4
Kuih Akok Kelantan Memang Sedap | Setiap kali balik Kelantan, kuih wajib yang aku cari semestinya akok kedut. Entah kenapa, kalau aku beli akok kat Putrajaya atau lokasi lain selain di negeri Kelantan, rasanya tak cukup "uuurrrmmmhhhh'. Biasanya, rasa kurang lemak dan kurang telor tu paling ketara. Berbeza dengan rasa lemak manis akok asli di Kelantan. 

Zaman dah makin maju, kebanyakan peniaga dah menggunakan dapur gas untuk buat akok tapi berbeza dengan gerai kuih tradisional ini yang masih kekal lagi cara memasak menggunakan arang. Walaupun resepi yang sama tapi cara memasak yang berbeza juga boleh memberikan rasa yang berbeza. Aku suka sangat akok yang ada sedikit hangit-hangit kehitaman gituh.


Minggu lepas, suami aku beli sedikit akok ni untuk kawan-kawan pejabatnya. Kebanyakan dari mereka cakap memang sedap. Tak sangka pulak ada yang order akok ni minggu ni. Alang-alang dah ada yang order, suami aku terus open order sehingga cukup 100 biji. Berbaloi la untuk aku pergi ke gerai ni buat tempahan, kalau setakat nak beli 10 biji tu macam krik krik jer sebab jarak gerai ni dari rumah aku boleh tahan jugak jauhnya hihiiii...

Ada yang tanya basi tak? Haaaa.. Akok ni tak basi yea. Alhamdulilah.. Aku pernah bawak akok ni dan boleh tahan seminggu bila letak dalam peti ais. Penjual akok ni bagi tau, kalau diletakkan di tempat luar, akok boleh bertahan selama 24 jam dan kalau disimpan dalam peti ais, boleh tahan lebih lama. Dan pastikan akok dah sejuk baru simpan dalam peti ais. Rezeki kawan-kawan suami aku la, dapat makan akok kedut tradisional dari Kelantan.


Post a Comment

FeyLiez said... 3/5/17 9:40 AM

tak pernah rasa kuih akok... mesti manis kan.. nanti nak cari

PeRdU cINta said... 3/5/17 12:41 PM

Pernah beli sekali kat pasar mlm tapi tawar...bila tanya kawan yang memang berasal dari kelantan..dia cakap rasa kuih akok lemak manis...terus tak beli lagi..takut tertipu..

Liyana Anuar said... 3/5/17 1:17 PM

cam sedap je tengok..

Diana Rashid said... 3/5/17 8:54 PM

Sama la..akak pun suka yang ada hangus2 sikit tu..Mujur tak boleh pos..kalau idak , oder dah ni..hahhaha

 
Top