6
“KEINDAHAN PULAU DAN KEAJAIBAN LAUT BIRU”MENANTI ANDA!

Percutian serta pengembaraan yang pasti korang tidak dapat lupakan di sebuah pulau peranginan terkemuka di Terengganu, Malaysia sepanjang musim ini.

Tawaran bercuti untuk orang ramai terutamanya kepada pelancong dari dalam negara kini terbuka kepada setiap individu, keluarga mahupun badan korporat di Pulau Perhentian, Terengganu, Malaysia dan dibawakan khas oleh pakar pengendali percutian di Pulau Perhentian iaitu Perhentiankravers Travel & Tours Sdn. Bhd. Destinasi percutian yang ditawarkan akan meliputi Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar.

Perhentiankravers juga telah mengatur tentatif program yang menarik serta bersesuaian kepada para pengunjung yang hadir bagi memastikan percutian para pengunjung tidak disia-siakan dan dimanfaatkan dengan sebaiknya bermula dari langkah pertama pengunjung sampai di Pulau Perhentian.

Perhentiankravers juga menyediakan beberapa jenis pakej yang mana para pengunjung boleh membuat pilihan mengikut kepada cita rasa, kesesuaian dan “budget” masing-masing dan mengaturkan sebarang percutian atau program yang perlu di “taylor-made” mengikut kehendak dan kesesuaian pengunjung.

Para pengunjung akan mendapat layanan yang terbaik bermula dari proses tempahan sehingga lah pengunjung tiba di Jeti Kuala Besut untuk menaiki bot dan memulakan perjalanan ke Pulau Perhentian.

“ Bot Laju Perhentiankravers”

Untuk makluman korang, bot laju Perhentiankravers adalah satu-satunya bot di Pulau Perhentian yang dilukis dengan gambar jerung. Dengan kekuatan enjin 250 kuasa kuda, para pengunjung akan meluncur laju membelah lautan dan akan tiba di Pulau Perhentian dalam tempoh masa 20 – 30 minit sahaja dari Jeti Kuala Besut.

Setibanya para pengunjung tiba di Pulau Perhentian, pengunjung akan dibantu oleh “crew” Perhentiankravers bagi proses check-in.

Bagi pengunjung dari kalangan anak muda dan belia, pada hari pertama di Pulau Perhentian, pihak Perhentiankravers akan menuju ke kincir angin yang merupakan lokasi popular di Pulau Perhentian. Pendakian ini akan mengambil masa sekitar 40 minit ke puncak. Khidmat “guide" sebagai penunjuk arah bagu membantu pengunjung kerana Perhentiankravers menitik beratkan keselamatan para pengunjung sewaktu melakukan sebarang aktiviti. Segala penat dan lelah pasti akan hilang begitu sahaja dek kerana pemandangan yang begitu indah serta kenikmatan dibuai angin bayu pada ketinggian 150 meter dari paras laut.

Berikut adalah beberapa pemandangan dari lokasi kincir angin.



Hari kedua berada di Pulau Perhentian adalah hari yang sangat dinanti-nantikan oleh kebanyakan para pengunjung yang datang bercuti ke sini kerana mereka akan jelajah 5 tempat snorkelling di sekitar Pulau Perhentian Kecil dan Besar. Aktiviti snorkelling ini bermula dari jam 10.30 pagi hingga ke pukul 5.00 petang. Pakej Perhentiankravers juga termasuk hidangan makan tengahari di Kampung Nelayan.

Para pengunjung akan disediakan dan diberikan dengan kelengkapan snorkelling yang selengkapnya supaya keselamatan pengunjung terjamin disamping dapat menikmati keseronokan snorkelling pada tahap yang semaksima mungkin.
Pengunjung menggunakan kelengkapan snorkelling.

Khidmat “snorkelling guide” profesional yang akan memantau serta melayani para pengunjung sepanjang trip dan turut bertugas sebagai “underwater photographer” yang mana mereka akan merakam kenangan-kenagan para pengunjung ketika snorkelling di Pulau Perhentian.

Antara tempat snorkelling yang bakal dikunjungi oleh para pengunjung adalah seperti berikut :

  • Turtle Beach atau Tiga Ruang
  • Turtle Point
  • Shark Point
  • Kg Nelayan (rehat/solat/makan tengahari)
  • Lighthouse
  • Romantic Beach
“Fish feeding” di Turtle Beach

"Berenang secara dekat bersama penyu di “Turtle Point”

Aksi mendebarkan antara “snorkelling guide” berhadapan dengan jerung di Shark Point

Kampung Nelayan

Lompatan dari ketinggian 10 meter di Lighthouse

Romantic Beach

Di Romantic Beach ini juga terkenal dengan rumah kepada “Nemo” dan juga “Baby Stingray”.

