12
Kenapa Wanita Wajib Lakukan Ujian Pap Smear |  Aku pasti bila sebut jer ujian pap smear pasti ramai dikalangan wanita akan rasa takut nak jalani ujian ni. Berdasarkan pengalaman aku sendiri yang mana doktor telah menasihati aku supaya jalani ujian pap smear selepas lahirkan Mikhail. Tapi aku hold perkara ni sampailah mengandung dan lahirkan Muqri ...hahaha. 3 tahun aku ambil endah tak endah jer.
Kredit : farmasimaya.com

Sehinggalah aku buat pemeriksaan Muqri usia 2 bulan di klinik kesihatan, waktu masuk bilik misi untuk periksa tahap kesihatan Muqri, Sister kat situ tanya aku "Dah buat pap smear?..anak ke berapa? berapa bulan?...ok lepas ni ambil nombor giliran kat luar dan buat ujian ni kat bilik ... "

Secara spontan jer, aku terus jer ikut arahan tu. Macam kena pukau pun yea jugak...hahaha. Bila tiba tiba giliran aku dipanggil, kena ambil darah, test urin, tekanan darah dan berat badan. Kemudian misi dalam bilik tu tanya "Awak dah ready ke nak buat pap smear.. baru bersalin kan..berapa bulan".. "Aku jawab baru 2 bulan lebih misi".. "Awak tak seriau ke nak buat pap smear ni sebab baru sangat bersalin. Awak bersalin normal kan?" ...Aku gelak jer lepas tu cakap "Sebenarnya saya datang nak periksa anak tapi sister dalam bilik tadi suruh saya buat pap smear hari ni...saya ikut jer la".. 

Lepas tu kami dalam bilik tu sama-sama gelak... Misi tu bincang dengan staffnurse sorang lagi dan dorang bagi cadangan untuk aku datang buat ujian pap smear 3 bulan dari sekarang. Kiranya waktu tu usia Muqri dah 5 bulan. So, rasa seriau tu dah hilang kot..hihiiii. Dah dapat tarikh temujanji, aku dah ready untuk jalani ujian ni. Aku dah set dalam minda, semua ni untuk kebaikan dan kesihatan aku dan buang segala humor luar yang negatif tu. 

Pengalaman aku, kalau korang tanya "sakit ke buat pap smear'.. Jawapan aku "tidak". Mungkin aku bernasib baik sebab tak ada rasa apa-apa. Bila aku bagitau kawan-kawan, ada yang cakap 'tengok tangan misi' jugak. Ada yang buat ujian ni katanya sakit. Kemungkinan agaknya. Dalam tempoh sebulan, andai kata keputusan ujian aku tak cun, pihak klinik akan hubungi aku untuk tindakan susulan. Dalam tempoh sebulan ni, rasa berdebar, risau, cuak jer sebab takut sangat dapat panggilan dari pihak klinik...hahaa.. Siapa tak risau bab penyakit ni kan.

Ok, aku ambil beberapa info dari Sirap Limau mengenai ujian pap smear dan aku dah olah mengikut pengalaman sendiri.

1. DAPAT MENGENALPASTI KETUMBUHAN PERINGKAT AWAL

Pemeriksaan Pap Smear (Papanicolaou) adalah sejenis prosedur yang perlu dilakukan dalam tempoh berkala bagi mengesan perubahan pada sel serviks di peringkat awal sebelum ia dapat merebak menjadi sel kanser. Jadi, kata kunci di sini adalah pencegahan! Menurut Dr Ayu Akida melalui Malaysian Medical Gazette, pemeriksaan pap smear mampu mengesan sebarang ketidaknormalan pada serviks atau pangkal rahim.

Ini bermaksud, keputusan yang abnormal tidak bererti anda menghidap kanser serviks. Sebaliknya, ia mungkin juga menunjukkan terdapat jangkitan lain dan memerlukan pemeriksaan lanjut.

2. PROSEDUR KURANG DARI 5 MINIT

Ujian pap smear ni tak makan masa yang lama. Tak sampai 5 minit pun baring atas katil tu, kemudian aku dengar misi cakap 'ok dah siap'. Eh ! sekejapnya. Apa yang penting waktu jalani ujian ni, korang perlu relax dan tenang. Jangan sesekali 'keraskan' badan. Bila doktor / misi cakap relax, korang istifar ..insaAllah secara automatiknya badan korang akan berada dalam keadaan tenang. Dan bila doktor cakap tahan nafas, ikut jer arahan dia sehingga selesai.
Foto Kredit: cancer.gov


