5
Mood Ganti Puasa Bermula | Hari ni masuk 3 hari aku dah ganti puasa dari jumlah 30 hari. Huwaaaaa... berbaki lagi 27 hari nak lalui saat sukar. Dalam bulan puasa tempoh hari dah terfikir macam mana nak ganti puasa dalam keadaan Muqri masih menyusu badan. Perkara yang paling aku risau, susu akan drop bila aku mula berpuasa.

Setiap hari aku usung beg ni ke pejabat. Semangat masih kental untuk teruskan menyusu Muqri selama mana mungkin. Kalau tak kuat semangat, memang aku tak mampu nak berpuasa sambil buat stok EBM. Tapi alhamdullillah, Allah permudahkan segalanya. Rasa penat dan dahaga tu memang tak di nafikan. Baru jer tengok pam, tekak dah rasa nak minum air..hahahaaa.

Siapa yang berpantang dalam bulan puasa tempoh hari, silalah ganti secara perlahan-lahan. Aku ni gigih ganti 2 hari seminggu (Isnin dan Khamis), ambil masa 4 bulan nak habiskan puasa 30 hari. Berbaki 27 hari lagi kalau hari ni dapat puasa sampai maghrib. Tu belum ambil kira hari-hari period, hari cuti umum, hari khamis malam jemaat, cuti am, cuti sendiri, cuti suka-suka. Pejam celik, jumpa ramadhan tahun depan baru habis ganti. Itu kalau sempat habiskan...hahahaa..

Buatnya termengandung lagi sekali #ehhhhh tak terganti puasanya. Lepas ni kena planning helok sikit, elakan diri dari terberanak bulan puasa...hihiiii


Stok EBM pulak seperti biasa walaupun aku berpuasa. Tak ada la drop sampai tak de stok langsung dalam sehari tu. Biasanya aku akan pam susu 3 kali sehari kat pejabat ni, jadi bila berpuasa pun demand tetap sama. Contoh macam hari ni, untuk 2 kali sesi aku berjaya kumpul 20 oz. Sesi ketiga akan menyusul, jadi stok hari ni boleh tampung stok susu Muqri kat rumah pengasuh esok hari. Susu badan aku tak terlalu banyak, tapi cukupla untuk aku teruskan menyusu Muqri ni. 

Korang tak ada alasan tak boleh ganti puasa sebab menyusu anak. Semuanya terletak kat diri kita sendiri untuk teruskannya, nak tak nak jer kan. Doakan aku tetap bersemangat untuk terus mengumpul stok EBM sambil ganti puasa. 

Kadang aku cemburu jugak dengan kawan-kawan yang buat stok EBM. Satu hari dorang mampu kumpul berpuluh-puluh oz susu anak. Ya Allah...murahnya rezeki dorang. 






Post a Comment

mas saari said... 10/8/17 3:06 PM

Insyallah Dkna boleh, memang mencabar kan sebab masih menyusukan anak lagi. Tapi yang wajib tetap kita kena utamakan.

qaseh dalia said... 10/8/17 6:45 PM

Chaiyok2 dkna ..

PeRdU cINta said... 10/8/17 11:45 PM

Betul...tak ada alasan...memang ada kelonggaran dan dibenarkan namun qada tetap wajib qada..insyaAllah niat yang baik pasti Allah SWT permudahkan...Dkna boleh....

idzwa kamaruddin said... 11/8/17 12:53 PM

dah pernah rasa kene ganti banyak giler..hehehe..sapa suruh bersalin ramadan ke-11 memang mendapat lah ganti lebih separuh bulan ;) chaiyokkk u can do it!

raihanah said... 15/8/17 9:51 AM

cepat2 gantikan, nanti lupa

 
Top