13
Sukaneka Taska Addin Mikhail |  Minggu lepas, aku ada stalk status wasap cikgu kelas abang long. Ada la beberapa keping aktiviti dengan anak-anak main isi air dalam botol dan lain-lain. Rupanya itu latihan untuk hari sukaneka taskanya hari ni. Kemain yea taska sekarang, ada siap sukaneka untuk anak-anak usia 3 tahun. Zaman aku dulu, 3 tahun duk menyorok bawak ketiak ma lagi kut..hahhaa. Petang-petang main pasir depan rumah jer. 

Kat taska abang long ada 2 kelas untuk usia 3 tahun. Kelasnya kena pakai baju biru manakala kelas satu lagi merah. Cikgu pun senang nak cam anak-anak asuhan masing-masing bila pakai baju berlainan warna. Abang long pakai baju biru. Sukaneka ni bermula selepas anak-anak makan pagi kat taman depan kelas dorang jer. 




Pukul 10 pagi, aku dah dapat gambar kemeriahan anak-anak main sukaneka. Hamboiiii...kemain muka sorang-sorang dapat beraksi. Ada yang muka sangat-sangat tak sabar tunggu giliran nak main. Ibu ayah yang ada dalam group wasap pun kemain seronok, tak sabar tengok aktiviti anak. Lompat dalam gegelung kemudian isi air dalam botol. Kalau kat rumah, tak menyempat ibu ayah nak main lompat macam ni. Setakat lari keliling meja makan tu boleh la dan kalau nak main air, waktu mandi jer. Berendam dalam bilik air..hihiii





Paling aku seronok tengok anak-anak main aktiviti mencari gula-gula dalam tepung. Habis berbedak dengan tepung.. Ya Allah..aku pun teruja nak main macam ni..hahahaa. Tak boleh bayangkan macam mana seronoknya anak-anak bila bebas macam ni. Cuma yang aku harapkan, bila balik rumah nanti abang long tak mintak ibu tabur tepung dengan gula-gula kat dapur. Jadi 'ibu ko hijau' nanti nak oiitt hahahaaaa..

Pengakhiran, ada sesi penyampaian hadiah. Tak ada kumpulan yang menang atau kalah. Kesemunya anak-anak dapat hadiah 'hamper'. Apa yang pasti, dorang pasti seronok yang amaaaat. Maklumla, kat rumah tak boleh sepah macam ni...hahahaaa.

Terima kasih buat cikgu-cikgu taska abang long sebab jaga dan ajar anak-anak syurga ni berdikari sendiri. Semoga segala penat lelah mereka dirahmati oleh-Nya. Amin.


Next
This is the most recent post.
Previous
Older Post

Post a Comment

ai said... 6/10/17 4:41 PM

Lamanya tak join sukaneka..

Mazni Azmi said... 6/10/17 4:52 PM

Assalamualaikum wrmbth. Salam Jumaat sis DKNA Abza

wah siap main tepung anak anak ni

Hehe

Noor Azlan said... 6/10/17 5:23 PM

Wah seronoknya main tepung.... habis rambut pun kena...

Ros said... 9/10/17 8:05 PM

mesti seronok sangat anak-anak ni.

qaseh dalia said... 9/10/17 8:38 PM

Ololo comel je , happy je tgk

raihanah said... 10/10/17 7:55 AM

cantik betul rumput dia

Intan Saffyna said... 10/10/17 2:59 PM

New Giveaway lets start! Jom join :)
https://intansaffyna.blogspot.my/2017/10/giveaway-besar-besaran-by-intan-saffyna.html

mas saari said... 12/10/17 5:04 PM

Tiap kali anak² ada aktiviti sukan memang ibu² yang akan teruja kan? Hehehee.

Lisa Nurulain said... 12/10/17 5:46 PM

wah.. nampak budak2 tu seronok. mesti la kan.. men comot2 dengan tepung gitu mesti la sukaaa

Kazman / Sue said... 12/10/17 6:34 PM

meriahnya mereka semua tu....

Dewi Aja said... 13/10/17 4:51 AM

Hello! Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

nadhie wueen said... 16/10/17 11:39 AM

Comelnya budak-budak. meriahnya tengok aktiviti yang dijalankan bersama mereka ^^

Suriya Majid said... 17/10/17 5:35 PM

meriahnya....mesti seronok anak-anak

 
Top