12
Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort 2017 | Setiap tahun aku akan dapat jemputan dari Bangi Golf Resort (BGR) untuk buffet ramadhan. Alhamdulilah...rezeki jadi blogger picisan gitew..hahhaa. Untuk kali pertama dan terakhir aku ke buffet ramadhan sebelum bersalin. Ok la... Dapat jugak makan dan rasai suasana berbuka puasa. Lepas ni, berbuka puasa dalam pantang jer la..hihii

Ramai rakan blogger yang aku jumpa lat BGR tempoh hari. Dah macam gathering blogger je ssbab setiap tahun kami bertemu kat sini. Biasanya berbalas komen kat blog atau facebook jer, bila dah jumpa kat sini bolehlah peluk cium dan laga pipi kan.


Ok,  buffet ramadhan di BGR ni bermula dari 29 Mei 2017 hingga 23 June 2017 dengan harga bagi dewasa RM 58 dan kanak-kanak RM 28. 







Kalau ke BGR, memang wajib pekena kambing golek dan sup gear box. Cheff BGR memaklumkan, bila bermulanya bulan puasa lebih kurang 8 ekor kambing sehari akan tumbang tuk dihidangka untuk para tetamu. 

Kelainan buffet ramadhan kali ni pula ada dihidangkan durian musang king dari Pahang. Siapa yang teringin makan durian, boleh datang beramai-ramai kat sini. Harga untuk makan durian tidak termasuk dalam pakej buffet ramadhan.




Keterangan lanjut, seperti kat bawah yea.

Bangi Golf Resort

No 1, Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi,
Selangor 43650, Malaysia

Email : sales@bgrrest.com
Website: www.bgrrest.com
Facebook : Bangi Golf Resort

Tempahan atau pertanyaan Nurul Adira Kamil - (60)11 1057 5088


Post a Comment

raihanah said... 25/4/17 9:09 AM

kalau dekat nak gi jugak. huhu

mas saari said... 25/4/17 11:40 AM

Sedapnya Musang King, ngidam jugak ni!
BGR memang sentiasa jadi pilihan untuk buka puasa sebab menu sedap dan harga pun berpatutan.

suhailah hamid said... 25/4/17 12:15 PM

sedapnye musang king, BGR antara tempat pilihan ramai untuk berbuka puasa.

PeRdU cINta said... 25/4/17 12:47 PM

Alhamdulillah rezeki baby tu Dkna...

Siti Rohaida Yusof said... 25/4/17 1:41 PM

yang paling tertarik kat situ adalah durian..heheh
~ Kisahsidairy~

Fairuz Aqilah said... 25/4/17 5:20 PM

Haiihhh lah durian. Sabar bebanyak... Hahahahahaha

Wan Syahida said... 27/4/17 10:25 AM

Amboi banyaknya makanan. Durian tu yg paling best.

Emarieys said... 28/4/17 4:04 PM

sedapnya durian..feberet ni.

Mazni Azmi said... 28/4/17 7:06 PM

Lumayan betul sana sini dah promosi makan makan
.
Maklumlah puasa dah dekat

Nadia Johari said... 2/5/17 3:51 AM

haritu makan sikit je..alahaii

sofie said... 25/5/17 2:05 PM

bulan Ramadha adalah bulan yang penuh hikmah

 
Top