2
Merangkak Sambil Menangis |  Orang kata anak ke-2 ni lain dari yang lain. Maksudnya tak sama perangai dengan anak yang pertama. Setakat pengalaman aku ada anak no.2 ni, memang nampak kelainan sedikit dengan si abanglong. Bab menangis, Muqri memang raja tangis. Sekali jer dengar suara, air mata tu bercucuran macam air paip...hahhaaa. Sangat berbeza dengan abanglong waktu kecik, nak dengar suara menangis tu susah sikit. Jarang sangat dia nak menangis tanpa sebab.

Sekarang dah usia 7 bulan lebih, dah boleh merangkak dengan jayanya. Alhamdulilah... perkembangan yang bagus untuk anak-anak seusia dia. Tempoh dia mengesot dengan merangkak ni tak lama pun. Aku pun jarang tengok dia mengesot, tu yang terperanjat bila nampak dia dah boleh merangkak pada hari pertama. Bayangkan, badan yang kecik ni merangkak macam mana. Tergoyang-goyang bontot...hahahaaa

Sambil merangkak, sambil bercucuran air mata. Aku rasa lawak pulak bila tengok aksi anak-anak ni. Mungkin dia menangis sebab rasa sukarnya nak angkat kaki satu persatu. Percubaan untuk merangkak, sebab tu menangis...agaknya la. Orang kata lutut keras lagi. Hari berikutnya pun sama. Merangkak dalam kesedihan..hehehee. 

Sehingga hari ni, alhamdulillah tak menangis. Tiba-tiba ada jer bawah meja, tak pun ada depan tv. Lepas ni masa untuk keraskan tapak kaki pulak. Berjalan. Tahun  20018 aku kena sedaikan kasut flate jer la. Senang nak kejar anak-anak..hehee

Post a Comment

Akif Imtiyaz said... 11/1/18 8:19 AM

Pengalaman untuk dia.. hehehe seronok kan dapat tgk anak2 membesar kat depan mata.. dari lahir kita jaga.. meniarap..merangkak berjalan dan juga berlari.. seronok nak tgk semua saat indah tu..

Cantik Sihat Semulajadi by Umi Nazrah said... 12/1/18 3:58 PM

bulat mata dia, hehe. alhamdulillah. setiap anak memang tak sama, kita si ibu je yg tahu, kan ^_^

 
Top