2
Rindu Kat Abang Long | Tiba-tiba rasa rindu kat anak sendiri walaupun setiap hari dorang ada jer depan mata. Rindu kat abang long. Ermmm.. mungkin macam ni jugak perasaan mak aku kat kampung kan bila rasa rindu kat anak-anak. Bertambah lagi kalau anak berjauhan. 

Sebenarnya, sejak ada adik ni aku jarang tidur bersama-sama dengan dia. Sejak aku dalam pantang lepas lahirkan Muqri, abang long pun berlajar jaga diri sendiri. Dia dah boleh berjauhan dengan aku, tidur rumah mak saudaranya bersama-sama dengan sepupu. Aku hanya perlu tumpukan perhatian dengan si adiknya jer la. 

Dah habis berpantang, kami balik Putrajaya dengan kehidupan baru bersama-sama adik. Biasanya lepas Isyak, aku terus masuk bilik tidurkan Muqri dan abinya akan take over abang long sampai la lena. Sedar-sedar jer aku tengok dia dah tidur atas tilam sebelah.

Kisahnya berlaku beberapa hari lepas antara aku dengan abang long. Sebelum tidur, aku selalu ingatkan suami dan abang long supaya masuk tidur selewatnya pukul 10 malam memandangkan dia kena bangun awal untuk ke taska. Abang long hanya angguk-angguk jer depan tv tanda faham. 

Pukul 10 malam, terkedek-kedek dua beranak ni masuk bilik. dah tiba masa untuk tidur. Lepas tu dia cakap nak kencing dengan aku, sedangkan abi ada jer depan pintu bilik air tunggu dia masuk kencing. Mengada kan ! 

Aku mulakan perbualan 'abang long nak tidur ngan ibu tak?'..pantas dia jawab 'tak nak..tidur ngan abi'.. Waktu tu aku dah mula rasa rindu ngan anak sendiri. Kesian pun yea jugak macam aku ni lebihkan si adik jer dari dia..hahahaa.. Ibu rasa bersalah.

Keluar bilik air, sekali lagi aku ajukan soalan sama.. dan jawapan yang sama aku terima 'ibu tidur ngan Muqri, abang long tidur ngan abi'. sambil tangan dia tunjuk kat adik atas katil. Sambil pakaikan seluar, tiba-tiba dia peluk aku 'sayang ibu'..

Perkataan ni aku selalu jer dengar setiap pagi sebelum tinggalkan dia di taska atau setiap kali dia buat salah..memujuk ngan perkataan sayang ibu, tapi malam tu...terdetik rasa sedih pulak...huhuu.. Mungkin sebab aku memang rindukan anak sendiri..

Aku balas pelukan dia sambil cakap 'ibu pun sayang anak-anak ibu..sayang abang long..sayang adik'.. Sepontan jer abang long cium pipi aku..sambil ulang ayat sama. Sekali lagi aku tanya 'abang long nak tidur ngan ibu tak?'.. 'nak tidur abi la'.. Ok, pasrah. Bagi jer la dia pergi kat abinya.

Tapi tak sampai 10 saat, dia mula merengek manja. Bila tanya kenapa..tak ada jawapan. Tapi aku dah boleh agak apa yang dia nak sebenarnya. Soalan aku 'abang long nak tidur ngan ibu ke?'.. perlahan-lahan dia angguk-angguk kepala sambil tengok abinya kat sebelah. Mungkin rasa bersalah nak tinggalkan abi sebab tadi beria cakap nak tidur ngan abi...hahahaha. 

Bila aku cakap jom..terus naik atas katil dan bagitau 'adik tidur sini, ibu sini (tengah), abang long sini'. Hai la anak...pandai pulak dia susun yea.. Tak sampai 5 minit, terus lena sebelah aku. Rupanya, dia pun rindu jugak ngan aku cuma bila aku banyak habiskan masa dengan si adik jadi dia bawa diri ngan abinya. Mungkin la.


Bila aku tengok balik gambar-gambar Abang long waktu kecil, rasa cepat sungguh masa berlalu. Sekarang usianya dah cecah 3 tahun 4 bulan dan adik dah 4 bulan. Lepas ni aku menghitung pulak usia si adik yang membesar bagai juara ni. Usia aku? Haaaa...esok genap 30 tahun. Makin meningkat usia, makin dekat ngan ajal. Cuma satu yang aku mohon agar Allah panjangkan usia aku untuk membesarkan anak-anak syurga ni. Amin.


Post a Comment

Mazni Azmi said... 3/10/17 7:17 PM

Kasih ibu pada anaknya memang kuat

Sampaikan keutamaan ibu berbanding bapa adalah 3 kali

Tapi kan

datang hari kiamat

mak yang menyusukan anak pun boleh terlepas lari

macam tu je

betapa dahsyat hari kiamat

Nadia Johari said... 5/10/17 11:19 PM

Ala abang long..segan tapi mau..hehee..pandai dia susun ye

 
Top