10
Saat Kelahiran Addin Muqri | Alhamdulillah..hari ni dah 12 hari usia anak kedua. Sekarang, aku dah ada 2 hero dalam hidup aku. Syukur kepada Allah kerana pinjamkan anak-anak syurga ni. Aku tahu, Allah telah merancang sesuatu yang terbaik dalam hidup aku dengan hadirkan 2 orang teruna. Macam tak percaya, aku tak ada abang atau adik lelaki tapi kini Allah pinjamkan anak-anak lelaki kepada aku. Syukur pada mu Ya Allah.

Pengalaman aku bersalin kali ni agak perit sampai aku takut nak ingat balik pengalaman ni. Amat berbeza dengan pengalaman melahirkan Mikhail 3 tahun lepas. Betul kata orang, setiap anak yang hadir Allah akan susuli dengan ujian yang berbeza-beza. 


3 hari sebelum due, aku masuk wad HUSM sebab baby kurang aktif. Waktu tu bukaan baru 1cm dan doktor bagi pilihan samada nak induce atau tunggu keesokan hari untuk pantau pergerakan baby. Aku pilih untuk pantau dulu sebab masih belum ada tanda nak bersalin. 

Alhamdulilah... Keesokan hari, baby gerak ok dan aktif tapi doktor maklumkan aku kena induce jugak (15 Mei 2017) sebab dah sampai due, 40 minggu. Dorang tak nak ada risiko untuk aku dan baby. Akhirnya, aku merelakan diri untuk induce. 

Sakit ke induce? Ermmm... Sakit macam nak bersalin jer. Normal la kan sakit macam tu tapi yang paling sakitnya sebab kena "paksa buka jalan" tu lebih perit. 7 jam rasa sakit nak bersalin tapi bukaan baru 2cm, lepas tu kena paksa la ...huhuuu.

Aku ditolak masuk ke dewan bersalin pukul 3.30 petang dan doktor pecahkan air ketuban jam 4.00 petang. Alhamdulillah...tepat jam 4.56 petang, keluarlah budak yang diberi nama Addin Muqri. Hilang rasa sakit bila dengar tangisan anak. 

Allahuakbar..  Dia yang maha mengetahui segalanya dan dia tau aku mampu tanggung kesakitan ni. Terima kasih Allah kerana nikmat kesakitan kali ni. Semoga segala dosa-dosa ku terampun. Amin. 

Post a Comment

Liyana Anuar said... 26/5/17 1:35 PM

tahniah dah selamat bersalin :)

PeRdU cINta said... 26/5/17 1:59 PM

Syukur...alhamdulillah selamat semuanya.tahniah Dkna..sambut puasa dengan cahayamata baru..Mikhail dah jadi abang...yeyy..

yoorin melacolea said... 26/5/17 2:18 PM

Alhamdulillaj tahniah.. seronok ada hero ramai..memang sayang ibu lwbih.

mas saari said... 26/5/17 2:44 PM

Dah lahir memang lupa semua sakit kan, pastu lagi 3 thn tambah anak lagi. Hehehee, anyway tahniah Dkna.

Julia Johari said... 26/5/17 3:53 PM

Alhamdulilah dkna...syukur nikmat...sedap nama addin muqri.

Kak Mahh said... 26/5/17 7:49 PM

Assalamualaikum Abe Muqri..tunggu ciklong balik.

Nadia Johari said... 31/5/17 7:57 AM

bila baca ayat sakit tu..adh kita pulak terasa..ehhee

Azlinda Azman said... 4/6/17 4:11 PM

Alhamdulillah
..

Akif Imtiyaz said... 7/6/17 8:30 PM

Alhamdulillah Tahniah DKNA .. Tahniah kat blog plak... semoga Addin Muqri membesar sihat sempurna

 
Top