4
Jom Rewang 2018 | Pameran Pengantin . Sekarang ni musim cuti sekolah. Tak sah kalau setiap kali ada jer cuti panjang, pasti ada majlis kenduri kahwin. Teringat zaman aku kahwin dulu...alaaaa dulu tu tahun 2013, pilih tarikh yang sesuai untuk adik-beradik berkumpul.

Kalau nak bercerita tentang persiapan untuk majlis aku tu, memang agak kelam kabut sedikit. Rasa tak cukup masa nak selesaikan segala hantaran walaupun aku dah ready lama barang-barang untuk gubah.  Dulu tak terfikir pun nak singgah memana pameran perkahwinan, tapi sekarang ni aku cadangkan buat bakal pengantin untuk ke Jom Rewang 2018 di Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada 26-28 Januari 2018. Kenapa korang wajib ke sana ? Haaa.. Meh aku kongsi sikit info mengenai Jom Rewang ni

JOM REWANG 2018

JOM REWANG 2018 merupakan pameran pengantin yang menyediakan servis persiapan perkahwinan untuk pengunjung yang bakal berkahwin.

Antara tarikan utama event JOM REWANG 2018 ialah : 


  • Lebih kurang 30 buah syarikat yang menyediakan perkhidmatan berkaitan persandingan akan hadir untuk membuat pameran di Plaza Alam Sentral. Perkhidmatan termasuk melukis henna, khidmat andaman, butik pakaian pengantin, fotografi, katering, persiapan pelamin, hantaran dan sebagainya.
  • 300 syarikat perkahwinan dari seluruh pelusuk negara akan mengiklankan perkhidmatan mereka di event tersebut melalui penggunaan montaj. Pengunjung yang bekerja dan menetap di Shah Alam dan kawasan sekitar misalnya boleh mendapatkan maklumat tentang perkhidmatan perkahwinan yang ada di negeri mana mereka ingin melangsungkan perkahwinan. Mereka tak perlu mengambil cuti kerja dan balik kampung semata-mata untuk menguruskan persiapan perkahwinan di negeri asal masing-masing kerana kini mereka boleh berhubung dan berurusan secara atas talian dengan syarikat perkhidmatan perkahwinan di sana. 

  • Kemudahan kawasan parkir yang mudah dan murah dalam bangunan kompleks membeli-belah. 
  • Digalakkan untuk mereka yang merancang untuk melangsungkan perkahwinan pada tahun 2018 dan berikutnya.


Kepada Vendor yang Berminat

Penganjur menjemput Vendor perkahwinan yang berminat untuk menyertai pameran ini bagi usahawan yang sedang mencari jalan untuk mengembangkan perniagaan anda. Pameran Jom Rewang adalah platform sesuai untuk anda. Jika anda berminat atau hendak mengetahui lebih lajut tentang syarat-syarat penyertaan, sila hubungi pihak managament seperti dibawah. 

Lamam sosial bagi Jom Rewang 2018.
Facebook: Jom Rewang | Puspawangi Event and Management
Instagram : Jomrewang


Post a Comment

Hazmin Hamudin said... 15/12/17 3:24 PM

Terasa macam nak pergi pameran pengantin lak cari ilham. eh.

Sheila Adziz said... 19/12/17 4:31 PM

nak kawin byk kena survey apa pun event cam ni mmg membantu bakal pengantin

Akif Imtiyaz said... 28/12/17 6:07 PM

Yang nak kawen 2018 boleh la usha2 dulu..

Nadia Johari said... 29/12/17 4:50 PM

sebelum ni nak kawin pun pergi pameran pengantin..hahaa..bnyk pilihan

 
Top