16
Lega rasanya bila dah isi borang cuti bersalin untuk bulan Mei nanti. Awal giler aku isi borang cuti ni...hahahaa. Aku malas nak fikir atau tangguh lagi permohonan. Perkara yang mana boleh buat awal aku cuba siapkan awal sebab kat pejabat aku sekarang ni tengah sibuk dengan urusan kenaikan gaji dan urusan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, takut terlepas pandang urusan diri sendiri..hahahaa. 



Aku ambil cuti bersalin lebih awal dari tarikh jangka bersalin. Senang nak kira tempoh 90 hari tu haaaaa. Lepas tu untuk urusan taska Mikhail pun senang jugak bila ambil tarikh genap macam ni. Aku tak payah nak pening berusan tentang yuran taska dan lain-lain. 

Kalau ikut pengalaman dulu, genap 38 minggu aku dah selamat melahirkan budak bertuah Mikhail tu. Tapi pengalaman setiap anak berbeza kan, tak akan sama. Apa yang aku harapkan Allah permudahkan urusan aku bersalin nanti tak kira kat mana pun asalkan aku dan anak-anak selamat. InshaAllah


Post a Comment

mas saari said... 8/3/17 2:08 PM

Akak dulu pun ambik 2 minggu awal. Last day hari Jumaat kerja, Sabtu dah bersalin. So memang tindakan betullah ambik cuti awal, hehehee!

Moga dipermudahkan urusan Dkna bersalin nanti.

Liyana Anuar said... 8/3/17 2:38 PM

moga semua dipermudahkan :)
kalau keje swasta susah nak cuti awal, sebab cuti 60 hari jee..huhu :(

Sheila Adziz said... 8/3/17 3:29 PM

selamat bersalin sis,,, akak pun dah ambil cuti bersalin...

Nina Mirza said... 8/3/17 4:00 PM

Semoga dipermudahkan segala urusan dan semuanya selamat
Aamiin....

Julia Johari said... 8/3/17 4:02 PM

Alhamdulilah...teringin nak bersalin juga...doakan julia juga dkna...hrp one day Allah makbulkan...seronok tgk dkna buat persiapan..alahaiii x sabar nak tgk adik mikhael...yeyyy

Siti Rohaida Yusof said... 8/3/17 4:30 PM

macam bru sekejap je mengandung kan..ni dah nak bercuti dah...moga semuanya berjalan lancar dkna..

Akif Imtiyaz said... 8/3/17 11:14 PM

Alhamdulillah..semoga segalanya berjalan sempurna dan dipermudahkan jalan oleh Allah SWT buat Dkna..

Uyul Rosli said... 9/3/17 11:23 AM

Jalan jalan sini dan follow Kak Dkna. Waaaa semoga selamat semuanya.

Wan Syahida said... 9/3/17 3:11 PM

semoga selamat bersalin.... dan dipermudahkan urusan

Mat Arih said... 9/3/17 4:51 PM

Semoga semua proses dijalan dengan lancar tanpa sebarang halangan.

Jueliza Jamani said... 10/3/17 12:03 AM

Semoga selamat bersalin..

YB Shehan said... 12/3/17 6:44 PM

moga senang dan selamat bersalin. amin..

Shiqin Sunshine said... 14/3/17 11:54 AM

Semoga diermudahkan urusan ;) hehe better apply awal kan sng

JMR said... 16/3/17 1:49 PM

nak jadi abang dah Mikhail..

Umminani said... 16/3/17 8:42 PM

semoga selamat melahirkan baby ini dkna

Mas Zull said... 3/4/17 11:15 AM

assalamualaikum dkna...semoga dipermudahkan semuanya yer...xlama lg mika bakal bergelar abg long yer...:)
** Mama Maszull

 
Top