3. UJIAN PAP SMEAR TAK SAKIT

Ujian tersebut tidaklah menyakitkan atau mengerikan seperti yang kita bayangkan, cuma ada sedikit rasa tidak selesa. Prosedurnya secara ringkas adalah seperti di bawah ini:
  • Selepas seluar dalam ditanggalkan, anda perlu berbaring di atas katil dengan lutut dinaikkan dan dibengkokkan seperti proses nak melahirkan anak.
  • Spekulum (seperti dalam gambar rajah) akan dimasukkan ke dalam vagina untuk ‘membuka’ laluan. Masa ni korang kena tarik nafas supaya kurang rasa tegang dan sakit.
  • Doktor akan memasukkan spatula, untuk mengambil sampel sel daripada dinding servik. Tak rasa pun seperti dikorek-korek, tau dah siap jer. Sebab tu aku kata tak sakit.
  • Sampel ini akan dihantar ke makmal untuk diperiksa oleh ahli patologi



4. LAKUKAN UJIAN PAP SMEAR DI KLINIK KERAJAAN DAN SWASTA 

Biasanya kalau nak buat ujian pap smear di klinik kerajaan pasti makan masa yang lama untuk tempoh temujanji. Korang boleh jer buat ujian ni di klinik swasta yang kebanyakan menyediakan perkhidmatan ujian ni. Mungkin ada diantara klinik tersebut merupakan panel tempat korang bekerja. Harga untuk jalani ujian ni bergantung pada klinik tersebut. Untuk makluman korang juga, di Klinik LPPKN pun boleh buat ujian pap smear.
Foto Kredit: feministmidwife.com


5. TEMPOH ULANGAN UJIAN PAP SMEAR

Tempoh untuk jalani ujian ulangan bagi pap smear sebanyak 3 kali berturut-turut dalam tempoh 3 tahun. Seperti keputusan pap smear aku, doktor dah nyatakan bahawa aku perlu jalani ujian ini pada bulan Oktober 2018 (kali kedua) dan Oktober 2019 (kali ketiga). Aku tanya misi, kenapa perlu 3 tahun berturut-turut sedangkan dulu hanya perlu jalani hanya sekali jer.

Jawapan dari pihak kesihatan, masa yang diambil bagi sel normal untuk menjadi sel kanser adalah di antara dua hingga 10 tahun. Jadi, sekiranya pap smear dilakukan setiap tahun, peluang untuk mengesan sel-sel yang berpotensi menjadi sel kanser adalah cerah sebelum ia menjadi kanser serviks, seperti yang diterangkan dalam Women Online Magazine. Lepas 3 tahun, terpulang pada individu nak jalani ujian ni selang 2 atau 3 tahun sekali. 

Setiap wanita yang berusia antara 26 tahun hingga 70 tahun dan telah berkahwin (aktif mengamalkan seks) amat disarankan untuk melakukan pemeriksaan ini. Dr Ayu Akida turut menegaskan bahawa 3 daripada 4 wanita yang mengalami kanser serviks ini tergolong daripada mereka yang mengabaikan pemeriksaan pap smear secara berkala. Jadi, jangan takut, jangan malu. Gagahkan diri dan buangkan semua perasaan itu jauh-jauh – untuk 5-10 minit sahaja!



Post a Comment

mrhanafi dot com said... 17/11/17 9:57 AM

Satu info yang amat menarik..

Semoga pihak berkenaan tidak takut untuk melakukan ujian Pap smears

Cik Puan Ena said... 17/11/17 2:07 PM

Takut nak buat sebab trauma dgn alat tu.. gugur 2kali kena pakai alat tu ntk cek..huhu..sakitla

dorsett pink said... 17/11/17 3:42 PM

dulu masa first time nak buat pep smear, saya pun takut sakit. ingatkan sakit. rupanya langsung tak sakit. hihi.. alhamdulillah! setiap tahun saya buat ujian pep smear ni

Zaleha Awaluddin said... 17/11/17 4:57 PM

saya tak biasa lg buat pap smear di klinik kerajaan. setakat di klinik swasta memang betul tak sakit & result diberi 2 @ 3 hari lps ujian dibuat.

zaimi said... 19/11/17 2:47 PM

sharing yang sangat mantap dan terbaik

Tunsha Ayunie said... 20/11/17 9:17 AM

Saya dari tahun lepas nak buat tapi tak buat-buat lagi. Asyik fikir seram je...

MommaVogueHD Noriza Abdul Rahman said... 20/11/17 12:23 PM

Lepas berpantang nanti ni kena buat ujian pap smear juga lah. Risau pulak dengar kanser ni

qaseh dalia said... 21/11/17 4:13 AM

Tak sakit cuma seriau haha , qaseh da buat tp pihak kk xde call pun gtau result , lama dah xg kk .. maknanya okay la tu kan ngee

Yanty Lee said... 21/11/17 12:22 PM

something tuk ty amik tahu...

Nurzaliza Mohd Ali said... 21/11/17 2:14 PM

Ok.. Insyallah akan gagahkan diri pi buat..

Nadia Johari said... 22/11/17 10:38 PM

baru tau bab ni..tapi ngeri tgk alat tu

Lisa Nurulain said... 29/11/17 2:59 PM

oooo yang sembang pasal mulut itik ritu yee

 
Top