11
Bila Kami Bertiga | Sibuk sungguh aku minggu ni. Maklumla minggu terakhir goyang kaki kat rumah sebelum lapor diri kat pejabat. Pejam celik dah 3 bulan bercuti. Nak pergi kerja pun rasa malas ni menebal sangat haisshh...hahahaa

Minggu ni aku dah mula hantar Mikhail ke taskanya. Pujuk punya pujuk, baru nak p. Dia pun dah selesa bercuti panjang ngan ibu. Heheee.. Macam biasala, seperti yang aku jangka pasti menangis bila dah sampai taska. 


Hari pertama, seronoj jer dalam kereta nak ke sekolah. Sampai depan kelas, ramai pulak awek tengok dia kat pintu..ahaaaaaa.. Apa lagi, terus meraungla. Aku tinggalkan jer dia ngan ticer yang duk pujuk. 

Hari ke dua pulak makin menjadi-jadi. Drama berlalu depan pintu kelas, kali ni siap pegang kaki ibu... "nak duk ibu..nak duk ibu". Ticer pujuk lagi, ambil dia nwk masuk kelas. Aku malas layan, terus balik runah ngan Muqri sebab dah faham sangay drama king ni...hahaaa

Hari ketiga, Mikhail dah ok. Tak nangis pun. Cuma memalu kucing jer nak masuk kelas. Dia ni mnaja lebih sangat agaknya, nak ticer jemput dna pimpin tangan baru ok. Lega ! Minggu depan tak ada lah aku terkejar-kejar ngn drama dia dan nak masuk opis 


Si adiknya pulak, setiap hari jejalan hantar dan ambil abang long kat sekolah. Seronok agaknya bila letak dalam carseat tu, mata melilau jer tengok kiri kanan. Minggu depan, abang long pulak hantar dan ambik adik kat rumah pengasuh. Harap semuanya berjalan lancar. 

Aku pulak tengah set alarm untuk bangun pam susu dan uruskan barang anak-anak. Sebelum ni syok sangat bangun tidur tak tentu masa... hahaa. Bila nak set balik tu, Ya Allah..rasa seksa woi.. Bab mengantuk tu jangan cakapla. Berdebar pun yea jugak ni. Macam memula nak lapor diri dapat kerja ..hihi

Nak tanya... Korang yang pam susu waktu pagi, stok tu simpan, atau korang bekalan terus untuk anak bawak ke rumah pengasuh? Aku tengah belajar menyimpan stok susu. Macam banyak lagi benda yang aku kena belajar ni. 


Post a Comment

Sue Izza said... 27/7/17 8:05 AM

good luck dkna semoga semua berjalan lancar nanti.

Mazni Azmi said... 27/7/17 8:35 AM

Assalamualaikum Wrmbth

Apa khabar DKNA

Memang masa berharga untuk diluangkan bersama anak anak

Terutama masa kecil ni

Insyaallah nanti dah besar anak anak tu

Akan ada kenangan manis

PeRdU cINta said... 27/7/17 11:03 AM

Alhamdulillah Mikhail dah ok..lega ibu ya..

mas saari said... 27/7/17 12:17 PM

Nak habis dah yer cuti, akak nanti ambik 5 bulan sambung CTG 2 bulan.

Akak dulu dah sampai ofis baru pam, sebab kul 5 pagi anak dah DF. Pastu susu simpan untuk stok esok lusa. Bila dah mula keje memang tak simpan EBM, hari ni pam untuk bekal anak esok lusa je.

shazillahsani.com said... 27/7/17 8:13 PM

wahhhhh....dahhhh nak habis cuti ye..

qaseh dalia said... 28/7/17 1:42 PM

Comel muqri , xleh nak bg tips sbb xtau jugak bab2 simpan susu hihi moda dprmudahkan segala urusan

Nur Zahirah said... 2/8/17 1:58 PM

Comel dua2 tu. Bab meragam nak masuk kelas tu memang biasa klau budak2 xpernah berenggang dengan si ibu.

Jueliza Jamani said... 5/8/17 12:59 AM

bolatnya baby...

nini said... 7/8/17 8:33 AM

Gud luck..kena kuatkan hati nak pam susu tau...InshaAllah boleh =)

Akif Imtiyaz said... 8/8/17 2:19 PM

Alhamdulillah bang long dah ok dah tu tak nangis dah .. Moga dkna dapat buat yang terbaik untuk anak2.
Good luck

Nadia Johari said... 9/8/17 9:34 PM

bang long dah besar..alamk bab pam nad tak ade pengalaman..kita direct je..hehe

 
Top