14
Botaneco Garden Baby | Produk Organik Untuk Bayi  |  Pernah dengar produk ni ? Tak eh.. Ok, meh sini aku nak kongsi cerita dengan korang. Kisahnya bermula bila aku terima parcel ni hari Sabtu lepas. Bila dibuka...memang terkejut sebab dapat set penjagaan kulit yang lengkap untuk Muqri. Sebelum nak guna apa-apa produk untuk anak aku akan pastikan dapatkan info lengkap supaya aku yakin produk ni tak membahayakan anak kecil. Semua info ni aku dapat di Botaneco Garden Malaysia

Botaneco Garden Baby ni adalah produk  penjagaan bayi dari Australia. Ia diperbuat daripada bahan-bahan alam semula jadi terbaik dan campuran bahan botanik yang inovatif, canggih dan minyak Eco-Certified. Jangan risau untuk menggunakan produk ni sebab ia telah di uji secara dermatologi , terbukti dan hypoallergenic , yang pastinya ia bebas dari bahan kimia seperti Paraben , Silikon , SLS , SLES , pewarna , Lanolin dan DEA.

Ni set yang aku maksudkan tadi. Ada Botaneco Garden Baby body Lotion, Botaneco Garden Baby facial & Body Cream dan juga Botaneco Garden Baby head-to-toe Wash. Jadi untuk tempoh 2-3 bulan ni, aku pakai yang ni jer kat rumah...hehehee




  • Botaneco Garden Baby body Lotion - Sesuai untuk kulit bayi yang masih kecil atau baru lahir sebab lotion ni boleh melembutkan kulit yang kering atau sedang menggelupas. bau pun lembut dan wangi jer. Bauan segar macam korang berada kat taman gitu. Lotion ni tak mudah melekit yea, sapu jer kat kulit terus meresap.



  • Garden Baby head-to-toe Wash - Dari hujung kepala sampai hujung kaki, guna yang ni jer untuk Muqri. Tak payah nak fikir shampoo lain dah. Senang kerja aku kat rumah. Masuk bilik air, picit dan sapu pada seluruh badan anak. Bau semerbak okeh. Lembut dan bau tu melekat kat badan anak lepas lap pun masih boleh hidu baunya.

  • Botaneco Garden Baby facial & Body Cream - Ini pula aku sapu rata kat badan Muqri. Lembut jer lepas sapu. Aromanya tu memang buat tenang. Bukan anak jer tenang, aku pun turut tenang sama. Hilang rasa penat bekerja bila anak bau wangi. Sesuai untuk bayi yang ada masalah kekeringan kulit.

Oppsss ! Jadi model produk pulak anak aku ni...hahahhaaa.. Rasa tak nak lepas dari pelukan anak, sambil cium-cium dia. Mau nak lepas, sebab wangian dari produk ni memang buat aku tidur lena...hihii. Korang nak cuba produk ni, boleh dapatkan di Guardian. Harga dari serendah RM 22.90 hingga RM 31.90 jer. 






Post a Comment

Sheila Adziz said... 19/12/17 4:30 PM

wah menarik produk ni leh try kat baby akak ni

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said... 20/12/17 12:05 AM

angakaian Botaneco Garden Baby ini mengandungi seleksi pati tumbuhan istimewa . 100% organik

Lisa Nurulain said... 21/12/17 2:38 PM

menarik ni.. nanti nak try cari kt guardian la bagi little boy

Noriza Abdul Rahman said... 21/12/17 3:09 PM

Kalau ada yang boleh hilangkan gatal-gatal anak ni nak juga beli. Nanti cari juga lah

Lynda Che Lah said... 22/12/17 2:30 PM

aromaterapi utk anak-anak

Hazmin Hamudin said... 22/12/17 4:00 PM

Untung baby. Macam2 jenis produk baby sekrang ni.

mas saari said... 22/12/17 6:24 PM

Kita pun suka produk² baby yang wangi ni.

seri said... 27/12/17 10:07 AM

tengok pakaging je dah menarik, first time dgr jenama ni

nian said... 27/12/17 10:07 AM

banyak produk organic memilih warna hjau sebagai paparan mereka...ya pastinya selamat digunakan

Akif Imtiyaz said... 28/12/17 6:06 PM

Mewangiii laaa anak anak guna produk ni.. fuyoo model berbayar tuu syiokk tdo.. heheh

Nadia Johari said... 29/12/17 4:50 PM

nak carial produk ni..untuk baby nanti..hehee

CikLily Putih said... 4/1/18 11:54 AM

nampak brand ni kat guardian, utk dewasa pun ada jugak tau

Noriza Abdul Rahman said... 16/1/18 10:08 AM

100% organik ni bagus lah untuk try newborn baby..yeay

 
Top