6
Tiba-tiba Mengesot !| Baru jer kongsi kisah Muqri meniarap Jumaat lepas. Elok lepas aku ambik dia kat rumah pengasuh, aku letak dia atas tilam. Macam biasa, terus jer tunjuk aksi meniarapnya. Dah makin laju... Good boy. 

Buat aku lebih terperanjat, dia dah pandai tarik dada. Memula memang aku tak caya sebab tak nampak dia mengesot. Aku syak, Mikhail yang tolak-tolak adik dia. 


Aku tanya dia, "abang long angkat adik ke?". Dia jawab "tak pun" .. Sambil tangan duk sapu lotion..."habis tu nape adik duduk sini. Tadi ibu letak adik kat sini"... Mikhail pandang aku dengan mata membulat jer. Kemudian dia jawab "hantu buat"... Sambil dia gayakan adik dia mengesot.. 


Ya Allah...tergelak aku tengok gelagat anak. Dalam fikiran aku, tak kan dah mengesot kot...baru 4 bulan usia. Cepatnya ! Aku perhati je si adik ni. Aku baringkan dia semula, nak tengok betul ke apa yang abang long lakukan tadi. 

Lepas meniarap, memang betul si adiknya mengesot. Kali ni aku sempat ambil gambar kegigihan si adik mengesot. Terangguk-anggutk kepala kat tilam sebab nak gerakan kaki. Kesian pulak tengok, tapi aku biarkan jer dia mengesot perlahan-lahan. Sampai satu tahap, Muqri dah mula penat. Dah kuar suara mintak tolong angkat. 

Hari minggu aku hanya tengok anak-anak bergelimpangan depan tv jer la. Si abang berguling golek dan si adik tengah kemaruk mengesot. Nampak gayanya, ibu kena ready dari sekarang untuk kawal lasak dua-dua anak lelaki ni..hihiii... 


Post a Comment

Noor Azlan said... 18/9/17 9:34 AM

Hantu buat... Haha... Luculah jawapan dia...

Julia Johari said... 18/9/17 10:47 AM

Rasa seronok baca cerita dkna ni pasal babg muqri mengesot...buat juju imbau kenangan 5 tahun lepas dkna...harap Allah izinkan juju rasai lagi sekali keindahan ini cukup dah...tahniah baby muqri mmmuahh cikit

mas saari said... 18/9/17 11:47 AM

Bagus Muqri, cepat dia. Nanti dah dapat kaki penatlah ibu nak kejar.

Sue Izza said... 19/9/17 9:25 AM

wahhhhh cepatnya,haaaa melasak ngan abg long la skit lagi ni hehehhe ,hahahhaa abg long pun hantu mari mano gak hehhehe

Elih Japahar said... 19/9/17 1:34 PM

Haha..sama mcm anak laki sy, 4 bulan dah start buat mcm ni..anak2 skrg mmg cepat tumbesarannya..

Nadia Johari said... 22/9/17 1:31 AM

hahaha..hantu buat..adoi abang long..muqri..cepat nor awak ye merangkak

 
Top