2
Aku Juara ! | Tak sedar dah genap usia 8 bulan anak teruna nombor dua ni ha. Kalau tengokan saiz badan, ceneot je hai.. Kecik tapi bila dukung...ermmm boleh tahan jugak rasa lenguh tangan ni. Bulan lepas aku ke klinik untuk rawatam susulan. So far, perkembangan Muqri normal. Aku suka bandingkan nota yang ada dalam buku dia dengan buku abang long.

Contoh berat dan ukur tinggi usia Muqri dengan abang long. Setakat hari ni, Muqri juara dari segala sudut. Berat berbeza walalaupun nampak badan dia kecik jer. Beza pun tak banyak...100-200 gram jer..hahaha. Panjang pun gitu jugak. Si adik lebih tinggi dari abang long. 
Kat rumah dah aktif bangun, berdiri. Aku pulak yang makin risau takut terjatuh, terlentang ke lantai. Ruang tamu dah sedia letak karpet tebak sikit. Paling risau bila dia main dengan abang long. Abang long pun bukan tau adik gagah ke tak berdiri. Ada kala diacah-acah si adiknya. Aduiiii.. Aku yang duk kat dapur ni berlari macam pelesit ke ruang tamu. Risau jadi perkara yang tak diingini. Kalau nak masak atau buat kerja rumah, aku terpaksa tunggu suami balik kerja dulu. Tak boleh nak biarkan dua beradik ni bersama. Kalau ood ok, abang jaga elok jer adiknya. Kalau tak ok, mau bergaduh...hahahaaa..

Aku pun kena double rajin bila anak dah pandai bergerak sendiri. Bab mengutip, memang nombor 1. Apa jer nampak depan mata dia, akan masuk dalam mulut. Abang long pulak kaki report. "ibu adik makan mainan along...ibu.. adik makan buku (kertas)..ibu.. adik usik along"..hahahaaa. Ni lah ragam dua beradik. Ada kalanya buat aku naik hangin jugak tapi marah anak tetap sayang. Adik pulak sangat-sangat manja ngan aku. Mungkin salah satu sebab dia masih menyusu badan. Tak boleh berjauhan langsung. Ada ketika terpaksa dukung sambil memasak. Terpaksa. Allahu.. Apa pun yang aku buat, aku mintak Allah lindungi anak-anak aku dari segala kecelakaan. Semoga anak-anak aku sentiasa dibawah rahmat Ilahi. Amin.


Post a Comment

Julia Johari said... 18/1/18 12:42 PM

pandai abg report pasal si adik buat apa hihihi bagus abg long

Cantik Sihat Semulajadi by Umi Nazrah said... 20/1/18 10:18 AM

semoga dipermudahkan segala urusan dan anak-anak sihat ceria sepanjang masa dengan izin Allah. aamiin

 
Top