5
Makanan Dalam Pantang Orang Bersalin | Pejam celik dah lebih 20 hari aku berpantang. Sekejap je anak pun dah makin membesar. Sebelum bersalin dulu rasa "Ya Allah...lamanya nak habiskan pantang 44 hari" tapi bila tiba masanya, rasa macam "alahaiii...dah habis pantang" giteewww. Dalam tempoh berpantang ni, macam-macam kena jaga. Jaga kesihatan terutamanya nak jaga kesan luka jahitan supaya cepat sembuh. Kalau tersalah makan makanan yang berbisa, mau bernanah atau luka lambat sembuh. Seram woooiii !

Pantang makanan pun tak sama ikut negeri dan cara mak kita amalkan. Turun temurun...heheee. Kalau anak kena jaundis, kena lebih hati-hati memilih makanan sebab anak menyusu, boleh menyebabkan jaundis tu makin teruk.

Aku sempat tanya kawan-kawan kat facebook makanan yang dorang makan ketika berpantang. Macam-macam jenis makanan dan petua turun temurun yang dikongsi. 













Apa yang aku perhatikan, makanan orang lepas bersalin ni ada kaitan dengan negeri jugak kot. Ikut petua orang tua-tua. Tapi kalau ikut zaman sekarang atau makanan kat hospital, makan la apa yang berkhasiat dan tak memudaratkan kesihatan ibu dan anak. Kalau sakit, ubat ada..gitewwww. 

Tapi aku tetap makan ikan selar bakar dengan nasi panas. Aku tak berani nak ambik risiko sebab takut sangat kalau luka jahitan tu tak sembuh elok lagi, kang bernanah, bengkak agau gatal-gatal...haaaaa.. Sakit sendiri tanggung. Orang tua kata, waktu muda camni memang tak rasa sakit tapi bila dah cecah usia 40an baru dapat rasa sakit sana sini. Betul ke? 



Post a Comment

mas saari said... 5/6/17 8:32 AM

Memang betul! Sebab tu akak sampai setahun jaga makan betul², biarlah orang nak cakap apa. Badan kita so kita sendiri yang kena jaga.

Umminani said... 6/6/17 11:01 AM

i mkn jer apa ada. cuma yang sejuk jer kena pantang..hahahah modern hahaha

raihanah said... 7/6/17 6:32 AM

ringkas je kalau bagi saya. rebus2, bakar, singgang. selera juga

Akif Imtiyaz said... 7/6/17 8:24 PM

Makanan berpantang ni macam2 jenis ikut kesesuaian kita jugak..ada yamg takpe nak telan jangan telan..kalau boleh telan kita makan..macam akak dulu berpantang makanan mmg mak ayah jaga .. siap panggang ikan tiap2 hari ..sayur air .. dan buah buahan jugak ..

Kak Sue said... 8/6/17 12:45 AM

Kak Sue berpantang ikut cara orang jawa, maklumlah mentua orang jawa.. ehehe.. tiap hari makan sup ikan haruan campur lobak putih. Ikan haruan untuk cepat sembuhkan luka, lobak putih untuk banyakkan susu ibu.. lagi satu jamu, untuk kesihatan luaran dan dalaman.. itu je Kak Sue amalkan sampai habis pantang..

 
Top