10
Selalunya kalau sakit gigi, jangan sesekali diajak bergurau. Nanti ada yang kena sepak terajang, maki hamun...hahaaa. Teruk benar penangan sakit gigi ni kan. Sakit gigi jugaklah sakit yang paling seram bagi aku. Pengalaman pertama aku sakit gigi disaat sedang sarat mengandung. Dah hampir 3 minggu sakit gigi aku ni on off. Memain lak yea sakit gigi kali ni.

Sebenarnya, aku ada penyakit resdung tapi tak teruk pun. Resdung yang jenis gatal mata, hidung, telinga, lelangit gitew. Ada sesetengah orang, resdung yang keluar jerawat kat muka. Allahuakbar... Yang ni pun seram jugak. Kesimpulannya, aku sakit gigi ni bercampur aduk dengan resdung.

Masuk minggu ke-2 sakit gigi belah kanan.. Bayangkan, sebelah muka ni aku rasa membengkak dan sakit kat bahagian mata. Lagi bertambah derita disertai dengan batuk. Sakit pulak kat bahagian perut setiap kali batuk. 

Satu hari, aku dah tak dapat menahan penahan sakit gigi ni terus aku refer kat kenalan yang juga seorang doktor. So far, respond yang ni bagitau seperti apa yang kakak aku cakap boleh makan paracetamol dengan dos yang paling minimum.


Kali pertama aku makan paracetamol ni sebab dah tak boleh nak tahan sakit. Alhamdulillah... lepas makan ubat tu, lega sakit pun berkurangan untuk beberapa hari. Masih lagi ada rasa sakit tapi aku bertahan jer tak nak makan ubat.  
Dah lega sakit sebelah kanan, penyakit ni mai pulak sebelah kiri muka aku ni. Kali ni sakit ya amaaaaaatttt. Allahuakbar... berdenyut-denyut sakit gigi, telinga ni rasa macam nak cabut jer, mata pula boleh berair secara tiba-tiba. Bawah cuping telinga dan bawah tulang pipi ada ketulan atau bengkak. Sakit woooiiii.. Macam biasa, aku bertahan selagi boleh. Sakitnya datang on off tapi bila malam, memang tak boleh tidur la dengan batuk aku masih jugak belum baik. Tiap kali batuk, aku terpaksa letak bantal kat muka sebelah kiri dan tangan sebelah lagi ampu perut dibahagian bawah. Muka sakit, perot pun sakit sebab urat tegang. Tak boleh nak gambarkan macam mana sakitnya kecuali korang pernah lalui perkara yang sama. Kali ke-2, aku ambil 2 biji lagi paracetamol.

Hari ni aku rasa sakit gigi dan telinga dah makin berkurangan. Alhamdulillah.. Batuk pun dah makin ok lepas aku amalkan minum madu dengan limau nipis, boleh la aku tidur lena waktu malam. Doakan aku cepat sihat yea. 


Post a Comment

Maria Firdz said... 3/4/17 10:09 AM

Moga dipermudahkan urusan nya dan cepat sembuh...

Siti Rohaida Yusof said... 3/4/17 10:20 AM

samalah ngan akak,masa preggy dulu mmg kena sakit gigi,nak cabut tak boleh..takut pulak.bertahan sampai bersalin,tapi lepas bersalin ok je..

~ Kisahsidairy~

Fiza Rahman said... 3/4/17 10:46 AM

Dugaan ibu mengandung. Memang tak menahan lah kalau sakit gigi ni. Kurang kalsium. Dah lah penakut nak jumpa dentist ☺

Hanim Hashim said... 3/4/17 5:12 PM

akak tak pernah merasa lagi sakit gigi time mengandung, tapi sakit gigi paling teruk dari sakit beranak weh haha. Akak cukup tak boleh kalau sakit gigi ... mau kena cabut jugak!

Moga Dkna cepat sembuh ye :)

raihanah said... 7/4/17 9:29 AM

get well soon. pastikan ada kalsium lengkap

PeRdU cINta said... 7/4/17 10:44 AM

Sabar ya Dkna...subhanaAllah..moga cepat sembuh..

Lisa Nurulain said... 9/4/17 12:54 PM

get well soon.. semoga cepat sembuh ye .. baru tau leh makan panadol time pegnen hehehe

Ainul Mustafa said... 9/4/17 6:39 PM

ainul kena awal pregnant hr tu. makan pil kalsium & b complex je. p dentist sbb gusi bengkak. so dia suruh kumur air garam. nasib baik sehari je

Faiz said... 10/4/17 7:25 AM

Alhamdulillah, sib baik ok

Mar Mansor said... 10/4/17 1:11 PM

ayat first tu dah buat saya gelak. tapi kalau saya depan awak saya tak jadi gelak la kompem kena terajang..
JanjiKita

 
Top