3
Cukur Jambul Di Masjid Pulau Melaka | Kali ni tak sempat buat majlis cukur jambul kat rumah seperti Mikhail. Masa sangat suntuk sebab ulang alik ke hospital dan klinik akibat jaundis berpanjangan. Kemudian, ramadan pun tiba. 

Bila dapat tau acara cukur jambul ni masih diteruskan, aku bawak Muqri ke Masjid Pulau Melaka dimana lebih dikenali dengan masjid Tok Guru. Kalau zaman arwah ni ada, ramai orang yang ke sana untuk ambil berkat Tok Guru. Ada yang solat subuh kat sana untuk elakan "jem" masa bercukur jambul nanti. 

Pengalaman kakak aku yang pernah bawak anaknya ke sana (5 dan 8 tahun lepas), aku pergi dengan tangan kosong tanpa peralatan  (kurma, gunting, gula batu, air zam-zam). Waktu tu arwah masih ada. Tapi bila sampai sana, aku tengok ibu bapa yang datang bawak peralatan masing-masing. Aku dah mula cuak...macam mana nak cukur jambul tanpa peralatan tu kan? 

Hanya ayah jer yang masuk ke dalam masjid bersama baby dan ibu duduk diluar jer. Tengok dari jauh. Aku pula sempat bertanya dengan ibu bapa yang turut hadir dan syukurla ada hamba Allah ni baik hati bagi pinjamkan peralatan tu untuk Muqri. Kalau tak, nganga jugak la kami kat sana. Waktu aku bersembang dengan ibu-ibu yang ada kat situ, katanya, dulu memang semuanya disediakan kat masjid dan bapa hanya perlu dukung anak je tapi sekarang kebanyakan ibu bapa bawak sendiri peralatan tersebut.

Balik rumah, kepala Muqri berjaya dibotakan. Horey ! Ok.. Lepas ni, korang yang berhajat nak cukur jambul anak kat sini kena sediakan peralatan yea. Dulu dan sekarang dah tak sama. 


Post a Comment

Eraz Fadli said... 19/6/17 9:59 AM

Alhamdulillah... Selesai..

----
ERAZ FADLI | Bagi Hadiah Raya Aidilfitri 2017

http://www.erazfadli.com/2017/06/eraz-fadli-bagi-hadiah-raya-aidilfitri.html

Liyana Anuar said... 19/6/17 1:37 PM

licin sudah kepala dia ye..mesti comel je.. :)

Sue Izza said... 20/6/17 1:27 AM

Alhamdulillahhhhh naik haji doh tu heheheh

 
Top