Seusai sahaja dari aktiviti snorkelling, keseronokan serta pengalaman indah para pengunjung tidak terhenti di situ sahaja, malah para pengunjung juga boleh mengambil kesempatan untuk menikmati pemandangan matahari terbenam.
Pantai Coral Bay.

Termasuk dalam pakej Perhentiankravers  turut menyediakan hidangan Barbeque sebagai juadah istimewa makan malam di Pulau Perhentian.
Barbeque 

Pada waktu malam, pengunjung boleh berjalan ke Longbeach dimana terdapat pelbagai hiburan musik dan persembahan api yang terkenal sebagai “Night Life & Beach Party”.
Suasana kemeriahan persembahan api di Longbeach.

Pada hari ke tiga pula kebiasaannya para pengunjung sudah bersiap sedia untuk pulang ke destinasi masing-masing. Bagi pengunjung yang berhasrat untuk menambah hari percutian, mereka dan akan meneruskama aktiviti lain seperti “scuba diving”,

Untuk makluman korang, Perhentiankravers menyediakan 3 kali perjalanan sehari dari Pulau Perhentian ke Jeti Kuala Besut. Waktu perjalanan bot penumpang adalah pada :

  • 8.00 pagi
  • 12.00 tengahari
  • 4.00 petang
Di Jeti Kuala Besut, pengunjung berpeluanh untuk membeli-belah cenderamata yang dijual di sepanjang jeti. Bagi pengunjung yang pulang menaiki bas, Perhentiankravers menyediakan kawasan rehat atau “lounge” di ruang pejabat Perhentiankravers yang terletak berhampiran dengan jeti sementara menunggu ketibaan bas.

Secara keseluruhannya, Perhentiankravers menjanjikan sesuatu yang tidak dapat dilupakan oleh para pengunjung apabila bercuti di Pulau Perhentian iaitu pengalaman yang begitu menakjubkan. Rata-rata pengunjung memberikan maklum balas yang mengujakan seperti mereka tidak terbayang akan keindahan Pulau Perhentian menandingi mana-mana keindahan destinasi perlancongan di luar negara terutamanya negara kejiranan. Perhentiankravers menjanjikan “value for money” kepada para pengunjung yang disayangi.

Musim percutian di Pulau Perhentian bermula pada bulan Februari hingga Oktober dan selebihnya ditutup kerana angin monsoon yang melanda pulau setiap hujung tahun. Oleh kerana operasi di Pulau Perhentian adalah terhad, Perhentiankravers menasihatkan kepada bakal pengunjung untuk membuat tempahan seawal mungkin bagi mengelakkan dari kekecewaan akibat dari bilik penginapan penuh. Sebarang tempahan boleh lah hubungi :

019-9100986 (Pejabat Perhentiankravers)
Emelkan tempahan anda ke: hai.perhentiankravers@gmail.com

Untuk maklumat lanjut dan berita terkini mengenai Perhentiankravers, sila ke laman facebook: Perhentian Kravers
Instagram : @perhentiankravers
Website: http://www.perhentiankravers.com
Youtube: https://youtu.be/asDh-bY49QQ


Post a Comment

Mazni Azmi said... 5/5/17 9:22 AM

Lawa betul warna airnya
.
Walaupun kampung maznee sebelah pantai kat melaka. Air tak jernih macam ni
.
Terbaik
.
Teringin nak pergi

Mama Hakim said... 5/5/17 10:05 AM

Mama dah plan nak pergi pulau perhentian lepas anak anak dah besar
.
Sekarang ni nak pergi anak kecil lagi

Lisa Nurulain said... 5/5/17 2:57 PM

Dh lama nk pergi pulau tuuu . Harapnya dapat g ... lawaaa aihh

Kak Mahh said... 5/5/17 3:24 PM

Jom...kita ada woris tokey boat.jom cuti

The Fool said... 5/5/17 4:18 PM

wah bestnya holiday...rasa nk prgi la

Faizal Fredley said... 14/5/17 10:36 PM

cantiknya pulau perhentian...ras anak repet lg utk kali ketiga

 
Top