8
Oh Double M | Double M untuk si Mikhail dan si Muqri..hehehe. Akan datang jadi triple M ? Apa yang pasti, Muqri belum sedia nak jadi abang ngah. Tak puas lagi nak menetek ngan ibu...hahahahaa. Baru ada 2 orang anak dan bila ditanya, apa bezanya dua beradik ni? 

Ermmm.. buat masa sekarang, paling ketara warna kulit.. Aduiiiihaiii. Kalau abang long duduk sebelah adik, nampak perbezaanya. Tak apa la dik, orang laki makin gelap makin hensem. Percaya cakap ibu yea. Tengok KJ, kemain glamor lagi dia kan dengan tagline 'tall, dark, handsome' ...
Ni perbezaan antara dua-dua anak aku ketika usia 4 bulan. Kiri yang menyengih tu pastinya si abang long (September 2014). Abang long sangat meriah dengan senyuman, saja nak tunjuk lesung pipit kiri kanan lewtew. Dari kecil lagi, suka diagah sampai mengilai mengekek-ekek. Kanan pulak si adik (September 2017) yang muka agak garang. Setakat panggil nama, dia akan pandang jer...lepas tu baru nak sengih. Nak dengar suara mengilai, kena pandai cari 'kunci' dan baru nampak lesung pipit kiri kanan tu ha.  

Setiap hari tengok anak-anak, aku nampak muka si adik sama jer macam si abang long waktu kecik dulu. Tapi bila aku cantumkan dua gambar ni, baru aku perasan muka anak-anak aku tak seiras mana pun...hahahaaa. Bila kawan-kawan tengok muka si adik, ramai yang cakap muka aku. Si abang long, memang sah copy paste dari Utara. Oklah kan.. sorang Kedah dan sorang lagi Kelantan. 


Post a Comment

Aisya Ismail said... 4/10/17 8:35 AM

Rambut tu yang buat diorang sama kot.. ingatkan kembar.. rupanya lain-lain tahun..

fizafantagirO said... 4/10/17 12:08 PM

eh ehh awak dh ada dua anak ye? mcm anak dara lg. hihi. Cepat je abg dgn adik membesar

qaseh dalia said... 5/10/17 12:26 PM

eh eh anak rupanya .. haha takpe laki lagi hensem hitam2 manis gitu , tall , dark , ensem :p

Lisa Nurulain said... 5/10/17 4:58 PM

DUA DUA ADA LESUNG PIPIT KE DKNA ?>

Nadia Johari said... 5/10/17 11:17 PM

tu la..tengok tak sama gambr mas kecik ni..hehe..takpe..asl dari benih yang sama..hahaa

Adam said... 6/10/17 2:36 AM

muka anak tak seiras memang ramai yg ada.
Pasti ke naka jadi 3 M?
lepas tu 4 M.
lepas lepas tu 5 M

Ainniah Zulkefli said... 6/10/17 3:58 PM

comel ja anak2 masa kecik. ingat orang yg sama. bila tengok balik, si abang nampak lebih nakal. yang adik nampak lebih serius.

raihanah said... 12/10/17 2:48 PM

ada iras dua2nya

 
Top