17
Dugro Build A Backpack and So Much More | Setiap ibu mengharapkan sesuatu yang terbaik untuk anak-anak mereka. Sebolehnya, seorang ibu akan berusaha untuk menjadikan anak mereka lebih baik dari kehidupan sebelum ni. Mencari sesuatu yang terbaik dari yang terbaik termasuklah dari segi tumbesaran anak-anak. Contohnya, kalau hari ni anak aku boleh kenal huruf A,B,C dan aku mengharapkan esok dia boleh menghafal huruf A hingga Z dengan lancar. Aku nak anak aku jadi lebih lagi dan lagi. Seronok tengok perkembangan anak-anak kita ni, dari zero hingga jadi hero. Happy !

Aku terfikir, macam nak realisasikan apa yang aku impikan untuk anak-anak? Apa yang aku perhatikan, melalui pemakanan anak setiap hari. Adakah perkembangan anak aku cukup dengan segala nutrisi yang harus diterima pada usia 3 tahun? Apakah yang harus aku berikan kepada anak aku supaya dia sentiasa sihat dan aktif dalam menerokai dunianya? Dari pemerhatian aku, usia Mikhail 3 tahun memerlukan lebih banyak lagi khasiat yang ada dalam setiap pemakanan hariannya. Jadi, aku hanya perlukan satu makanan tambahan untuk Mikhail dan memastikan segala serat, vitamin, nutrisi adalah cukup untuk anak aku.  Aku perlukan susu.. ya..susu.. susu yang terbaik untuk dia supaya menjadi 'so much more' seperti apa yang aku harapkan. 

Korang ingat lagi tak aku ke Roadshow Dugro di One Utama Shopping Centre untuk kempen 'So Much More'? Haaa... hari ni aku nak kongsi pengalaman dan cerita dengan korang apa yang menariknya mengenai Dumex Dugro dan Roadshow yang sedang berlangsung mulai 1 Mac 2017 hingga 30 April 2017


Aku tertarik dengan kelebihan susu Dugro yang membina pertumbuhan pelbagai dimensi yang diperlukan oleh anak-anak untuk berfikir pada pertumbuhan tahap awal. Dalam erti yang lain, anak-anak korang nanti lebih kreatif ketika bermain dalam dimensi mereka sendiri. Dimensi pemikiran kanak-kanak ni berbeza dengan orang dewasa, jadi mereka perlu diberikan pendedahan dan pemakanan yang sihat sejak dari kecil lagi. Dari pengalaman lepas, bila aku carikan susu untuk anak dan aku pastikan anak aku tak sembelit atau sebaliknya. Rupanya tindakan aku tu salah ! hihiiii.. Pengalaman anak pertama, boleh dimaafkan... ye dak?? hihii


Sepanjang berlangsungnya roadshow ni, aku dapatkan info mengenai Dugro secara percuma oleh pakar nutrisi yang ada kat sana. Apa lagi, aku ambil kesempatan la tanyakan beberapa persoalan yang bermain di minda ibu-ibu. Penerangan demi penerangan aku dapat kat sini, ilmu dari segi pemakanan anak jugak dikongsi. Aku jugak tak lepaskan peluang untuk mendapatkan info berkaitan khasiat dan kebaikan Dugro. Korang tau tak, Dugro ni punyai khasiat DHA, 15 Vitamin dan mineral serta IcFos (kandungan serat). Kesemua khasiat yang ada dalam susu Dugro sudah cukup untuk membantu anak-anak membesar dengan lebih lagi. Terima kasih Dugro ! 

Jangan risau kalau anak-anak korang tak minum susu sebab Dugro ada 3 perisa baru yang seperti Asli, Madu dan Coklat. Ikut selera anak masing-masing supaya khasiat yang ada dalam Dugro ni dapat membantu tumbesaran anak-anak. Aku dah cuba ketiga-tiga perisa Dugro ni, tapi yang menjadi pilihan Mikhail tetap perisa asli. Bagi perisa coklat pula, mikhail lebih suka minum waktu petang secara santai-santai jer. Aku letak dalam gelas jer, lepas tu dia akan minum sendiri. Susu rasa coklat kan, kalau cicah dengan biskut pun sedap..hahahaa. 


Nampak tak beg comel yang aku pegang tu? Ini hasil yang aku dapat ketika berada di roadshow Dugro tempoh hari. Apa yang menariknya, aku reka khas backpack untuk Mikhail dengan kata-kata manis seorang ibu. Nampak comel gila bila Mikhail bawak beg ni ke taska..hehehe.. Korang pun mesti nak beg yang cantik ni kan? Macam mana nak join?

REDEEM A BACKPACK AND SO MUCH MORE

Ok... senang jer nak dapatkan backpack macam Mikhail ni. Korang hanya perlu ikut langkah berikut :
  1. Beli 6 pek Dugro 900g di Roadshow "Build A Backpack & So Much More"  dan dapatkan kod unik. Untuk lokasi Roadshow berhampiran, boleh tengok kat sini [http://www.dugro.com.my/promosi_dan_acara/backpack/roadshow]
  2. Reka "Backpack" yang disulam dengan nama Si Manja dan mesej kasih dari ibu ayah.
  3. Tebus dengan kod unik korang tadi di sana.

*Asli, Coklat, Madu, Fruit & Veg dan Multi Grain.
**Dapatkan di Roadshow "Build A Backpack & So Much More" sahaja, sementara stok masih ada dan tertakluk pada terma dan syarat.

