9
Dulu Takut, Sekarang Dah Jadi Kawan| Dah 2 minggu aku balik kampung dan follow up kandungan kat HUSM, Kubang Kerian. Tanda-tanda nak bersalin tu macam jauh jer lagi walaupun dah masuk usia 39 minggu...hehee.. Agaknya baby seronok makan macam-macam kat kampung ni haaaa. Seronok macam Mikhail, balik kampung ada ramai sepupu dan tak perlu bangun awal pagi tuk ke taska. 

Setiap hari ada je aktiviti nak buat terutamanya tengok lembu dan kambing belakang rumah. Waktu usia Mikhail setahun lebih, kemain takut nak hampiri binatang ni. Dengar bunyi kambing mengembek pun dah membulat mata terkejut..kikiiii.. Maklumla, jarang sekali balik kampung mana nak kenl binatang. Ayam itik pun tak kenal hahhaaaa

Sekarang ni tak kira siang malam, kalau rasa nak tengok binatang ni tanpa rasa takut terus je jalan ke belakang rumah atuk.

Hari tu aku saja nak tengok sejauh mana keberanian Mikhail. Dia bagitau aku nak tengok binatang ni dan aku biarkan dia ke belakang rumah sorang-sorang.

Korang tau apa yang dia lakukan? Haaaa... Aku sendiri macam tak percaya dengan keberanian anak aku. Dia terus ke belakang rumah dan menuju ke bangsal kambing tanpa rasa takut-takut. Aku pulak yang seram dan risau. Haaa...mana tak risau, kang dia panjat bangsal kambing sorang-sorang...jatuh ke atau tertiba hilang dicelah-celah kambing..hahhaaa


Kalau waktu petang, ramai jer jadi peneman dia. Sepupu yang dah besar, boleh diharapkan tuk tengok Mikhail ni. Alhamdulilah.. Sekarang, aku risau macam mana dengan Mikhail lepas habis berpantang nanti. Mesti dia akan rasa bosan duduk di kuartes.


Post a Comment

mas saari said... 8/5/17 2:25 PM

Hai mama, tak bersalin lagi ye. Syok baby tu dalam perut ye, hehehee!
Seronoklah Mikhail explore macam² kat kampung.

Kak Mahh said... 8/5/17 2:32 PM

Macam mana bunyi kambing?

Lisa Nurulain said... 8/5/17 3:03 PM

ahahah budak bandar mana kenal ayam itikk

PeRdU cINta said... 8/5/17 3:06 PM

Nikmat luar biasa bila balik kampung..hihi..inilah saatnya untuk Mikhail habiskan masa dikampung...

Sue Izza said... 8/5/17 5:34 PM

heyyy wat apa dalam kandang kambing tu hahahhaa

Faizal Fredley said... 14/5/17 10:35 PM

kampung boy...jgn jadi mcm mak dia...lupa dah bau kambing mcm mana tu

raihanah said... 16/5/17 12:56 PM

pendidikan yang bagus ni

E'in said... 19/5/17 6:03 PM

mule-mule je takut..lepas tuberani kan.. hihi

Nisa said... 21/5/17 10:18 PM

Yang kat dalam kandang kambing tu Mikhail ke? Haha, comel je.

 
Top