12
Cara Hilangkan Kahak Muqri | Bila anak tak sihat ni, aku tak tau nak buat macam mana. Walaupun anak dah 2 orang, tapi masih blur bila jadi kes-kes demam, batuk dan lain-lain. Hari ni dah masuk 6 hari Muqri batu berkahak. Kesian bila tengok anak batuk sampai suara dah serak, dah macam ada luka kat tekak.

Lagi kesian bila aku tengok air mata meleleh jer setiap kali batuk. Gambar ni aku ambil semalam waktu dia tengah tidur dalam kereta dalam perjalanan nak ambil abang long kat taska. Sayu jer hati ni. Kalau ikutkan hati, nak jer bagi ubat tapi budak kecik lagi memang tak disarankan doktor untuk bagi apa-apa jenis ubat.

Sebelum tu, aku sapukan vick kanak-kanak je dan bekalkan kat rumah pengasuh supaya sapukan kan dada Muqri. Kemudian, dekat rumah aku cuba cara hilangkan kahak anak dengan sapu bawang putih yang telah dicapur dengan minyak kat dada dan belakang badan dia. Cara ni pun aku google jugak nak buat macam mana...hahahaa.

Tapi selepas 2 hari, aku tengok batuk Muqri ni makin teruk jer. Aku tanya kawan-kawan yang ada pengalaman dan dorang cadangkan aku guna minyak herba asma mujarab. Allahuakbar... aku tak terfikir langsung nak sapukan minyak herba tu sedangkan aku pernah jer review Minyak Herba Asma Mujarab Penawar Semput, Lelah, AsmaStok kat dalam almari masih ada 2 botol, jadi aku cuba sapukan dan tengok hasilnya.


Semalam, seharian aku dengan anak kat rumah dan nampak gayanya batuk dah berkurangan (kadang-kadang) tapi sesekali dia batuk, aku tengok pun perit...huhuuu.. Dia nak muntahkan kahak tapi tak pandai, sebab tu batuk berlarutan. Aku dah bawak ke klinik, doktor hanya mintak aku pantau jer dulu. Andai kata dia demam atau nafas laju atau tak aktif atau kurang menyusu, aku kena bawak ke klinik. So far, Muqri tak demam dan dia aktif je cuma ada ketikanya dia meragam bila dah batuk. 

Risau aku kat pejabat hari ni. Pagi tadi aku tanya khabar anak dari pengasuhnya. Katanya tak nak menyusu...Ermmm.. Mintak pengasuh cek suhu badan, katanya tak demam dan aktif jer kat rumah tu main dengan kawan-kawan. Cuma dia menangis setiap kali nak lena. Tak selesa kot sebab batuk dan kahak tu masih ada. Apa pun, aku dah inform kat pengasuh supaya maklum segera kalau nampak Muqri tak seperti kebiasaan. 

Aku ada tengok kat facebook, doktor ajar cara nak cairkan kahak baby dengan tepukan cuma aku belum cuba praktikan untuk Muqri. Korang ada tips atau petua lain tak nak hilangkan kahak baby ? 


Post a Comment

Nadia Johari said... 22/9/17 1:28 AM

memang lemah bila anak batuk ni..nad pun buat tektik tu semua..

qaseh dalia said... 22/9/17 10:00 AM

Sian kalau baby batuk .. gws Muqri

YB Shehan said... 22/9/17 12:42 PM

bila berkahak.. mmg x slesa. kna cari jalan cairkan kahak dia. selalu lah buat steaming & tepuk percussion tu.. pastu rajin2 sapu mnyk bawang tu kt dada n blkg. tapak kaki pun.. selera mmg kurang klu ditambah flu.. moga cpt sihat hensem baby..

cik mah said... 22/9/17 4:56 PM

Cikmah guna lemongrass dr young living..alhamdulillah anak kwn cikmah yg lama berkahak juga...berjaya hilangkan kahak..lepas 2 kali pkai lemongrass dr young living..klau dkna nk try boleh whatsapp cikmah 0176626152

Scha Nazri said... 22/9/17 5:13 PM

Tak tahu lah kak untuk kurangkan batuk. bagi minum air kosong bnyak2 kot. semoga anak akak cepat sembuh.

titan said... 22/9/17 11:23 PM

yup.

bab paling tak best bila anak sakit.

kena banyak sabar la jawabnya.

Ibu Zaid said... 23/9/17 7:05 AM

Selamat menyambut maal hijrah DKna Abza

Ibu bagi tips boleh

Kalau baby dah lebih setahun

campurkan susu tu dengan minyak habtussauda dalam 3 titik

Anak ibu dulu macam ni. pantang selesema mesti berkahak

sejak amalkan

memang dah tak ada

Susu pun tukar susu kambing organik untuk budak 1 tahun keatas

Mama Hakim said... 23/9/17 8:09 AM

Mama pun ada pakai minyak asma tu

sedap

Kalau kita orang dewasa pakai pun rasa nyaman

Akif Imtiyaz said... 23/9/17 5:46 PM

MHAM pon ok gak Dkna yang Dkna guna tu.. kena rajin sapu kat dada tapak kaki belakang betis dan belakang tubuh Muqri tu.. anak sedara kak Lya umur 3 bulan batuk teruk pastu selsema tersumbat idung..try mham tu laa dia siap muntak hijau pastu hingus berbau keluar.. lepas pada tu okey daa.. Try letak sokmo nak2 time malam .. Esok pagi keluar muntaj hijau ngan lendir2 sekali anak sedara akak..

noorhaidaz eyda said... 24/9/17 7:54 PM

Eyda pn xsampai hati tgk budak2 yang batuk n selsema teruk. Walaupun xde anak lg tp bile tgk sayu je. Nak pulak bila air mata tu melelej

Ainniah Zulkefli said... 26/9/17 8:09 PM

Baby umur berapa ya? Nampak kecik lagi tu. Kesian dia kan. Semoga cepat sembuh.

Ain pernah share kat blog Ain, apa Ain buat bila baby batuk berkahak. Ain bagi link ya.

https://ainniah.blogspot.my/2016/04/6-tips-atasi-bayi-batuk-selesema.html?m=1

Eray Majid said... 3/10/17 1:47 AM

beginilah mak-mak, anak batuk pun risau sangat. moga cepat sembuh.

 
Top