6
Sakitnya Suntikan Matang Paru-Paru Bayi | Aku betul-betul tak jangka dengan kandungan kali ni, aku banyak dapat pengalaman yang berbeza dari sebelum ni. Siapa sangka, pada usia kandungan 35 minggu aku berkejar ke Dewan Bersalin Putrajaya sebab contraction. Kisahnya bermula pada pagi hari Ahad lepas.

Suami aku keluar pergi cari makanan untuk sarapan pagi dan aku duduk rumah macam biasa, makan ubat yang dibekalkan oleh doktor. Ubat perlu makan sebelum makan pagi. Lepas setengah jam, aku alaskan perut dengan makan roti sementara tunggu suami balik. Tak lama lepas tu, aku rasa nak muntah..pening...loya. Tahan punya tahan, termuntah jugak dan habis semua makanan keluar termasuklah ubat yang aku makan tadi. 

Tiba-tiba kaki aku mula sejuk dan perut memulas-mulas macam orang nak cirit birit tu. Rasa sakit tu tak boleh tahan. Aku sempat panggil Mikhail duduk sebelah aku sambil bagitau dia 'ibu sakit perut..Mikhail duduk diam-diam, tunggu abi balik'. Dalam keadaan sakit tu, aku rasa Ya Allah...lamanya suami aku pergi beli makanan atau pergi masak kat kedai...hahaaa.

Elok jer suami balik, aku maklum yang aku rasa sakit perut yang amat. Waktu tu aku dah tak ada daya nak bangun. Terbaring atas sofa. Rasa sakit ni datang selang seli dengan contraction. Rasa macam nak membuang air besar. Aku mintak suami pimpin aku ke tandas. Kaki dah rasa lembik dan tak mampu nak berdiri lama. Sakit perut tapi bukan nak membuang pun. Masuk dan keluar tandas camtu jer.

Akhirnya aku terbaring atas katil. Memang dah tak boleh bangun. Sakit perut tu tetap menyerang berselang seli dengan contraction. Bermula dari pukul 10 pagi aku menahan sakit sehingga jam 1 petang. Lama kan? Aku gagahkan diri bangun dan makan sebelum ke hospital. Aku lebih risaukan anak dalam kandungan ni. Dipendekkan kisah, selepas doktor buat ujian CTG dan cek 'jalan', aku kena tahan wad serta merta sebab berpotensi untuk bersalin awal. Doktor maklumkan dia akan bagi 2 suntikan matang paru-paru bayi untuk siap sedia andai kata 'jalan' aku dah ready untuk bersalin.

Suntikan pertama jam 5 petang dan kena cucuk kat punggung. pada fikiran aku, tak sakit la sebab kat punggung kan 'isi' tebal gitew...hahahaha.. Tapi...tapi.. bila dah kena cucuk tu, Ya Allah..sakitnya. Aku rasa nak tendang jer nurse yang cucuk bontot aku. Bila nurse tekan jer ubat dari picagari tu, terus rasa sakit ya amaaaaaaaatttt dan tanpa aku sedar, air mata ni meleleh woooiii menahan sakit. Nurse mintak aku relax seketika sehingga rasa sakit tu hilang, lepas tu boleh bangun. Lebih kurang 5 minit jugak rasa sakit tu. 

Siap sedia ke wad dan suami pula uruskan anak. Di wad, doktor maklumkan sekali lagi aku perlu disuntik selepas 12 jam dari suntikan pertama. Bermakna, pukul 5 pagi hari esok kena suntik lagi. Doktor pantau contraction aku jer dalam tempoh tersebut. Andai kata keluar tanda untuk bersalin, aku perlu jalani proses bersalin ketika tu jugak. Jam berdetik demi detik. Aku masih lagi rasa contraction tapi tak seteruk waktu siang tadi.
Sebelum aku disuntik jam 5 pagi, nurse datang ke katil dan pantau pergerakan bayi. Masih ada contraction cuma tak sekuat sebelum ni. Kemudia, kena suntik. Allahuakbar...kali ni lagi sakit sebab nurse suntik lelaju tapi sakitnya tak lama berbanding dengan siang tadi suntikan lebih perlahan-lahan tapi sakitnya lama. Suntik jarum tu tak sakit, bila ubat ditolak tu yang sakit. Fuh ! meleleh kali kedua air mata ni. Demi anak...sakit pun kena bertahan.

Lepas kena suntik tu, aku kena pantau contraction dan dengan harapan boleh keluar wad sebab tanda-tanda nak bersalin masih belum ada. Lebih kurang pukul 11 pagi, doktor pakar datang buat pemeriksaan dan alhamdulillah dah tak ada contraction. Aku dibenarkan keluar wad dalam masa sama, kalau dah ada tanda nak bersalin aku perlu ke hospital dengan segera.

Doakan aku selamat bersalin dan dipermudahkan segala urusan serta anak dalam kandungan aku ni sihat walafiat yea. Setiap anak ada pengalaman yang berbeza dan aku mengharapkan segala kesakitan yang dilalui dapat menghapuskan dosa-dosa aku. Amin....


Post a Comment

Kak Mahh said... 14/4/17 10:14 AM

Inshaallah dipermudahkan baby elong tunggu kamu.

idzwa kamaruddin said... 14/4/17 12:54 PM

ADUHHHHHH...terbayang pulak macam mana sakit tu..

raihanah said... 14/4/17 12:57 PM

semoga dipermudahkan urusan

dorsett pink said... 14/4/17 1:34 PM

sakitnya.. takpe perngorbanan seorang ibu mendapat pahala berlipat kali ganda InshaAllah. saya doakan urusan bersalin awak dipermudahkan segalanya..

PeRdU cINta said... 14/4/17 10:52 PM

Mengikut pengalaman kawan-kawan PC suntikan matangkan paru paru baby tu memang sakit...sangat sakit...kawan PC terpaksa duduk lama di wad sebab lepas disuntik tu dia demam..Dr takut baby dalam kandungan berisiko..
InsyaAllah..moga kepayahan di awal ni Allah ganti permudahkan dihari melahirkan nanti...ameen.

wan syahida said... 16/4/17 9:02 PM

wow perkongsian yang sgt menarik sebagai rujukan masa hadapan.Thank you!

 
Top