6
Good Bye Diapers | Fuh... kemain seronok bila anak dah tak pakai pampes siang malam. Jimat berganda-ganda tau. Genap usia Mikhail 3 tahun 3 bulan, aku berjaya latih dia untuk bebas dari lampin pakai buang. Cara melatih anak ke tandas untuk kencing dan berak dah berjaya untuk siang hari, cuma waktu malam jer aku lambat sikit nak latihnya. 

Sebab utama, aku kesian nak kejut anak bangun malam untuk kencing...heheee. Tapi bila dah ada adik ni, Mikhail pun dah pandai tak nak pakai pampes. Kebetulan pulak, stok pampes dia tinggal beberapa keping jer, jadi aku terus guna kuasa psikologi untuk ajar dia tak pakai pampes waktu malam.

Seminggu jugak aku ambil masa untuk biasakan diri dia, bangun sendiri dan kencing dalam bilik air. Terkucir atas tilam tu jangan cakap la...wajib la kan... hahahaaa.. Tapi aku dah lapik dengan pelapik adik dia punya tu haa...apa nama entah, yang jenis gelembung-gelembung tu buat alas tidur.
Setiap jam jugak aku kejutkan dia untuk bangun kencing. Bila ada anak kecik ni, aku pun tidur-tidur ayam jer. Setakat hari ni, ada la nampak perubahan positif. Dia bangun sendiri dan kejut aku. Cakap nak kencing. Alhamdulillah. Tapi hat mana ter...ter...ter... ermm.. Sabar jer la. Ada satu hari, dia mintak nak pakai pampes adiknya..hahaaa. Yang ni memang lawak. Ada ketika dia cakap sorang-sorang 'ibu tak ada duit nak beli pampes'..kikii. Ini ayat aku psiko dia sebenarnya supaya tak mintak pampes. Berjaya okeh.

Apa pun, tahniah untuk anak teruna ku sebab berjaya jugak tidur tanpa pampes lagi. Dah besar anak aku, macam tak percaya. Tak lama lagi, si adiknya pulak. Cepatnya masa berlalu.


Post a Comment

mas saari said... 22/8/17 11:19 AM

Memang lega bila anak dah free diapers ni, lagi² kita dah ada baby kan? Macam anak akak jugak, malam tu lambat sikit belajarnya. Selalu sangat terbabas, hehehee!

Noor Azlan said... 22/8/17 3:24 PM

Memang jenuh sikit bila diaorang malas nak pergi kencing malam2... terpaksa mengangkat...

PeRdU cINta said... 22/8/17 8:47 PM

Alhamdulillah...tahniah Dkna kerana sabar,cekal dan bersemangat melatih Mikhail kerana tidak kecundang..syukur...terasa manisnya sabar melatih.Syabas Mikhail awak berjaya bebas pampers...

Jueliza Jamani said... 24/8/17 5:33 PM

wahh tahniah.. save det pampers dah.. yg abang naper nak duk dlm tu.. alahaiii comei..

Akif Imtiyaz said... 27/8/17 5:28 PM

Wah banglong dah tak pakai pampers dah.. ok la tu banglong kan dah besar.. hahaha nak oakai pampers adik pulak dah..

Nadia Johari said... 14/9/17 10:34 PM

Tahniah mikha..takut juga nanti nak ajar anak..hehee..

 
Top