13
Bercuti Di Putera Valley Resort Tanah Merah | Cuti raya haji tempoh hari aku balik kampung lebih awal dari jangkaan memandangkan cuti bersambung-sambung. Entah macam mana, kami adik beradik bersepakat untuk cari lokasi beriadah memandangkan bukan senang untuk kami berkumpul bersama-sama. Maklumla, bila dah berkeluarga ada giliran beraya rumah mertua, ada yang balik kampung ngam-ngam hari raya dan lain-lain. Bincang punya bincang, kami buat keputusan untuk bercuti di Putera Valley, Tanah Merah. 

Alang-alang nak bercuti, kami pilih lokasi ni sebab ada kolam yang merupakan daya penarik kepada ibu bapa untuk cari tempat mainan anak-anak. Pada awalnya, aku cek dalam website, Putera Valley ni dah penuh sebab cuti sekolah dan bersambung dengan cuti hari merdeka. Tawakal jer, kali ni kakak aku terus buat panggilan dan alhamdulillah, inilah dinamakan rezeki anak-anak. Hanya tinggal 2 bililk jer masih kosong pada 30 - 31 Ogos 2017 dan esoknya raya haji.

Muat ke 2 chalet ni untuk keluarga yang ramai? Haaaa... kami putuskan satu chalet untuk geng lelaki, dan 1 lagi untuk mak-mak budak. Selesai masalah. Jarak dari rumah aku ke Putera Valley ni lebih kurang 30 KM tapi kalau jammed, boleh ambik masa 2-3 jam nak sampai...hahahaa. 



Ok, tiba jer kat sana, anak-anak dah teruja tengok kolam. Masing-masing dah buat perangai sebab tak sabar nak terjun kolam. Chalet kami pulak betul-betul menghadap kolam ni. Intai anak-anak dari tangga jer.  Lepas selesai check in dan susun barang dagangan (makanan), barulah anak-anak dibenarkan mandi kolam. 



Ini keadaan chalet yang kami menginap, disediakan 1 katil king dan 2 katil bujang. Memang luas dan selesa sangat untuk keluarga besar menginap kat sini. Kalau tak muat atas katil, boleh bawak toto dan bantal dari rumah masing-masing sebab ruangnya luas dan boleh muat sehingga 8 orang. 

Pihak pengurusan jugak ada sediakan toto dan bantal bagi mereka yang memerlukan, tapi kena bayar la. Bukan free yea. Kelengkapan lain semua disediakan. Ada seterika, peti ais, cerek, tuala...lengkap macam hotel. Korang bawak baju jer datang sini.

Permandangan dari chalet sebelah. Skodeng apa yang ada kat sebelah sana...hehehee. Anak-anak syok berendam dalam air, mak bapak syok makan pulut durian, makan nasi kat sini. 





Waktu kami sampai ni lebih kurang pukul 3.30 petang dan ramai budak sedang mandi. Mata kena sentiasa alert tengok anak sendiri sebab bila dah ramai, tak cam dah mana anak sendiri ngan anak orang lain. Kebetulan pulak, ada majlis pernikahan esok hari, jadi bersebelahan kolam tu dikelilingi dengan khemah pengantin.

Kolam ni dibahagia kepada 2, untuk dewasa dan kanak-kanak. Aku tak terjun pun dalam kolam tu, ada anak kecik, kena cover ayu walaupun dalam hati nak terjun jugak....ahahaaa.. Main-main air kat tepi kolam kanak-kanak jer la sambil teman si Mikhail dan Muqri mandi.


Lebih kurang pukul 7 petang, pihak resort dah hantar tempat untuk kami BBQ malam tu. Tempat ni kami request dengan bayaran RM 30. Kalau nak habiskan waktu malam, bolehlah buat BBQ kat sini. Bawak bahan yang nak bakar jer..kami bakar kambing dan ayam...nyummmmyy..lepas tu masak nasi. Ma aku dah siap bawak beras dan periuk nasi sebab risau anak, menantu, cucu kelaparan selepas main air...hahahhaa. Waktu membakar reramai memang meriah la. Tak ada lah rasa kosong jer malam tu tanpa aktiviti, yeaa dak? 

Bila perut dah kenyang, anak-anak pun dah penat maka malam tu semua tidur lena. Pagi esoknya pulak, hanya pengguni yang menginap jer boleh mandi dan kolam sehingga jam 11 pagi memandangkan majlis kenduri kahwin akan berlangsung selepas tu. Anak-anak macam biasalah, bila bagi peluang mandi, bangun tidur terus terjun kolam. Sejuk pun dah tak peduli...hahaha. Seronok tengok gelagat dorang ni.
Kredit : ejamothman.com

Harga chalet yang aku menginap ni RM 196 / malam. Katanya ini harga promosi. Sampai bila tempoh promosi, aku tak pasti lak. Lain kali, boleh datang lagi mandi-manda jer kat sini. Kalau tak menginap pun, korang masih boleh bawak anak-anak mandi kolam kat sini sebab kolam ni dibuka untuk orang luar dengan bayaran berikut : 

Dewasa : RM 12
Kanak-Kanak : RM 10
Bawah 6 Tahun : RM 6

Kemudahan lain, korang boleh tengok kat website Putera Valley Resort & Tranining Centre.

Alamat : 
PUTERA VALLEY RESORT
NO. 1, Jln Kenerak, Highway Machang - Jeli, 
17500 Tanah Merah, Kelantan, Malaysia.

OFFICE        :017 - 9601007 
OFFICE 2     :012 - 6844007
OFFICE 3     :017 - 3121007



Post a Comment

Sheila Adziz said... 7/9/17 3:11 PM

wow.. menariknya tpt ni... nice info... tak pernah tahu pun sis sblum ni...

Noor Azlan said... 7/9/17 4:00 PM

Aktiviti begini best tau, lagi2 macam dalam kampung gitu... seronoknya...

raihanah said... 7/9/17 5:29 PM

cantik juga tempatnya

PeRdU cINta said... 7/9/17 6:37 PM

Menarik...tengok bilik pun luas :)

Jueliza Jamani said... 7/9/17 8:12 PM

best pulak tempat ni.. rasa nyaman jer..

Fendi Rocka said... 8/9/17 7:11 AM

agak tinggi jugak pengerasnya kalau bukaj dalam tempoh promosi kan

Ejam Othman said... 8/9/17 11:31 AM

Terima kasih untuk kredit pic tu :)

Memang seronok bawa anak-anak berendam, biar mereka puas balik rumah terus lena.

Kak Mahh said... 8/9/17 6:07 PM

Jom oktober satu kali lagi.

Akif Imtiyaz said... 10/9/17 1:59 PM

Bestnya dapat berkumpul ramai2.. mandi manda kat kolam anak anak laa jaguhnya...seronok tgk muqri duk dalam pelampung..

Mama Hakim said... 10/9/17 3:34 PM

Pelampung ntu memang selamat untuk baby ya Dkna Abza

Mama tak pernah cuba

:)

Ibu Zaid said... 11/9/17 9:26 AM

Bagus dapat cuti panjang dengan keluarga kan

Kalau kita buat untuk anak anak

Semoga mereka muafakat sampai bila bila

Nadia Johari said... 14/9/17 10:31 PM

Nampak best tempat dia..ade swimming pool tu bagus..

Sue Izza said... 15/9/17 1:20 AM

Baru ke tempat ni,menarik ni.

 
Top