3
Homestay Murah Di Melaka | Niat dihati nak update blog..nak update blog tapi tak menyempat . YA Allah..bizi sungguh bila jadi mak anak dua ni yea..hahaaa. Trip aku bersama keluarga besar ke Melaka tempoh hari tak sempat nak share kat sini. 

Hari ni gigih jugak aku update blog dengan korang yang mencari homestay murah di Melaka. Nurhomestay yang terletak di tengah bandar Melaka memang terbaik untuk trip keluarga. Ok, diringkaskan cerita kami 4 keluarga bercuti ke sini untuk semalaman sebelum sambung percutian di PD pada esoknya.


Pandangan luar homestay ni. Gambar ni aku curi dari fb kakak aku...hahaaa.. Penampakan kasut pink dengan dukung Muqri pun ok la tu. Ok, ruang depan rumah ni boleh muat 2 buah kereta. Dan disediakan ampaian dan meja kopi untuk istirehat. 

Ruang tamu yang luas. Kat bahagian ni tak ada aircond yea. Dan gambar di bawah ni pulak ruang makan dan dapur. Memang amat selesa sangat. Kami bawak beras dan lauk yang dah masak sebab anak itik ramai (anak-anak) jadi tak ada masalah untuk kami masak atau panaskan lauk pauk memandangkan segala kelengkapan dapur disediakan. Gula dan tea pun ada..hiihiii.. Tuan rumah pun dah halalkan.


Buai baby pun turut disediakan kat sini. Haaa..yang ada anak kecik tidur dalam buai, jangan risau anak meragam mencari buai, pasti lena tidur. 

Rumah ni ada 4 bilik yang semuanya dilengkapi dengan aircond. 


Gambar atas ni merupakan bilik yang ada kat bahagian bawah. Bersebelahan dengan ruang makan. Manakala gambar bawah ni, bilik utama yang terletak di bahagian atas. Bilik ni lebih luas dan ada bilik air. Anak-anak itik semua masuk dalam bilik ni dengan atoknya..ahahaa.. 

Ada dua lagi bilik di bahagian atas pun selesa dan bilik ni berkongsi 1 bilik air. 


Aku paling suka homestay ni sebab disediakan bantal yang banyak.. Memang banyak. Korang bayangkan 4 keluarga dengan anak-anak, mestilah nak bantal yang banyak kan ? Tak payah nak pikir bawak bantal untuk anak, dah disediakan dalam almari setiap bilik. 

Toto tak disediakan tapi tuan umah dah sediakan 2 tikar besar. Aku gantikan jer tikar ni sebagai alas untuk anak-anak tidur. Alhamdulillah..anak-anak ok jer tidur atas tikar sebab kat rumah atok pun dorang tidur bersepah-sepah...hahahhaaa


Bila dah bawak trip keluarga ni, pakaian memang banyak. Tak nak sumbat baju kotor dalam beg, kami basuh jer kat sini dan sidai kat ampaian luar.

Lupa nak bagitau, bahagian atas ada ruang tamu kecil diantara 3 bilik tidur. Boleh lepak tengok tv kat atas dengan siaran dvd jer. Nak menggosok baju pun kat ruang ni. 

Sejujurnya aku tak rasa menginap kat homestay sebab selesa dengan kelengkapan rumah. Orang kata macam rumah sendiri, waktu nak check out pun rasa sayangnya nak tinggalkan rumah ni...hahahaa.. Tapi memandangkan trip kami seterusnya ke PD, tak boleh nak sayang lebih-lebih..kikii.


Sewa homestay ni RM 300 + RM 100 untuk deposit jika ada barang hilang atau berlaku kerosakan pada rumah ni. Deposit tadi akan dipulangkan melalui akaun bila semuanya dalam keadaan baik. 

Sesiapa yang nak ke Melaka dengan trip keluarga yang ramai, aku suggest korang tinggal jer kat sini. Bagi aku, harga ni sangat berbaloi dengan segala kemudahan yang disediakan. Lokasi rumah ni pun dekat dengan tempat menarik di Melaka. 


Post a Comment

Julia Johari said... 31/10/17 9:31 AM

selesa sangat tgk

Salina Johari said... 1/11/17 8:39 AM

famous gak Nurhomestay ni...ada rezeki k.sal nak try tapi tula bila bertingkat, fikir panjang

Nadia Johari said... 8/11/17 1:01 AM

pergh cantik juga homestay dia..semua lengkap

 
Top