10
Shatavari Bantu Penghasilan Susu Badan |  Aku ni, pantang orang promote produk untuk banyakan susu badan mesti aku akan cuba sebab aku nak menyusukan anak sepenuhnya. Dengan izin Allah kan. Apa pun, kena usaha untuk dapatkan hasil yang terbaik untuk anak. Kali ni, aku cuba kapsul dari Himalaya sebagai suplement untuk penghasilan susu. 

Kenapa aku pilih suplement ? Sebab aku tau tahap kemampuan badan aku untuk hasilkan susu badan macam mana. Aku perlukan suplement bagi membantu menghasilkan susu yang lebih meriah untuk anak. Bab makan suplement ni, aku memang suka sangat...hehehe. Sebab dalam setiap suplement yang aku amalkan, akan ada kebaikan tersendiri, khasiat untuk anak dan juga untuk badan aku. Kiranya 2 in 1 la yea.. bukan sebarang suplement okeh !


Stavari atau nama saintifiknya Asparagus racemosus merupakan salah satu produk dari Himalaya Wellness  merupakan herba yang penting di dalam perubatan Ayurveda (perubatan tradisional India). Ia bukanlah sayuran Asparagus yang sering digunakan dalam masakan tetapi ia daripada genus yang sama. 

Antara kegunaan dan kebaikan Shatavari adalah yang berfungsi merangsang penghasilan susu ibu secara konsisten serta tahap susu yang diperlukan oleh anak. Selain tu jugak, Shatavari ni membantu menstabilkan hormon orang yang baru lepas bersalin. Selalunya, lepas bersalin badan kita ni seperti kena reset untuk kembalikan tenaga dan baik pulih kesihatan dalaman, yea dakk? 


Taaaraaaaa... Ni lah rupanya kapsul yang aku cerita kat atas tadi. Takut ke nak cuba ? Jangan risau la...walaupun korang boleh nampak dengan jelas herba kat dalam kapsul tu, ia tak mendatangkan apa-apa perkara yang memudaratkan. Maksud aku, ada yang risau ada 'bau yang tak menyenangkan' bila nak telan...kan.. kan..? hihiiii..

Sebelum aku cuba, aku pun terfikir perkara yang sama. Tapi bila dah makan, elok jer..tak pulak aku rasa nak muntahkan balik pil ni atau kapsul ni terbuka dalam mulut sebelum telan..haahaa. Ok, cara nak makan pun senang jer. Amalkan pengambilan sebanyak 2 kali sehari. Seeloknya, makan waktu pagi dan malam. Tapi jangan lupa, bila amalkan apa-apa jenis suplement pun kena rajin mengepam yea. Sebab itu merupakan 'demand' untuk penghasilan susu dan suplement ni sebagai perangsang sahaja.

Ok, korang boleh cari produk ni butik Himalaya. Untuk keterangan lanjut atau testimoni lain, korang boleh jer singgah laman sosial Himalaya Malaysia.


Website http://www.himalayaherbals.com/
Facebook Himalaya Healthcare Malaysia
InstagramHimalaya Malaysia


Post a Comment

Sal said... 19/9/17 2:51 PM

Tanggungjawab seorang ibu mmg berat..sentiasa berusaha dlm apa jua keadaan agar perut anak kenyangkan..hehhee

qaseh dalia said... 19/9/17 3:11 PM

Ada perubahan perangai Rayyan lepas try Shatavari

Mohaz Sue said... 19/9/17 3:16 PM

Memang takde bau atau rasa pelik pun bila telan kapsul ni. Sangat mudah nak amalkan.

Sue Izza said... 19/9/17 11:13 PM

kak sue pun dah suka produk ni,tambahan 100% herba ,tak de la bahan mengarut2,bukan banyakkan susu je,kulit pun makin ok.

mas saari said... 20/9/17 9:12 AM

Wahhh ramai yang dah cuba ni, kita pun nak cuba jugak masa susukan baby nanti.

raihanah said... 20/9/17 10:00 AM

baru tahu himalaya ada produk camni

Yanty Lee said... 20/9/17 10:24 AM

Semoga baby Dkna sihat selepas mengamalkan produk ni..

Kak Mahh said... 20/9/17 8:34 PM

Makin gemok lah Muqri

Nadia Johari said... 22/9/17 1:30 AM

sana sini nampak post ni..semua cakap ok..nanti and nak cuba lepas bersalin

Nina Mirza said... 22/9/17 11:01 AM

Kak Nina pun baru cuba ambik Shatavari ni..
So. Far dah nampak kesan positif. Berkesan!

 
Top