9
LAZZ Susu Kambing Sesuai Untuk Ibu Menyusu | Korang pernah tengok tak iklan Lazz Susu Kambing ni kat TV ? Setiap kali keluar iklan ni kat Tv, aku pun turut nyanyi 'Lazz Susu kambing' versi budak perempuan yang comel tu haaaaa. Nampak iklan ni biasa-biasa jer kan, tapi disebalik iklan ni ada banyak produk yang boleh bantu kita untuk jaga kesihatan.

Sebelum aku bersalin, aku tak ambil kisah pun tentang susu atau apa-apa jenis suplement untuk tambah susu anak. Tapi bila dah habis pantang, aku nekad untuk teruskan penyusuan anak. Doakan aku berjaya untuk menyusukan Addin Muqri sehingga genap usia 2 tahun. Tanpa sedar, aku dah lepas fasa pertama menyusu sehingga usia 6 bulan. Alhamdulillah.. sekarang dah 7 bulan usia dia. Dalam masa sama, aku cuma cari altenatif lain untuk bagi khasiat sebaik mungkin untuk dia. Apa yang aku makan, itulah yang jadi zat dan khasiat.


SET IBU GEMBIRA LAZZ SUSU KAMBING

Ok, baru-baru ni aku cuba set menyusu dari Lazz terdiri daripada Lazzcafe, Lazz Kurma dan Lazzchoco. Set ini membantu membekalkan kalsium untuk si ibu dan membantu menambahkan berat badan. Biasanya korang selalu dengar, ibu menyusu anak ni ada yang susut berat badan secara mendadak, jadi susu Lazz ni membantu korang untuk kekalkan berat badan sambil menyusukan anak. Bagi kes rambut gugur, jangan risau sebab kandungan iron semulajadi dapat mengurangkan keguguran rambut. Rambut gugur tak ada kaitan dengan anak menyembur yea. Itu mitos semata-mata..hahahaaa


LAZZ CAFE ( Susu Kambing Kurma + Kopi Asli Kampung )

Korang yang suka sangat minum nescafe atau seangkatan denganya, boleh tukar kepada Lazzcafe ni sebab rendah cafein. Kali pertama aku jumpa susu kambing yang ada campuran ni. Antara kebaikan yang ada dalam Lazzcafe ni memang sesuai untuk ibu hamil, berpantang, menyusu, juga lelaki dan warga emas disamping memberi tenaga, dan menghilangkan kelesuan. Mengenai rasa pulak, memang sedap dan tidak terlalu kuat kopinya. Secukup rasalah gituh. Bagi warga emas, Lazzcafe ni pilihan yang baik kerana ada kandungan kalsium dalam campuran ni. 

LAZZ SEMULAJADI DAN LAZZ KURMA 
Kalau korang tengok, macam sama je kan kotak susu kambing ni. Tapi sebenarnya ada 2 perisa semulajadi dan kurma. hati-hati kalau korang nak membeli, pastikan pilihan tu betul yea sebab ada yang tak suka perisa semulajadi dan lebih gemar perisa kurma. Aku pula bukanlah penggemar susu asli ni tapi setakat hari ni tekak aku boleh jer minum. Andai kata bagi pilihan yang mana harus dipilih, sudah pasti aku pilih Lazz Kurma...hehehe

Bila korang rasa kedua-dua jenis susu ni korang akan cakap 'rasa sama jer Lazz Kurma dengan Lazz Semulajadi'. Oh ! Sebenarnya rasanya tidak sama sekali sama yea hakak-hakak. Rasa Lazz Kurma lebih manis dengan sedikit rasa kurma. Kenapa aku dapat bezakan ? Sebab aku pertama kali minum susu ni, ibaratnya macam lidah baru nak kenal rasa...hahhahahaa




Antara khasiat Lazz Kurma dan Semulajadi ni dapat membantu meningkatkan sistem penghadaman. Kalau tak suka minum panas, boleh bancuh minum secara sejuk. Nyummmmyyy. Anak-anak usia 2 tahun keatas pun boleh amalkan susu Lazz ni. Dulu aku rajin jugak cari buah kurma dan blend dengan susu segar untuk buatkan stok susu kurma...hahaha.. Sekarang tak payah susahkan diri, dapat sekotak Lazz Kurma boleh bancuh sampai sebulan. 


LAZZCHOCO 

Aku yakin korang mesti suka coklat kan? Apa-apa jenis minuman yang berasaskan coklat pasti jadi kegemaran ramai. Siapa yang tak suka coklat, dia memang insan yang rugi...hahahah. Ok, Lazzchoco ni adalah gambungan antara Goat + Malt dengan tambahan kurma. Haaaa.. bayangkan berapa banyak khasiat dalam sekotak susu Lazzchoco ni. 


Bagi korang yang sedang menyusukan anak, Lazzchoco ni membekal kalsium untuk ibu, menambah susu badan dan kandungan iron semulajadi untuk kurangkan keguguran rambut disamping melawaskan sistem pencernaan untuk ibu dan juga bayi. Susu ibu lebih meriah dan perut anak pun kenyang. Satu pesanan aku, andai kata korang nak cuba minum susu kambing ni, pastikan anak korang dalam keadaan baik sepanjang korang minum susu ni. Mungkin susu ni sesuai untuk si ibu tapi bukan untuk anak yang sedang menyusu. Seperti kata orang dulu-dulu, susu kambing ni 'panas' dan mungkin mengakibatkan anak cirit birit. 

Bagi yang belum mencuba, korang boleh dapatkan info mengenai Lazz susu kambing ni di laman sesawang berikut :



Facebook LAZZ Susu Kambing
Instagram LAZZ Susu Kambing HQ
Tel : 013-3083354 | 018-2777290



Post a Comment

E'in said... 28/12/17 10:12 AM

boleh cube susu nie untuk next pregnancy.. tapi tak boleh yang plain nanti tak boleh telan.. huhu

Kemaruk susu kambing said... 28/12/17 1:29 PM

yang perisa kurma tu best tak? Rasa macam nak cuba pulak..

Azlinda Azman said... 28/12/17 2:30 PM

ngat ada warna putih je susu kambing LAzz ni, rupanya ada banyak perisa.

qaseh dalia said... 28/12/17 3:58 PM

Sedap susu ni

yaya_flanella said... 28/12/17 4:16 PM

Dappnyee nak try perisa kurma la nanti

JMR said... 28/12/17 4:29 PM

boleh aku cadangkan susu kambing ni kat wife..persediaan utk mengandung nanti haha

Akif Imtiyaz said... 28/12/17 6:05 PM

Kalau sedap dan tak hamis kakya boleh ne minum.. nampak yang coklat tu sedap jer.. blh try gak la nanti..

Salina Johari said... 28/12/17 11:26 PM

Memang terbaik Lazz Susu Kambing ni..tambah yg LazzCafe..best sgt !!

Nadia Johari said... 29/12/17 4:49 PM

memang terbaik susu ni..kita suka

 
Top