6
Minyak Yu Yee Memang Legend | Aku masih ingat lagi satu ketika dulu, mak aku jaga anak orang atau bahasa mudah, jadi pengasuh la. Setiap pagi, anak asuhan yang dihantar kat rumah aku tu dah siap dimandikan. Wangi gitew. Bau baby ni best lain macam, masam berpeluh pun tetap nak cium dan dikatanya bau wangi. Paling best aku cium anak-anak asuhan ni bila dorang dah siap dimandikan sebelum parent datang ambil. Mak aku akan sapukan minyak yu yee kat tapak kaki, perut dan peha anak-anak. Dari dulu lagi, minyak yu yee ni sangat sinonim dengan budak kecil.


Sekarang, giliran aku pulak guna minyak yu yee ni untuk anak-anak aku. Sebelum aku lahirkan Mikhail dulu, aku dah asingkan stok minyak yu yee ni dalam beg untuk dibawak ke hospital. Sekarang pun, aku lakukan perkara yang sama untuk adik Mikhail. Fuh ! berdebar pulak tunggu kelahiran kali ni. tak sabar nak cium anak yang dikandung 9 bulan. 

APA YANG MENARIK DENGAN MINYAK YU YEE?

Aku yakin kebanyakan dari ibu-ibu diluar sana memang sinonim dengan minyak yu yee ni. Minyak legend ! Dari zaman berzaman masih kekal dipasaran yang tak luput dek zaman. Kalau korang perasan, botol minyak yu yee pun tak pernah berubah dari zaman dulu hingga kini. Sebab tu aku cakap, minyak yu yee ni legend...hehehehee. Tahniah kepada pengeluar produk ni sebab mengekalkan botol minyak yu yee dari dulu sampai kini. Aku harap, botol ni akan kekal sampai bila-bila. Sekali tengok jer, dah tau 'minyak yu yee'. 


Bagi aku, paling menarik sangat dengan minyak yu yee ni ialah bau minyaknya yang super duper wangi. Wangi tu memang tak dapat dinafikan, bila sapu kan badan anak kecik, boleh buat korang nak cium memanjang jer. Best sangat bau minyak yu yee ni.

Selain tu, minyak yu yee boleh melegakan kembung perut dan selsema. Bagus untuk anak-anak kecil sebab minyak ni tak terlalu panas. Minyak yu yee ni pun sesuai untuk sakit-sakit otot atau sengal badan. 

Paling best, aku guna minyak yu yee ni sapu kat bawah tulang dagu sebab sakit gigi tempoh hari. Alhamdullilah... aku rasa lebih lega lepas sapu minyak yu yee ni dari kesakitan yang berpanjangan. Kesimpulanya, minyak yu yee ni bukan saj sesuai untuk anak tetapi untuk seisi keluarga.

MINYAK YU YEE CAP LIMAU HALAL 

Satu ketika dulu kecoh dengan status halal minyak yu yee ni kan? Ramai yang pertikaikannya. Aku share dengan korangm sijil halal minyak yu yee yang telah diiktiraf oleh JAKIM. Lepas ni, jangan ragu-ragu lagi untuk guna minyak yu yee ni okeh.






Keterangan lanjut mengenai Minyak Yu Yee Cap Limau , boleh layari :

Facebook : Minyak Yu Yee Cap Limau
Alamat : Weng Seng Heng Medical Hall Sdn. Bhd221, Lebuh Pantai, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang.




Post a Comment

mas saari said... 20/4/17 9:27 AM

Best bau minyak Yu Yee ni. Pastu kalau pakaikan kat baby memang diaorg selesa, susah nak kena kembung perut!

raihanah said... 20/4/17 9:38 AM

time anak2 baby mmg pakai ni

Adam said... 20/4/17 9:39 AM

Minyak yu yee ni memang cap limau je ke. Tak ade ke yg cap lain,

Ainul Mustafa said... 21/4/17 6:01 AM

anak 1st pakai. anak 2nd suka guna cream tropika tu. ok jgk. batul selsema pakai cream tu cepat lega.

Lisa Nurulain said... 29/4/17 4:29 PM

Lisa pun lebih suka minyak ni dari minyak kapak

Nadia Johari said... 2/5/17 3:52 AM

best..tapi mak pak yang pakai..anak tak selesa..hahaa

 
Top