6
Dia Dah Boleh Duduk |  Minggu depan Muqri genap usia 6 bulan. Pejam celik, macam tak percaya anak dah besar. Rasa seriau beranakkan dia pun masih panas-panas gituh..hahahaa. Kelmarin, 8.11.2017 (Rabu) waktu aku berada kat MSMW 2017, BS Muqri hantar gambar dalam watsap. Serius aku terkejut bila tengok gambar ni. 

 "Muqri dah boleh duduk kak".. Mau tak terkejut. Kat rumah, aku tak pernah atau cuba-cuba letak dia cam ni. Kalau dia nangis, terus angkat jer. Aku tanya BS, macam mana dia boleh duduk. Katanya, dia letak depan tv lepas tu nampak Muqri duduk elok, tegak jer. Cuba lepaskan Muqri, tengok dia dah boleh imbang badan. 

Ya Allah.. time tu jugak aku rasa macam nak balik rumah tengok anak..hahhaaa.. Sindrom mak-mak sangat. Hati tak keruan nak kerja, memang duk teringat anak jer. Mata pulak tak lepas tengok jam, nak balik cepat..hihiiii.
Balik rumah, aku cuba letak Muqri. Memang betul la, dia dah boleh duduk. Seminggu lagi nak genap 6 bulan, cepat sungguh kamu membesar yea nak. Aku lupa lak si Abang Long dulu umur berapa boleh duduk. Cari dalam blog, tak ada pulak share kisah Abang Long ni..hahaha.. Cuma aku ingat, umur 11 bulan, Abang Long dah boleh jalan. Sekarang aku rasa tak sabar pulak tunggu Muqri ni berjalan sebab dah tak larat nak dukung...kikii.

Bila dapat jalan, aku tak kejar anak pun...yang jadi mangsa mestilah abi dia. Waktu tu aku dah boleh pakai heel sambil pimpin tangan Abang Long. Relax jer la yea.. bagi part seterusnya tuk suami pulak yang handle anak-anak. Aci kan ?

Pagi ni, BS hantar gambar Muqri tengah duduk tengok tv cerita Omar dan Hana. Kemain kusyuk tengok tv sambil pegang puting. Kiri kanan kena letak bantal takut tetiba terjatuh. Maklumlah baru belajar nak imbang badan. Seronok tengok anak-anak membesar ni, lepas tu rindu waktu dia kecik..lepas tu mula planing nak ngandung lagi...hahahahaa..


Post a Comment

inayusoff said... 10/11/17 12:29 PM

comel..hihi..

ank saye pon, enam bulan dua minggu dah duduk..
beza betul dengan kakak dia..

kakak dia 7 bulan baru menyarap..

so rase excited sikit la yang adiknye cepat nau perkembangan..

hihi..

moga anak-anak kita sentisa diberikan kesihatan yang baik..
:)

Yanty Lee said... 10/11/17 3:40 PM

awak nape caomey sgt..

Jelita dan Awet Muda said... 10/11/17 4:54 PM

Boleh dah planning nak mengandung lagi tu..hehe

mama arif said... 10/11/17 10:04 PM

bagus yer ada perasaan rindu nak mengandung lagi. huda ada dua hero yang aktif, rasa tak cukup tangan nak handle. rasa mmmg nak dua orang jer anak.. tak rindu pun nak mengandung lagi.hehe

I am LZ said... 11/11/17 2:33 PM

Ceria dia bila dah boleh duduk..
Comel! 😊

qaseh dalia said... 12/11/17 5:41 PM

Jap jer dah beso haaa

 
Top