7
Anak-anak Tak Sihat, Ibu Pun Tumpang Sakit | Hari ni dah genap seminggu abanglong kena kuarantin sebab chicken pox. Berjangkit kat taska. Biasalah, benda macam ni nak elak pun payah sebab ramai kan. 

Mula dari hari pertama abanglong kena chickenpox, aku pun dah mula berjaga malam. Tidur tak lena bila anak dah mula meragam. Paling teruk hari ke-3, tak tidur sampai pukul 5 pagi. Ya Allah...kesian kat anak sampai aku tak tau nak buat apa. Gatal, miang. Jangan cakap ubat, daun semambu pun dah ditabur atas katil. Tu pun lena sebab dah mengantuk sangat.

Malam berikutnya, si adik pulak demam. Aku syak, mungkin tanda-tanda nak jangkit chicken pox ngan abanglong kot. Masuk hari ke-3, adik nampak makin murung. Batuk berkahak dan ada bunyi. Tu merisaukan aku. Terus bawak ke klinik semalam.

Kena ambil darah dan dari result tu doktor kata ada kuman dalam darah. Result tu agak "tinggi" kata doktor. Aku pun tak tau sejauh mana seriusnya penyakit ni. Tapi doktor sarankan si adik makan antibiotik seminggu kemudian kena datang ke klinik tuk ambil sample darah sekali lagi. Semalam jugak kena nab bagi cair kahak tu.

Beberapa hari ni aku dah rasa macam ting tong. Selsema dan sakit kepala. Yea laaa.. Dah seminggu gak tak cukup tidur, tak cukup rehat. Apa pun, kesihatan anak-anak lebih utama. Aku kena kuat tuk jaga anak-anak ni. 


Post a Comment

Lynda Che Lah said... 13/12/17 9:55 PM

Take care Dkna. Anak-anak sekali tak sihat memang macam ni lah. GWS anak-anak

raihanah said... 14/12/17 7:59 AM

semoga cepat sembuh

Lisa Nurulain said... 14/12/17 1:44 PM

semoga cept sembuh anak2 dkna.. dkna pun jaga kesihatan tau

E'in said... 15/12/17 11:48 AM

semoga cepat sembuh..

Sheila Adziz said... 19/12/17 4:32 PM

bila anak-anak tak sihat mmg terkesan kat kita ibu2 ni...

nian said... 27/12/17 10:13 AM

bila anak x sihat, kita kene kuat walu x sihat sama

Akif Imtiyaz said... 28/12/17 6:08 PM

Bila anak2 tak sihat kita yang mak2 ni pasti susah hati.. satu lagi bila tgk anak.tak sihat tak bermaya mula la dengan kita2 sekali nak nangis..

 
Top