12
Bila Abang Posmen Bagi Kerjasama | Sejak ada anak ni, aku lebih suka membeli dalam talian jer. Barang-barang anak terutamanya jadi pilihan aku. Kalau nak ke kedai, dengan parking dan masa terbuang macam tu jer. Kalau mood anak-anak ok, tak jadi masalah. Kalau mood dorang kelaut, memang tak membeli la jawabnya.

Terbaru, aku beli stok puting untuk di abang long. Sebelum ni, aku guna alamat pejabat jer tapi memandangkan kat pejabat dah tak terima parcel peribadi, posmen hanya tinggalkan slip untuk collet kat pos laju. Sama seperti aku bagi alamat rumah, slip ditinggalkan kat pintu jer.

Tengah mengemas barang anak nak kesekolah, mai idea nak letak memo untuk abang posmen kat pintu rumah...hehehe. Aku tawakal jer la. Tak terfikir lak ada yang datang nak mencuri ker apa. Kalau dorang curi pun, barang tak berharga mana. Setakat puting abang long tu, ada ke yang berkenan? heheee...

Aku tinggalkan pesanan dengan detail pengeposan. Aku tulis nama dan no.ic kat kertas tu tuk rujukan abang posmen. Dorang perlu ada rekod untuk tinggalkan barang tu. 

Balik jer rumah, aku nampak parcel terselit kat celah rak kasut dan memo aku tu diterbalikan...hihiii.. Jadi, kalau ada yang lalu depan rumah aku, tak la perasan aku tinggalkan memo tuk abang posmen. Kerja aku pun senang, tak perlu nak collect kat pejabat pos dan abang posmen pun selesai kerjanya. Cuma pesanan aku, pastikan persekitaran rumah korang memang selamat untuk tiru cara aku ni yea. Bagi barang berharga, jangan buat macam ni tau..kang nasib malang kalau hilang.


Post a Comment

Puan Wawa said... 20/10/17 1:33 PM

senang macam tu kalau kita keluarkan. tpi bahaya jugak kot org lain pergi ambil brg kita tu.. hehe

Julia Tarmidi said... 20/10/17 1:40 PM

untung la kalau ada kerjasama macamni... tp tak takut bahaya ke orang amik barang kita? :D

At-Tarmizi said... 20/10/17 2:09 PM

bahaya pamer ic secara terbuka

ai said... 20/10/17 2:18 PM

Cara dah ok, tapi Ic tu macam tak sesuai je tulis macam tu.. Takut orang guna untuk benda tak sepatutnya..

mrhanafi dot com said... 20/10/17 3:30 PM

Sekali sekala boleh la lot..selalu sangat tak elok juga..

Nanti abang posmen rasa bersalah.kalau barang tak sampai ketangan pemiliknya

Lisa Nurulain said... 20/10/17 6:01 PM

senang la kalau abg posmen bg kerjasama . kalau kot ada yang jht. dia tulis dtail tp brg dia ambek acner ? hahahaha.... ishh negative betul kan fkiran lisa ni ...

fizafantagirO said... 23/10/17 11:54 AM

Adik kakfiza pernah buat tgl note mcm ni depan pintu rumah, tapi dia tulis mintak abg posmen tu call dia kalau brg dah sampai nak gtahu letak brg kat mana.hahahah

Mazni Azmi said... 23/10/17 4:22 PM

Selamat hari isnin sis DKNA Abza

Semoga urusan kita minggu ni Allah permudahkan semuanya

Amin

Tapi kalau orang lain baca tak ke bahaya

Hehe

Ibu Zaid said... 25/10/17 9:04 AM

Sporting juga abang posmen tu kan

titan said... 27/10/17 1:07 AM

mujur la abam posmen sangat memahami.

haha..

Nadia Johari said... 27/10/17 10:14 PM

bagus abang posmen..ehhee

MommaVogueHD Noriza Abdul Rahman said... 3/11/17 8:08 AM

Kalau barang yang biasa-biasa jer boleh lah pesan ke abang posmen gitu yer

 
Top