10
Pengalaman baru bila Muqri kena jaundis. Dulu, Mikhail tak kena jaundis, agak terkejut jugak bila anak kedua ni kena jaundis. Kebiasaannya aku dengar cerita kawan-kawan atau sedara mara yang bersalin kemudian anak kena tahan kat wad sebab jaundis.

Mitos menyatakan jaundis berpunca dari pemakanan ibu ketika mengandung. Betul ke? Ada yang cakap, waktu mengandung suka makan fast food pun penyebab anak yang lahir kena jaundis.

Pada usia 5 hari, Muqri kena tahan wad di HUSM dengan bacaan 290. Mata putih pun dah bertukar jadi kuning. Sampai jer kat sana, terus kena letak bawah lampu dan aku masih menunggu kat luar. Misi maklumkan katil dah penuh, jadi harapan untuk aku stay kat hospital sangat tipis. Aku tak ready susu untuk Muqri, hati aku pulak dah berbelah bagi nak tinggalkan anak sorang-sorang tanpa bekalan susu.

Aku maklum kat misi yang aku tak sempat nak buat stok susu untuk Muqri. Tapi syukur, kat sana disediakan pam untuk ibu-ibu. Tanpa lengah masa, terus je aku buatkan stok dan dalam hati masih lagi berdoa agar ada katil kosong untuk aku stay dengan anak. Hampir 4 jam menunggu result dari doktor, aku terdengar perbualan ada orang nak discaj. Terus jer aku ke kaunter dan "cop" katil tu. Rezeki aku ditahan wad dengan anak. Terima kasih Allah permudahkan urusan aku.

Malam tu, Muqri seharian tidur tak lena. Bila aku letak dia bawak lampu terapi tu, paling lama pun 20 minit lepas tu dia mula gelisah dan nangis. Aku terpaksa berjaga sepanjang malam, bangun duduk dari atas katil dengan kesakitan kesan jahit pun dah mula terasa. Tapi demi anak, sakit sikit pun tak kisah.

Akhirnya Muqri lena jam 6.30 pagi. Mungkin sebab dah mengantuk sangat, aku letak dia bawak lampu terapi tu dan bertahan dalam 2 jam. Lena sungguh tidur. Aku pun sempat lelap mata tepi lampu terapi. Lama kelamaan, aku terasa macam bahang kat lengan aku. Bahang tu macam tengah tarik-tarik bulu roma. Panas ! Patutla Muqri tak boleh tidur bawah lampu tu semalam. Ya Allah...kesian anak.

Lepas doktor ambil sampel darah Muqri pagi tu, kami dah boleh keluar wad dengan bacaan 233. Aku sempat tanya doktor, apa punca anak aku jaundis. Doktor maklumkan aku dan Muqri dalam kumpulan darah O+ dan ini satu penyebab Muqri kena jaundis. Bertabahlah anak...segala kesakitan ni hanya ujian kecil dari-Nya.

Bila dah balik rumah, kena ulang alik ke Klinik Kesihatan untuk pantau bacaan jaundis tu. Alhamdulillah..bacaan makin turun walaupun kaki dah nampak lebam kesan kena cucuk jarum.


Post a Comment

qaseh dalia said... 30/5/17 12:34 PM

Perit sgt tgk lagi2 kat bahagian mata tu kne tutup , dah la pelekat mcm kuat je .. gws muqri

Lisa Nurulain said... 30/5/17 12:53 PM

alhamdulillah dah turun. sian pula tengok baby dengan tak berbaju duduk bawah lampu ni . ... darah o+ jenis tu susah nk cari . eh jaundis tu apa ? kuning ye ? budak tak kawen nak bertanya hehe

idzwa kamaruddin said... 30/5/17 2:58 PM

pernah alami pengalaman yang sama ..

mas saari said... 30/5/17 4:04 PM

Anak akak yang perempuan dua² kena jaundis, memang dua²lah merasa dok wad bawah lampu. Memang sedihlah tengok keadaan diaorg.

CikLily Putih said... 30/5/17 4:25 PM

ya allah kesiannye...

PeRdU cINta said... 31/5/17 12:57 AM

Muqri kuat..Muqri boleh...insyaAllah kuningnya akan terus susut..

Liyana Anuar said... 31/5/17 7:44 AM

panas ye bawah lampu tu? kesiannya...saya pun darah o, risau pulak..

tapi, kenapa ye kalau jaundis kena duk bawah lampu tu..baru terfikir..kena google ni..

harap mukri cepat2 ok ye..anak first dulu cucuk cek kuning sekali je pun dah sedih, ni kan pulak kalau kena duduk bawah tu T_T

Nadia Johari said... 31/5/17 7:56 AM

memnag resah bila anak kena kuning..

Husna Rahman said... 31/5/17 4:28 PM

allahu kesian nya baby...BF terus menerus kasi baby membuang kerap sikit Insyaallah boleh drop tapi kena konsisten la..

moga2 baby makin ok dan boleh balik umah

Akif Imtiyaz said... 7/6/17 8:27 PM

Kalau darah O mmg tinggi anak kenaa jaundis..anak2 kak lya semua kena .. sebab suami darah O .. alhamdulillah dah selamat balik dan berpantang kat rumah .. Semoga Muqri membesar sihat bagai juara

 
Top