11
Muqri Kemaruk Meniarap |  Dah 4 bulan usia anak aku ni. Haiii..cepat sungguh membesarnya. Pejam celik, tengok dah meniarap. Genap usia 3 bulan, 3 minggu dah berjaya meniarap sendiri. Macam abag long jugak, usia sama. Tak mau mengalah dengan abang long yea..heheheee.

Tak sabar nak tunggu minggu depan, rutin bulanan untuk timbang berat budak ni. Makin hari makin panjang akal, makin banyak ragam. Paling ketara, tak boleh nak berjauhan dengan aku, mesti matanya melilau jer mencari-cari. 

Orang kata, makin lama kita menyusukan anak hubungan kita dengan anak tu lebih akrab. Ermmm.. InshaAllah..anak-anak pasti akan lebih akrab dengan ibunya. Yeeaa dak ? So far, sehingga hari ni aku masih lagi bagi susu badan sepenuhnya kat Muqri. Alhamdulillah.. rezeki Muqri tak putus.


Nanti aku kongsi dengan korang satu lagi suplement yang aku cuba untuk tambahkan susu badan supaya lebih meriah. Maklumla, anak lelaki ni memang kuat menyusu, jadi aku perlu kumpulkan stok untuk dia sebanyak mungkin. Tunggu testimoni dari aku yea. Kalau berjaya, korang yang tengah menyusukan anak pun boleh cuba produk ni. Bagi mereka yang tengah mengandung pun tak salah untuk listkan produk-produk yang membantu menghasilkan susu lebih meriah lagi. 

Doakan aku dapat menyusukan Muqri dengan susu ibu sepenuhnya yea. Apa yang penting, semangat ibu tu sendiri dan sokongan dari orang yang hampir. 

Post a Comment

Mama Hakim said... 15/9/17 9:56 AM

Salam jumaat dkna Abza. Tak lama lagi dapat kaki anak tu

lagilah penat

Hehe

Noor Azlan said... 15/9/17 10:00 AM

Semangatnya badan dia.... comel...

fizafantagirO said... 15/9/17 10:27 AM

Aminn.

Cepat jee besar muqri , sihatt .

mas saari said... 15/9/17 10:38 AM

Wahhh bagus Muqri, cepat dia meniarap!

JMR said... 15/9/17 12:27 PM

semangat pipi tu hehe

Lisa Nurulain said... 15/9/17 1:54 PM

Muqri dah makan pisang ke dkna ?

Hafiz Rahim said... 15/9/17 7:36 PM

Cepat2 jalan.. nanti boleh geng Haziq. hehe

Ibu Zaid said... 17/9/17 2:44 PM

Budaj dah cukup umur memang macam ni lah kan Dkna

Aktif. Nanti kita yang tak terkejar

Azlinda Azman said... 17/9/17 6:36 PM

Semangatnya dia.. Tembam.. Miga d permudahkan penyusuan susu ibu

Akif Imtiyaz said... 17/9/17 8:41 PM

Kejap jer kan .. dah meniarap dah Muqri
.sedar tak sedar makin membesar dah dia.. go go go Muqri..Makin bambam laa dia..Al.maklum laa BF sepenuhnya..

 
Top