PERMAINAN UNTUK ANAK-ANAK DI ROADSHOW DUGRO

Lebih meriah lagi bila ada permainan yang menarik minat anak-anak bila korang kunjungi roadshow ni. Anak akan jadi 'so much more' dengan adanya 3 game yang berbeza. Ok, untuk sertai game ni parent atau anak akan diberikan satu kad yang ada 3 ruang untuk dicop kat situ menandakan setiap permainan telah berjaya diselesaikan untuk redeem 'family photo'. Wah ! Bukan senang nak bergambar bersama keluarga tanpa perlu bayar apa-apa pun. Anak cuma main permainan kat sini, dan dapat hadiah bergambar. Best !!
Permainan Match The Nutrients ni paling seronok sebab sel otak anak sedang berhubung untuk 'match' huruf dan nombor dipapan tu dengan menggunakan batang yang ada magnet dibahagian hujung. Huruf dan nombor dibahagian bawah, Mikhail boleh la susun sendiri, bila dah sampai kat atas, kena bantuan Abi untuk dukung sebab tak sampai..hehehe.. Dari perhatian aku ketika Mikhail main game ni, dia nampak sedang berusaha untuk mengenal huruf dan nombor sebelum dipadankan. Sel otak sedang berhubung. Good boy !
Kemudian main permainan Slide The Happy Poo . Pada mulanya, Mikhail agak kaku nak nak main permainan ni sebab tak tau macam mana nak slide. Lepas tu, Abi dia ajar beberapa kali baru dia seronok main. Apa yang penting ketika permainan ini, anak mestilah lebih peka bagi setiap pergerakan tersebut. Bila dah ada rentak permainan sendiri, memang lasak la dia main kat screen tu..hehee. Seronok...mesti Mikhail terbayang dia sedang main game kat 'ipad gergasi'..hahahaa
Permainan terakhir, Fish The DHA atau memancing ikan mainan dengan mendapatkan jumlah nutrisi yang cukup dalam setiap gelas. Setiap seekor ikan tu, ada 'jumlah' nutrisi. Jadi, anak-anak kena pilih 3 ekor ikan untuk dapatkan 19.5mg nutrisi. Game ni menguji macam mana nak kenal warna yang ada pada ikan-ikan tersebut. Sekali lagi sel otak sedang berhubung untuk menjadi lebih lagi.

Dah selasai main, kami terus reddem 'family photo' bersama-sama. Kenangan gambar kami sekeluarga di roadshow Dugro terabadi disitu. Sepanjang hari tu, aku rasa seronok bila tengok anak menerokai dunia kanak-kanak. Semoga Mikhail menjadi yang lebih baik selepas ini.


Untuk keterangan lanjut mengenai Dumex Dugro, boleh layari sesawang berikut.

Hubungi : 1800-38-1038 

Bagi ibu yang bekerjaya, kebanyakan mereka kesuntukan masa untuk mendapatkan info berkaitan Dugro. Korang boleh dapatkan khidmat nasihat melalui Dugro Careline ditalian  1800-38-1038 (24 jam). Sambil dodoi anak pun, boleh hubungi mereka yang sedia membantu ibu macam aku ni. Pilihan kedua pula, boleh kunjungi kiosk yang berhampiran untuk dapatkan khidmat nasihat yang diberikan secara percuma. 



Post a Comment

Siti Rohaida Yusof said... 10/3/17 8:58 AM

anak saya pun minum susu ni..

~ Kisahsidairy~

papa penyayang said... 10/3/17 9:01 AM

haaa i like dugro. bamhoq drp anak yg first sampai la yg bongsu, semua minum susu dugro.. senang nak cari.

Mar Mansor said... 10/3/17 3:34 PM

Bab susu ni yang penting keserasian dan dia nak minum susu tu.
JanjiKita

raihanah said... 11/3/17 7:00 AM

susu untuk membesar yey

Uyul Rosli said... 12/3/17 2:13 AM

Bila dah ada anak nih, bertambah tambah beg tangan ye kakk. Hehehe tapi tetap gojessss!

JOM KE BLOG UYUL >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

Nina Mirza said... 13/3/17 1:45 PM

Menarik program Dugro..!!

Shark Kay said... 13/3/17 2:12 PM

terbaik program dugro ni.
sehebat iklan kat tv.
kiranya boleh percaya le iklan dugro ni.

Lisa Nurulain said... 13/3/17 2:39 PM

alaa..kluang takdak . :( baru teringin nak beg tu . haehehe tak pernah beli dugro lagi. Mahal tak?

PencariMakan said... 13/3/17 2:47 PM

Wah!!! Aktiviti penuh di sini.. Sungguh HIJAU!!!

Nadia Johari said... 13/3/17 3:11 PM

Suka abg mikhail dpt main..tunggu fariza besar nk cuba dugro ni

Sue Izza said... 13/3/17 3:16 PM

dumex ni ma abah pun kata bagus dr zaman kak sue kecik2 lagi ,jenama.established la org kata hehhehe

Julia Johari said... 13/3/17 6:06 PM

Anak julia 5 tahun baru mencuba minum Dugro 2 minggu...tp dia ambil pek 6 tahun punya...seriusssssssss my son nampak bertenaga dkna...dulu dia hampir nak putus susu cawan dah...bila ambil dugro kami sebagai parents rasa happy sgt tgk perubahan my son dah mula nak makan...kalau tak asyik x mau makan je...alhamdulilah

YB Shehan said... 13/3/17 8:05 PM

berminat bagpack tu. tp x mnum susu tu. adeh.. huhu

CikLily Putih said... 14/3/17 10:07 AM

wah beg pack merahhh

raihanah said... 14/3/17 11:46 AM

banyak aktiviti menarik ni

Wan Syahida said... 14/3/17 1:30 PM

nampak macam menarik aktivitinya.

puanbee said... 16/3/17 4:55 PM

kalau anak serasi , mahal atau murah tk jd hal

 
Top