8
Nasi Lemak Telur Bungkus Putrajaya | Beberapa hari lepas, cafe pejabat aku kena sita, jadi ramailah yang bawak bekal. Aku pulak ambil kesempatan ni untuk ganti puasa sebab malas nak masak awal pagi. Sempat la ganti puasa 2 hari. Selang seli puasa ni, maklumla masih lagi bf Muqri, penatnya lain macam..hihii.

Sambil layan facebook, aku terbaca iklan nasi lemak telur bungkus kat komuniti Putrajaya. Nampak macam sedap jer. Nasi lemak telur bungkus ni jadi viral di Warung Bunian tempoh hari. Tak sempat nak ke Warung Bunian, jadi aku order jer nasi lemak dengan brother ni.



Kalau nasi lemak ni, penariknya mestilah sambal. Yeaa dak? Kalau sedap sambal tu, sedapla nasi lemaknya. Telur bungkus tu hanya sebagai 'pengindah' rupa nasi lemak. Nampak kelaian bila nasi berbungkus elok dengan telur. Kali pertama aku makan nasi lemak telur bungkus brother ni, selera tekak aku boleh terima sambalnya yang cukup rasa pedas, manis, masin...secukup rasa la. Tapi kalau nasinya dilebihkan dengan 'lemak' lagi best.

Harga sebungkus RM 3.00 jer dan penghantaran secara percuma di sekitar Putrajaya dengan syarat minimum order 5 bungkus. Penghantaran sangat pantas. Aku maklum nak makan untuk sarapan, pukul 8 pagi tu dah sampai depan opis aku. Hari minggu pun brother ni ambil tempahan jugak. Untuk warga Putrajaya yang malas nak masak hari minggu atau malas nak jalan kaki ke cafe, boleh cuba nasi lemak telur bungkus brother ni. Boleh watsup En Aizan 019-341 7815. 


Post a Comment

MommaVogueHD Noriza Abdul Rahman said... 3/11/17 4:02 PM

Wah, nasi lemak telur bungkus, sedapnya!

sensasi2020 said... 3/11/17 5:00 PM

Dah rasa nasi lemak telur bungkus, cuba pula nasi lemak pandan Mieeza kalau tinggal sekitar Ampang atau Pandan Indah.

Apa pun nasi lemak sedap kerana sambalnya.

sudipVSsenduk said... 4/11/17 6:17 PM

boleh try ni...

Azian Elias said... 4/11/17 11:03 PM

now org berniaga kena creative. baru pelanggan ramai.

Princess Serra said... 5/11/17 5:37 PM

Jemput singgah :)

https://messarah.blogspot.my/2017/11/tips-muka-berseri-tanpa-mekap-makeup.html

Nadia Johari said... 8/11/17 12:59 AM

pagi-pagi sarapan nasi lemak memang sedap

Akif Imtiyaz said... 9/11/17 8:01 AM

Tekak melayu ni kan mmg takle lari laa dari nasi lemak..paling best kalau sambal kena ngan selera.. Sedap dan lazat ..

 
Top