20
Tertipu Dengan Milo Energy Cube ! Viral milo energy cube ni makin menjadi-jadi kan sejak akhir-akhir ni. Selalunya, disebabkan viral macam ni, produk laku keras. Tambah lagi ada yang bagi testimoni good-good..hehheee

Disebabkan viral ni, aku pun terjebak membeli. Nak kata mengidam, tak pun. Tapi tertarik ngan komen-komen kat intagram dan facebook dari customer yang bagi feedback terbaik. Lama jugak aku tunggu harga milo energy cube ni jatuh dari pasaran. Memula duk tengok harga, kebanyakan penjual menjual dengan harga RM 65 keatas bagi 100 cube dan tak termasuk kos pos. Mahal giler!! Tapi aku dapat tau harga paling murah setakat hari ni, hanya RM 45/100 cube dan free cod depan pintu rumah, terus aku rembat.

Ni pack untuk 100 cube. Saiznya besar tapak tangan jer. Bila dah dapat barang, tiba-tiba aku rasa tertipu. Kenapa aku cakap tertipu? Sebab dalam fikiran aku, 100 cube bersamaan dengan 1000g / 1kg milo...hahahaa.. Tapi hakikatnya, berat milo cube ni hanya 125g sahaja. Nangis tepi pintu rumah okeh! 

Salah aku jugak, sebab bayangkan milo ni besar. Dan salah aku jugak tak baca review dari blog kawan-kawan yang dah pernah rasa milo energy cube ni. Dan salah aku jugak sebab tak tanya detail mengenai produk ni dari penjualnya. Aku duk bayang sensorang, tu pasal rasa tertipu...hehee... Haiiisss...semua salah bila dah dah rasa tertipu sebab diri sendiri yang tak peka. Gitew...

Ni saiz sebenar milo cube tu. Kecik comey jer. Sekali ngap, terus lesap dalam mulut. Aku bagi kat Mikhail cuba, cube pertama dia makan dengan soalan "bu..nak makan macam mana?" ngat pelat dia tanya aku.. Aku jawab sambil tunjuk lidah "jilat jer cam aiskrim".

Cube pertama dia berjaya habiskan. Pastu dia mintak satu lagi. Aku bagi jer la.. Sempat 2 kali jilay, lepas tu dia bagi balik milo cube ni kat aku. "tak nak dah bu". Aikkkk... Terkejut gak aku bila anak respond gitu. Tak sedap ke? 

Ok..giliran aku lak makan milo cube. Aku buka satu.. satu.. satu makan. Lepas tu aku tanya suami, sedap ker. Suami cakap, lagi sedap milo kat dapur..hahahaaa.

Ok, ni aku bagi testimoni aku sendiri mengenai milo cube energy ni. 
  • Rasa milo energy cube ni tak sama dengan milo yang beli kat kedai. Lebih senang, tekak aku tak rasa milo pon dan lebih kukuh dapat komen penjual ni kat fb aku, dia bagitau ada campuran koko dalam tu milo cube. 
  • Lagi sedap meratah milo yang keras kat dapur tu ha. Serbuk milo yang dah masuk angin tu kan, sedap wey ! 
  • Milo energy cube ni tak la manis sangat, sedang-sedang jer rasanya. Sebab tu aku boleh habiskan 20 cube milo dalam sekelip mata.
  • Tak sesuai nak bancuh sebagai air milo. Letak dalam 20 cube pun belum pasti sedap air. Nak kunyah-kunyah sambil layan fb ok jer.
  • Saiz yang kecil dan comel ni memang menarik perhatin nak beli. Bab packinging ni aku tak nafikan, boleh buat korang tergoda nak beli..hahhaaa
Kalau nak cuba, tak salah pun membelinya dan makan sepuasnya. Kalau ada orang tanya, boleh la bagi pendapat sendiri. Tapi semua ni bergantung pada selera tekak masing-masing. Korang dah rasa milo energy cube ni? Cuba bagi pendapat sikit kat kotak komen. 




Post a Comment

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said... 10/4/17 11:28 AM

CCL tak sempat lagi nak merasa milo cube ni ..better ratah je milo kiub kat umah..

sayaiday said... 10/4/17 11:36 AM

lagi sedap paket milo 3 in 1 tu bagi iron sampai keras. hahahaha

Siti Rohaida Yusof said... 10/4/17 11:46 AM

tulah..ingatkan besar...baik ratah milo biasa je..sedap sikit..hahahah
~ Kisahsidairy~

Mar Mansor said... 10/4/17 1:09 PM

mujur takde perasaan untuk beli. Milo dalam tupperware kat dapur tu pon tak habis-habis lagi..hehe
JanjiKita

suhailah hamid said... 10/4/17 1:27 PM

tak beli pun, tengok aje benda ni viral di fb. huhuhu..

Julia Johari said... 10/4/17 4:05 PM

Jarang beli milo sbb balun milo kt opis je...nanti julia try plak cmne tekak juju ckp

Nadia Johari said... 10/4/17 4:28 PM

hahaa..samalh ingt besar..rupanya kecik

Dewi Aja said... 10/4/17 7:24 PM
This comment has been removed by a blog administrator.
PeRdU cINta said... 10/4/17 8:23 PM

Saiznya sebesar buah dadu..kak PC dah rasa..sebiji..2 biji..rasanya lain dari milo serbuk yang buat air selalu tu..mula2 kak PC dan en suami bayangkan serbuk milo di adun kemudian dicetak..bila rasanya lain..ermmmm x cuba lagi dah..

idzwa kamaruddin said... 11/4/17 10:59 AM

Sama memula dapat tanjat nyerrrr..kecik gilerrr...tapi dah dapat makan je lah..kekekeke...tpai memang ye ratah milo kat dapur lagi layannnn ;)

Yana MIB said... 11/4/17 12:38 PM

ramai kn komen rasa dia biasa je..xbaloi dgn harga...i tggu org bg free...muahaha

Fadzi Razak said... 11/4/17 1:13 PM

Baru beli jugak. Mmg rasa tertipu bila mula2 dpt hahaha. Tgu time nak up entry je ni. Tp saya dpt rm35 + rm3 untuk postage

Mas Zull said... 11/4/17 1:23 PM

assalamualaikum dkna...tak pernah rasa pun dkna...kalau dah testimoni yg mcm ni mmg x beli la jawabnya...:)
** Mama Maszull

Shark Kay said... 11/4/17 8:00 PM

mudah sangat terpengaruh ni.
hehehe.
nasib baik aku tak terjebak lagi..
milo ais still lagi the best.

Lisa Nurulain said... 11/4/17 8:54 PM

dah rasa.. makan sebiji. sedap gka.. sbb orangbagi. yang baru beli ni tk rasa lagi

Hanim Hashim said... 12/4/17 12:30 PM

tak berapa terasa nak makan walaupun viral kejap aritu. Kalau kecik gini memang tak puas makan dan rasa pun mungkin tak sama macam yang biasa kita minum

Cik Tie said... 16/4/17 5:57 PM

Ahaa harga dia bukan main mahal lagi

Anonymous said... 17/4/17 8:59 AM

Thanks utk tips tu... tu lah kita pun duk nampak ramai org post... teringin nak cuba.. ingat rasa macam milo dekat dapur tu hahha...

Fairuz Aqilah said... 25/4/17 5:25 PM

Nasib baik tak beli lagi. Hampir terpengaruh juga tengok macam sedap je. Mungkin sebab dia energy cubes kan, so dia taklah sesedap dan semanis milo biasa. Sama jugak macam dark chocolate yang lagi elok daripada milk chocolate. Hehe..

 
Top