bsp 4x sehari..

suhailah hamid said... 22/2/17 8:57 PM

takut nak minum air gula. pernah minum yang perisa oren. sedap juga.

dorsett pink said... 23/2/17 11:12 AM

tengok sir seram.. nasib baik saya tak pernah minum air gula ni

Hana said... 23/2/17 5:48 PM

Baik ke selalu minum minuman yg mengandungi gula byk?

Nadia Johari said... 28/2/17 4:32 PM

nad belum rasa lagi..harap-harap takla..haha

 
Top