3
Gino Pizza | Pizza Giant Di Kota Bharu | Ada yang tertanya-tanya aku dah bersalin ke idok? Hihiii.. Aku ada je ni ha.. Dah seminggu kat kampung. Balik kampung lebih awal dari perancangan asal. Sekarang ni tunggu sakit perut nak beranak jer la. Sementara tu, makan je apa yang boleh makan sebelum berpantang. 

Sebenarnya, kat Kelantan ni banyak lokasi atau kedai makan yang menarik untuk terjah tapi disebabkan kekangan masa setiap kali aku balik kampung, memang tak sempat nak round bandar KB. Tapi kali ni, aku sempat makan pizza yang sedap giler kat sini.

GINO PIZZA KOTA BHARU

Aku tak tau pun ada Gino Pizza kat Kota Bharu ni. Balik kampung, kakak aku ajak makan pizza saiz besar dari Pizza Hut atau Dominos Pizza. Dalam fikiran aku "sedap ke" sebab tekak selalu makan pizza tu je kan. Lepas maghrib, kami terus ke lokasi Gino Pizza yang terletak di Cherang. Hanya menggunakan waze, taip "Gino Pizza" atau "Selera Cik Siti" untuk ke sana.

Sampai lokasi, aku tengok sunyi jer. Nak masuk dalam kedai pun rasa serba salah..haahhaa. Ruang kedai ni selesa untuk menjamu selera dan pelayan pun ramah. Soalan pertama aku tanya "saiz large tu besar mana" dan pelayan tu terus jer tunjuk contoh kota saiz pizza yang tergantung kat dinding. Fuh ! Memang besar. Kesimpulannya, order 1 jer pizza saiz besar tuk makan ramai-ramai.

MENARIK DI GINO PIZZA

Istimewa kat sini, korang boleh request untuk 2 jenis perisa untuk 1 pizza. Aku order Pizza Pepparoni dengan Hawaii Pizza. Kemudian aku mintak extra cheese... Peminat cheese wajib buat perkara sama macam aku kan? Heheee..



Ok, mengenai rasa pizza kat Gino Pizza ni memuaskan dan sesuai dengan selera tekak aku sebab lain dari rasa pizza yang selalu makan. Kalau datang ramai-ramai memang berbaloi untuk order pizza saiz giant yang bersamaan dengan saiz talam...haaa.. Besar kan?

Saiz 1 keping pizza ni lebih besar dari muka aku..hahahaa..



Harga pun berbaloi sebab tak mahal kalau dibandingkan dengan saiznya. Untuk saiz large, seingat aku harga lingkungan RM 35+- jer. Murah kan? Kalau tak nak makan pizza, ada jugak makanan lain yang disediakan kat sana dengan pelbagai pilihan.






Post a Comment

Nina Mirza said... 30/4/17 9:03 AM

Waahhhh ...Besar sungguh.. murah lak tu
Teruja nak cuba rasa!
Masuk list kalau pi Klate lagi. Makaseh ya
Memang suka cuti sana. Semua best!
Semoga dipermudahkan proses bersalin dan semuanya selamat Dkna...

Nadia Johari said... 2/5/17 3:51 AM

besarnya weii la

Lisa Nurulain said... 7/5/17 3:52 PM

antara pizza ni dengan dominos and pizza, mana lagi sedap > hhahaha

 
Top