5
Bila Aku Naik MRT Keseorangan | Sebenarnya aku dah lama tak guna public transport. Aku masih ingat kali pertama aku ke Sunway Piramid dengan kawan-kawan selepas berhari raya naik komuter. Kiranya tawaf  rumah ke rumah kemudian window shopping la. Ya Allah... itu pengalaman pertama aku naik turun komuter, lepas tu tunggu kawan datang pick up kat stesen kemudian terus ke lokasi yang dituju. Waktu tu jugak komuter stuck dan aku punya gelabah tu hanya Allah jer tau. Serik..serik..tak nak naik dah...hahahha. Pernah jer aku ke KL naik ERL dan Monorel, itu pun berteman. Tak pernah lagi aku keseorangan. Maklumla, budak kampung mana biasa kat KL waktu tu. 

Minggu lepas, aku ke MSMW 2017 di Hotel Berjaya Times Square. Pada mulanya aku rasa macam nak batalkan jer niat ke sana sebab takut nak naik public transport..hahahaaa. Tanya kawan-kawan yang join ke sana, macam-macam cara boleh ke sana. Aku fikir nak drive jer tapi memandangkan waktu pagi, korang bayangkan macam mana nak hadap jalan sesak kawasan sana. Tak sanggup nak laluinya.

Ada yang cadangkan naik ERL terus ke KL Sentral kemudian ambil grab car ke hotel tu. Bila kira kos pergi dan balik, cecah RM 50.00. Pergh ! Boleh tahan jugak yea. Tapi cara ni aku rasa paling selamat sebab aku tak perlu tukar tren..hihiii. 

Sembang-sembang dengan kengkawan, akhirnya aku follow Shehan naik MRT dari Stadium Kajang. Ok, lega dah sebab ada kawan. Tak dak lah aku terkial-kial sorang-sorang nanti. Awal pagi, aku selesaikan urusan anak-anak kemudian terus ke MRT Stadium Kajang. Park kereta kat sana dan Shehan dah menanti aku kat kaunter atas. 

Dari Stadium Kajang terus jer ke Bukit Bintang. Tambang pulak aku tak pasti berapa, kalau tak silap lebih kurang RM 4, maklumla ikut orang...sekaki-sekaki aku jalan belakang, Shehan touch kad TNG aku pun touch jugak... hahahaaa.

Sampai kat MRT Bukit Bintang, kami tukar tren naik Monorel. Tak jauh pun stesen ni, keluar jer stesen MRT terus nampak Stesen Monorel. Dari sini, terus ke Imbi dan dah sampai Imbi turun jer, cari hotel. Traaaaaaaaaaaaaaaaa...dah sampai.


Kali ni aku balik berseorangan sebab nak kejar ambil Abang Long kat taska. Beranikan diri jugak redah perjalanan balik...hehehee.. Apa yang perlu aku buat, ibarat undur balik perjalanan tadi. Dalam hati ni hanya tuhan jer tahu bertapa berdebarnya kaki aku melangkah...hahaha. Giler tak cuak, sorang-sorang kot, pandang kiri pandang kanan sambil pegang handbag dengan rapi. Macam-macam yang aku fikir, teringat anak-anak, teringat kat suami. Waktu tu doa tak putus mintak Allah permudahkan perjalanan aku ..hahahaa. 


Aku cuba kawal riak wajah aku supaya tak nampak macam gelabah sangat, kawal langkah kaki supaya teratur elok. Jangan tersadung ditengah jalan. Giler cun la kontrol semuanya sedangkan bernafas macam tak cukup oksigen. Mata melilau jer. Hati-hati !

Bila dah rasa selamat dalam tren yang menghala ke Kajang, baru terasa diri ni berpijak dibumi yang nyata. Waktu tu aku rasa macam 'eh..betul ke aku dah sampai sini'. Ya Allah...punya seronoknya aku waktu tu memang tak terucap kot dan sempat jer aku selfie dalam tren buat kenang-kenangan gitew..hahahaa. Sekarang aku boleh berbangga dengan suami sebab berjaya naik tren sorang diri pergi KL okeh..hihii. Next trip boleh pergi IKEA pulak yea..heheee




Post a Comment

Sue Izza said... 14/11/17 1:57 PM

yeayyyyy pasni jom wat rombongan gi ikea eh hahahah...en2 somi dok umah hahaha

MommaVogueHD Noriza Abdul Rahman said... 15/11/17 6:57 AM

Lepas ni panjang langkah lah ke IKEA pulak yea

Akif Imtiyaz said... 15/11/17 5:37 PM

Alhamdulillah selamat pegi dan balik..Syukur..biasa la dkna kalau dah sorang diri jer rasa cam takut2 kan .. mesti selalu nak pandang kiri kanan depan blakang bagai hehe.

Yanty Lee said... 17/11/17 7:49 AM

Kagum sis. Apa2pun take care.

 
Top