3
Anak sorang, macam lipas kudung. Bila anak dua ni agaknya jadi apa ek. Fuh ! Kus semangat nak kawal 2 orang anak. Haaaii..macam mana la agaknya mak-mak yang ada anak ramai tu yea. Tahniah kat korang tau, sebab bukan senang nak kawal nak bila dah makin ramai. Ragamnya, peelnya..hahaa. Kadang boleh buat hilang sabar. Rasa nak nyet nyet nyet dorang ni ha..kikiiii.


Mak aku pesan, bila anak dah ramai ni kena pandai kawal yang anak besar. Anak kecil tak pe, sebab tak pandai melasak lagi. Paling kuat pun teriak nak susu jer. Dan makin hari makin aku nampak si abang mula cemburu dengan adiknya. Setiap kali aku nampak dia menonjolkan cemburu tu, aku cakap "abang long dah besar kan, dah ada adik" haaa. Slow sikit la dia buat perangai.


Biasanya cemburu abang long ni bila kami duduk rumah bertiga jer. Mula la dia nak menagih perhatian cam nak mandi waktu aku mandikan adik. Kalau aku tengah menyusukan adik, waktu tu jugak dia mintak susu..hoiii tak boleh sabar lak tu. Nak jugak....hahaa..si adik pulak kalau dah menyusu ni, bukan sekejap.selagi boleh isi perot sampai overload !

Apa yang adik dia buat, dia nak jugak buat benda sama. Adik tidur, dia kacau sampai nangis si adik tu haaa. Fuh ! Memang aku kelam kabut la nak buat itu ini dalam masa yang "free". Nak mengepam susu pun aku usha timing elok jer dua beradik ni, baru relax nak sediakan stok susu adik. 


Ada ketikanya si abang ni caring sangat ngn adik. Dengar jer adik nangis, dia yang berlari tengok adik lepas tu cakap "kejap adik, ibu ada ni. Adik jangan nangis" versi pelatnya hihiii... Ayat tu memang aku ajar sementara aku kat dapur tengah basuh tangan ke, bancuh susu abang long ke atau dalal toilet. 

Seronok bila tengok ragam anak depan mata. Tapi kalau dua-dua buat perangai..ermm..ya Allah, kena banyak bersabar. Buat masa sekarang, aku belum lagi bersedia nak keluar bertiga. Boleh huru hara dengan abang long tengah aktif. Tunggu si adik besar sebulan dua lagi, inshaAllah boleh kawal. 


Post a Comment

mas saari said... 13/7/17 8:47 AM

Itulah cabarannya bila anak dah lebih dari sorang, kena jadi super mak. Hehehee!

PeRdU cINta said... 13/7/17 8:57 AM

PC sangat salute pada suami isteri yang jaga anak sendiri(duduk berasingan dari keluarga)..berdikari..susah senang sendiri..perlukan bantuan ibu bapa saat betul2 perlu sahaja..terutama yang telah ada anak lebih dari seorang.

Akif Imtiyaz said... 17/7/17 4:21 PM

Biasa laa bila anak dah lbh dari sorang .. macam2 peel laa kita kena hadap..sebab lain anak lain laa peel perangai diaorang.. yang kecik cara kecik..yg besar dgn cara dia.. kekadang kena part kita penat semua kerja tak menjadi mula laa nak marah2 ..paling tak tahan marah yang besar la dulu..kesian oulak samlai merajuk huhuhu..tapi ya laa kan benda2 ni asam garam kehidupan kena laaa kita hadapi..

 
Top