6
Homestay Murah Di Port Dickson | Asyik tertangguh jer nak share ngan korang tempat aku menginap tempoh hari kat PD. Pada mulanya aku mencari hotel yang ada kolam jer sebab nak stay dengan anak-anak. Kalau nak bawak dorang mandi kat pantai, idok la aku nak pergi dengan keadaan cuaca sekarang ni. Lagipun, aku fobia sangat dengan air dalam.

Akhir sekali aku ambil keputusan untuk menginap kat Kak Ina Homestay Port Dickson sebab ada kolam...hihii. Budak-budak ni memang suka sangat main air, jadi tu jer aktiviti untuk dorang waktu petang.Kalau di kalangan blogger, pasti familiar dengan nama Kak Ina KL. 

Aku masuk rumah ni awal dari kebiasaan. Terima kasih bebanyak Auntie Ina sebab bagi kebenaran untuk aku check in awal dengan anak-anak. Tu pun anak tengah meragam, sorang meraung sorang berkepit. Ya Ampun... Sabar jer lah. 

Bila dah masuk rumah ni, anak-anak kemain teruja lagi dapat tengok kolam depan mata. Buka pintu dah nampak kolam terbentang luas. Dah tak boleh nak duduk diam dalam rumah. Pujuk punya pujuk, akhirnya pukul 4 petang anak-anak diberi kebenaran turun mandi kolam.

Ruang bilik tidur ke-2
Ruang bilik tidur utama ada bilik air

Setiap bilik tidur ada penghawa dingin termasuk ruang tamu. Selesa untuk anak-anak tidur. Kalau datang dalam jumlah yang ramai pun masih lagi selesa sebab Auntie Ina sediakan toto dan bantal. Tak muat tidur atas katil, boleh jer buka toto tidur depan tv. 
Tak ada dapur tuk memasak tapi ada microwave untuk panaskan makanan. Aku sempat la panaskan bubur si Muqri tu...hehehee. Peti ais ada kat ruang tamu. Terima kasih Auntie Ina sediakan nescafe 3 in 1, sedap pulak minum sambil tengok orang mandi manda kat depan rumah ni.


Waktu aku menginap tempoh hari memang ramai yang beriadah kat sini. Waktu malam pun ada yang berkelah tepi kolam. Agaknya mereka pun datang bercuti hari minggu cuma tak boleh mandi jer. Aku mampu intai dari bilik jer.
Kat sebelah rumah ni pulak katanya port untuk kaki pancing. Banyak ikan. View pun cantik kalau nak bergambar cuma anak-anak kecil ken lebih berhati-hati. Kalau korang nak ke PD, boleh la menginap di rumah Auntie Ina ni. kalau datang berkeluarga lebih baik dan selesa sebab waktu malam agak sunyi sikit kat sini.

Harga yang di tawarkan cuma 

👉RM200 untuk Isnin-Khamis
👉RM250 untuk weekends/public holiday/school holidays (maksimum 6-8 orang).  

💙Jika ingin membuat tempahan deposit diperlukan sebanyak RM50 (untuk sehari).
💙Wang deposit tidak dikembalikan jika tempahan dibatalkan.
💙Baki bayaran perlu dijelaskan sebelum check in.

Check in 2.00 petang
Check out 12 tengahari

💛Selepas pembayaran deposit sila wassup/sms

Nama
Tarikh tempahan 
Jumlah hari penginapan 
Wasup/sms : 019 3674831
Kak Ina/Auntie Ina

👉UNTUK KELUARGA MUSLIM SAHAJA

💖Alamat 

Bay View Villas Apartment
Batu 7, Jalan Pantai, 
71050 Port Dickson
Negeri Sembilan

Post a Comment

Nadia Johari said... 7/12/17 3:07 PM

wah menarik juga..tak biasa dengar dengan nama kak ina ni..ehhee

MommaVogueHD Noriza Abdul Rahman said... 8/12/17 9:24 AM

Oh apartment milik kak Ina Kl rupanya...

kak ina kl said... 8/12/17 1:08 PM

Terima kasih sudi bermalam di homestay kami.

qaseh dalia said... 10/12/17 11:43 AM

Cantik , nampak selesa ..

Dwi Wahyudi said... 15/12/17 9:38 AM

Tempatnya bagus, harganya juga cukup murah. Apalagi ada kolam renangnya, pasti anak2 seronok nak maen aek.

Hazmin Hamudin said... 15/12/17 3:30 PM

Oh. Kak Ina KL blogger punya. Meriah nampak apartment ni.

 
Top