9
Hantu Kek | Waktu aku mengandungkan Abang Long, aku memang suka makan dessert. Kedai kek kat Presint 8 tu jadi persinggahan aku setiap minggu. Ada je nak beli walaupun hanya sebiji donut. Kalau ikutkan orang tua cakap, apa yang kita makan semasa mengandung yang tulah akan jadi makanan kegemaran anak bila dah besar.

Sekarang ni aku nampak Abang Long memang hantu untuk kek atau apa-apa jenis dessert. Dia yang paling laju request. Kalau tengok tv pun, nampak jer kek dalam tv pasti keluar ayat ni 'ibu, nak kek'. Allahu...ibu yang mana tak kesian bila anak minta macam tu. Bila tengok anak suka makan, aku pun suka membeli...hahahaa. Terfikir nak belajar baking, tapi...nanti dulu la..hahaha

Semalam aku beli Almondy Cake dari AbamKorie. Dia buat sale untuk pek kecil hanya RM 10 / 2 slice. Tak tunggu lama, terus whatsapp AbamKorie nak order 2 pek tuk Abang Long makan kat rumah. Belum sempat aku nak ambil gambar kek, Abang Long dah nampak kek ni atas meja. 'Abang Long nak kek ibu..kek atas meja. Ibu beli kan?'... hamboiii kemain dia tanya yea. 

Disebabkan ibu ni blogger, Abang Long kena berlakon dulu sebelum makan. Berlakon apa? Haaa..berlakon macam gambar kat atas tu la, acah-acah nak curi kek...hahahaa. 'ibu cepatla..Abang Long penat ni'. Bila keluar ayat ni, aku gelak berdekah-dekah tau..yea la, ibu snap gambar berkali-kali nak cari lighting supaya gambar cantik. Si anak pulak tak sabar nak makan.

Ok, berbalik kepada Almondy Cake tadi, siapa yang rasa teringin nak cuba boleh hubungi AbamKorie klik terus wasap ni 01139336816 atau usha kat Instagram Khaisya Delite untuk dessert lain.

Cerita ni pulak, aku beli kek minggu lepas. Ni pun request dari Abang Long. Hai anak... apa yang dia mintak, aku cuba penuhi. Mintak makanan tak jadi masalah, kalau mintak mainan tu...ermmm.. Jangan harap la ibu beli...hahaaa. 

Aku bagitau suami yang anak dia nak makan kek. Lepas tu abi dia pesan 'nanti ibu beli kek, abang long makan dengan adik yea'. Kebetulan dalam masa yang sama aku dah lama usha kek butterscotch dari Kek Sedap Putrajaya ni. Untuk pertama kali nak order, aku cuba pek mini dengan harga RM 20. Cukupla untuk Abang Long makan sambil tengok Tobot kat tv. 
Memula dapat kek tu, kemain seronok la Abang Long nak makan, tak menyempat aku nak potong. aku terus jer bagi sudu tuk dia makan. Maklumla kek tu lembut sangat, boleh makan gitu jer. Lepas dia suap kat mulut sesudu kat mulut, dia bagitau aku 'ibu..nak bagi adik kek la'. Aku perhatikan ajer gerak geri Abang Long ni. Dia pergi dekat adik, dan suap kek dan tanya adik 'sedap tak adik'...hahhaaa. Macamlah adik dia pandai cakap. Si adik pulak, nganga jer mulut bila Abang Long suap kek.
Makanan sedap yea dik..makan jer la. hahhaaa. Aku tak biarkan si Abang Long suap banyak sangat, sebab adiknya baru jer belajar makan. Kang meragam pulak perut si adik. Aku jugak yang susah nanti. Ok, kalau korang pun nak rasa kek butterscotch dengan pelbagai design yang cantik dengan Kak Ema. Terus klik link whatsapp 0122540225 untuk order. 




Post a Comment

raihanah said... 22/11/17 9:49 AM

sedap tu, memang suka lah dia

MommaVogueHD Noriza Abdul Rahman said... 22/11/17 11:32 AM

Alolo comeynya makan kek sampai comot habis

Kak Mahh said... 22/11/17 12:22 PM

Nanti order kek sedap,saya nak makan sebelum fly.

Nadia Johari said... 22/11/17 10:35 PM

amboii kene berlakon gitu..ahha..tak menahan lenguh dia cakap..lambt sangat ibu amik gambar..hehee

qaseh dalia said... 23/11/17 3:01 AM

Haha sabar lah nak oiii jd anak blogger ni kikikj

Lisa Nurulain said... 23/11/17 12:16 PM

kalau daekat... lisa dahbeli dah .. huhuh nk juga makan kek abam korie buat tu .. ramai orang ckp sedap..

Cik Puan Ena said... 25/11/17 3:58 PM

Masa preggy tekak nk makan western je..smpai ngidam nk lasagna.. skrg ank suke western..suka macaroni, spageti, mee..kurang mkn nasi.. kita plak tekak jemu mkn benda mcmtu..hehe..bila preggy mmg berubah selera..

PERMATABIRU said... 26/11/17 10:00 AM

sedapnya tgk kek tu...

Raydah said... 7/12/17 9:41 AM

if its chocolate cake then u can count me in. hehe

hii jom join n meriahkan segmen GA kt sini

http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

 
Top