8
Berbaloi Bercuti Di Dash Box Hotel Cyberjaya | Dah lama rasanya tak bercuti dengan keluarga...hehe. Mencari kegembiraan dengan mengembirakan hati anak-anak gituh. Tahun baru 2018 aku bercuti kat Cyberjaya. Saja jer aku lari dari kesesakan orang yang masuk Putrajaya untuk tengok Pesta Lampu dan bunga api. Nak ke lokasi lain, memikirkan banyak modal yang harus diambil kira, jadi pilihan aku bercuti di Dash Box Cyberjaya jer la. Dekat jer pun, tak payah fikir nak isi minyak dengan tol dan masa terbuang dalam perjalanan.

Tarikan utama kat sini sudah pastinya kolam mandi. Abang long memang suka sangat la mandi kolam. Kalau ikutkan nak balik tidur kat rumah pun tak jadi hal, tapi disebabkan nak mandi kolam, aku tempah bilik kat sini. Hari tu aku stay kat kabin jer (dash twin) dengan harga RM 160.00 termasuk sarapan pagi. Murah ? Memang murah sangat sebab tarikh aku check in ni jadi rebutan ramai. Ok...aku bandingkan harga dengan website yang ada, ternyata Traveloka bagi harga terbaik buat aku. Rembat terus la !



Ni keadaan bilik kabin yang aku bermalam. Ada 2 katil single tapi aku cantumkan katil bila nak tidur. Untuk anak-anak yang masih kecil dan tak ramai, sesuai la tidur kat kabin ni. Sekadar nak menumpang tidur jer sebab korang akan ada di kolam sepanjang hari. Iya...sepanjang hari. 

Kemudahan kat dalam kabin ni hanya bekalkan tuala untuk 2 orang dan 2 botol air mineral saja.  TV  atau peti ais mini tu tak disediakan. Dah nama kabin, jadi lebih kurang macam korang travel sebagai backpaker jer la. Kalau korang ada anak kecil, pepandai korang la nak bawak termos dan apa-apa barang keperluan yang lain.


Ni port best untuk korang lepak sambil tengok orang mandi-manda kat bawah. Aku dapat kabin dibahagian atas, sempatla lepak sini sebelum turun mandi. Waktu malam, ada penghuni lain buat potluck kat sini. Meriah giler. Aku pulak buat potluck kat kedai makan jer...hahaha. So, kalau korang datang dengan trip family, boleh jimatkan duit makan malam. Bentang jer tikar dan hidang menu yang ada. Meriah beb ! 
Kabin sebelah sana, tak boleh nak cross dengan kolam mandi. Kiranya aku luck la hari tu dapat kabin yang strategik dengan kolam. Suami dengan abang long mandi kat bawah, aku intai dari atas ni jer. Lepas tu masuk bilik, tidur dengan Muqri...hahhahaaa. Lebih kurang pukul 5.30 baru aku tukar pakaian mandi. Konon nak main kat gigi-gigi air jer tapi kempunan gak la bila tengok ramai yang menyelam. Sempat jugak aku main gelongsor orang dewasa tu. Lipas gian lama tak main gelongsor..hahahaaa


Muqri pun sempat la main air dengan abang long, lepas tu relax atas kerusi dengan ibu. Ala-ala duduk tepi pantai gituh..hehee. Sambil tengok orang mandi, sambil menahan sejuk. Cuaca pun mendung jer seperti mengizinkan aku berjemuran dengan anak..hahaaa. Ok.. Kolam bahagian atas ni pun masih selamat untuk anak-anak mandi walaupun kolam kategori dewasa sebab dari kawasan cetek ke kawasan lebih dalam. Tempat yang ramai budak-budak tu lebih cetek dari sebelah sana yang ada gelongsong.



Abang long mandi sampai kecut habis jari. Ajak naik pun kemain payah sebab ramai yang masih mandi kat situ walaupun jam dah pukul 7 malam. Waktu tu ramai pengunjung cina, so dorang ni tak kira waktu maghrib ke apa, selagi boleh merendam sampai malam. Aku pulak tak sabar nak cari makan, perut dah lapar. Jadi malam tu kami sekeluarga keluar makan kat SABA Restauran je. Tung tang tung tang... pukul 10 malam, terus balik ke kabin. Anak-anak pun dah penat dan mengantok. Suami ajak tengok bunga api kat Putrajaya, aku malas. Hahaaa.. Nak bersesak dalam Putrajaya ? Idokkk laa.. baik aku tidur kat kabin jer..heheee


Esoknya, pepagi lagi aku turin ke cafe untuk sarapan. Disebabkan pakej aku termasuk sarapan, aku hanya perlu bayar harga untuk Abang Long jer. Budak umur 2 tahun ke atas, RM 10. Kali pertama aku pergi hotel makan pagi secara ala carte. Selalunya buffet kan ? Haaa.. ni pun salah satu tarikan baru kat sini. Korang nak makan sampai muntah pun tak apa. Kami sempat la 3 kali order makanan..hahhahaa. Makan sampai kenyang. Makanan pun sedap-sedap.

Kalau korang nak ke sini, jangan lupa ambil pakej termasuk sarapan pagi sebab korang pasti tak menyesal. Nak keluar pepagi cari sarapan area Cyberjaya ni, boleh tahan gak mahalnya. Lepas tu anak-anak pulak nak mandi kolam dulu sebelum balik. Makan masa jugak tu. Nanti terkejar-kejar pulak nak check out. Bagi aku tempat ni memang menarik untuk datang bercuti dengan anak-anak. 




Post a Comment

razzwey razz said... 5/1/18 12:12 PM

Kolam tu yang takleh tahan tuuu.... Lagi 2 minggu nak gi sana...

Azlinda Azman said... 5/1/18 5:52 PM

best tengok anak-anak dkna happy. yg si kecik pun panadai mandi kolam jug aye

Sue Izza said... 5/1/18 11:34 PM

okeh masuk list tapi kan dalam trivago tak de la pulak huhuuuu

Hasrul Hassan said... 8/1/18 11:35 PM

Ehh dok putrajaya pun leh cuti dalam putrajaya gak ehh?

Noriza Abdul Rahman said... 10/1/18 4:30 PM

Dekat sangat dengan rumah ni, Mungkin boleh cuba lain kali

qaseh dalia said... 10/1/18 6:53 PM

Cantik bilik dia , kdg2 tukar selera best jugak ..

Akif Imtiyaz said... 11/1/18 8:18 AM

Suka sangat bila tgk anak2 happy kan.. seronok je diaorang layan mandi kolam..

cats liesa said... 19/2/18 3:59 PM

HEHEHE..gegurls kite ad dlm pic ke 9:)date hldys kite sme new yr lps..enjy kn tpt ni..

 
Top