7
Harga Telefon Bawah RM 1500 | Sekarang ni, telefon menjadi perkara paling penting dalam hidup. Kalau tertinggal telefon kat rumah, sanggup patah balik ambil telefon. Bayangkan kalau sehari tanpa telefon, macam mana eh? Aku akui yang aku sendiri tak boleh nak buat kerja harian kalau tak ada letefon. Tambahan lagi anak-anak pulak tak ada bersama kita. Andai kata berlaku apa-apa kat anak, macam mana? Kalau nak berfacebook atau berblog masih boleh guna pc kat opis jer..hehehe..

Beberapa hari lepas, aku ada tanya kawan-kawan telefon apa yang boleh dibeli dengan harga RM 1,500 pada zaman sekarang. Saja survey suka-suka, mana tau kot tersangkut kat mana-mana telefon yang sesuai, boleh la tukar baru...hihii. Nafsu sangat !!

Rupanya banyak model yang boleh dapat dengan harga bawah RM 1,500 ni. Macam-macam model kat pasaran. Bab telefon ni aku kurang arif dan selalunya suami yang lebih ambil tahu. Aku pandai pakai, pandai cas, pandai topup data jer hahhahaaa.. Lepas tu kalau telefon hang, mengadu kat suami. 


Salah seorang kawan aku bagi senarai telefon masa kini. Bila aku tengok, boleh pening nak pilih yang mana berkenan dihati. Ada yang cadangkan angkat jer iphone 6 sebab dengan bajet tu dah dapat beli jenama ni. Cuma buat masa sekarang, aku belum minat nak pakai iphone kecuali ada yang hadiahkan hahahhaaaa..

Andai kata korang ada bajet seperti aku, agaknya telefon mana yang korang pilih ? Atau korang boleh bagi cadangan kat aku telefon mana sesuai untuk aku ?




Post a Comment

At-Tarmizi said... 7/11/17 5:16 PM

1,500 tu kira besar..banyak handset yang boleh beli... =)

Lisa Nurulain said... 7/11/17 7:03 PM

teringin nak ada huawei

ringantangan said... 7/11/17 7:13 PM

Huawei nova2i tu nampak menarik.

Nadia Johari said... 8/11/17 12:58 AM

bila tengok gamabr tu..kita pun pening nak yang mana..hahaa

Akif Imtiyaz said... 9/11/17 7:59 AM

Tatau nak katooo dah mana satu haha banyak sangat oo.. pilihan .. rambang mata pulak nak pilih mana satu berkenan...senang cter g kedai tepon laaa tgk2 mana berkenan sesuai harga dkna .. hehehe

qaseh dalia said... 10/11/17 3:53 AM

Banyak fon yg boleh dpt bawah tu , bwj 1k pun ada yg okay ..

I am LZ said... 11/11/17 2:35 PM

Aduhai rambang mata..
Banyak pula pilihan smart phone sekarang..

 
Top